Assalamualaikum…

Macam macam cerita kita dengar pasal Konsert PSY di Pulau Pinang baru baru ni.. Mengenai politik, ketidak puas hatian artis artis malaysia dan lain lain.. Banyak video tersebar di Facebook dan banyak pula kritikan yang di berikan..

Terbaru Dato Siti Nurhaliza komen mengenai konsert Psy baru baru ni.. Dan berkata, artis Malaysia boleh buat konsert lebih besar benbanding PSY dan beliau juga menyatakan tidak fokus pada politik yang perlu menaja tetapi badan badan lain juga…

Dato Siti menyelitkan sedikit mengenai politik didalam tweet nye yang dikatakan sudah mula berbual mengenai isu politik dilaman sosial Twitternya dan hal ini telah membuat pihak media tertanya-tanya adakah penyanyi ini sudah mula berminat dengan bidang politik?

Lantas Siti menjawab,

“Itu perkara normal. Artis juga orang biasa. Masing-masing ada hak dan pendapat untuk bersuara.

“Mengenai konsert Psy baru-baru ini saya rasa artis Malaysia sebenarnya boleh buat konsert yang lebih besar berbanding Psy. Saya cakap ini pun bagi wakil suara-suara artis Malaysia yang lain.

“Saya bukan nak fokus pada politik, tapi bagi badan-badan yang menaja kalau boleh tajalah artis kita seperti itu juga.

“Sebenarnya saya tidaklah menolak penyanyi-penyanyi luar untuk datang ke Malaysia,” ujar Dato’ Siti sambil tersenyum.

 

 

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge