Majlis Makan Malam Equrban -02
Pengurusan Equrban, Rakan Niaga Equrban dan juga pemenang Iphone 5S cabaran Iphone 5!

Beberapa minggu lepas sempat pergi ke Majlis Makan Malam Equrban bersama rakan niaga Equrban. Majlis ini diadakan di Kelab Tasik Putrajaya untuk meraikan rakan niaga.

EQurban dikenali sebagai platform tempahan Qurban dan Akikah secara online yang telah bermula pada tahun 2010. Dan kini Equrban sudah 6 tahun beroperasi.

Program Equrban ini adalah program Qurban dan Akikah yang akan di lakukan di Kemboja. Setiap tahun, penyertaan tempahan Qurban online dan akikah online semakin meningkat dan ini menunjukkan kemudahan diberikan oleh eQurban melalui tempahan online mendapat sambutan.

Majlis Makan Malam Equrban -01
Tuan Haji Amir memberi ucapan.
Majlis Makan Malam Equrban -04
Perkongsian dari Tuan Haji Masrukhin mengenai Equrban semasa Majlis Makan Malam EQurban

Cabaran Affiliate EQurban Lumayan

Equrban kini telah diambil alih sepenuhnya oleh Haji Amir sebagai Pengerusi Eksekutif yang juga merupakan pemilik Denaihati.com.

Untuk memastikan Equrban terus poduktif, kini Equrban mula menawarkan hadiah yang sangat lumayan untuk cabaran affiliate.

Cabaran affiliate telah diperkenalkan lama dahulu dalam kalangan blogger, tapi kini ia lebih lumayan kerana bukan setakat bayaran tetapi top affiliate juga akan menerima hadiah lumayan iaitu :

Majlis Makan Malam Equrban -03

  • Pakej Umrah – mencapai jualan RM15,000,
  • Trip ke Kemboja (4H 3M) – Jualan sebanyak RM3,000
  • Samsung Galaxy Tab 4 – Jualan sebanyak RM1,500
  • Top sale of the year – Iphone 6

Selain itu, bayaran komisen affiliate juga dibuat secara bulanan, berbanding tahunan pada tahun-tahun sebelum ini. Menarik kan?

Rugi la siapa yang melepaskan peluang menjadi affiliate EQurban tahun ini.

Kalau nak daftar sebagai Affilliator ataupun rakan niaga Equrban boleh la ke laman web Equrban di www.equrban.com.

Terima kasih EQurban kerana sudi jemput Norpa ke Majlis Makan Malam EQurban!.

Majlis Makan Malam Equrban -02
Pengurusan Equrban, Rakan Niaga Equrban dan juga pemenang Iphone 5S cabaran Iphone 5s! Tahniah!!

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge