Sim Kad Mesir Untuk Pelancong - 001

Hi,

Hari ketiga di Mesir. Tak kemana sangat sebab kakak ipar ada kelas tusyen. Memandangkan kami disini selama dua minggu, jadi agak sukar untuk berhubung kalau tak ada sim kad.

Daftar Sim Kad Mesir hanya boleh dibuat di Centre, tak boleh daftar sim kad mesir di kedai telefon biasa. So kena la cari Centre di bandar Cairo ni. Dekat je sebenarnya.

Ada 3 syarikat telekomunikasi kat sini iaitu Vodafone, Etisalat dan Mobinil. Dan biasa rakyat Malaysia pakai Etisalat.

Daftar sim kad Mesir pasti la menggunakan passport. Jangan risau kalau kauorang tak fasih bahasa Arab masa nak buat sim kad, sebab pekerja telco kat sini rata-ratanya fasih Bahasa Inggeris. Jadi tak ada masalah la.

Centre macam biasa la, kena ambil nombor tunggu giliran. Tapi sistem kat sini slow sikit. Agak lama juga la nak tunggu giliran dan siapkan 1 sim kad.

Sim Kad Mesir Untuk Pelancong - 002
Lama gila menunggu.. 1 pelanggan dalam 15 minit kot..

Polisi Baru Sim Kad Etisalat di Mesir. Betul ke?

Masa nak beli sim kad, kami tanya berapa harga sim kad tersebut. Katanya untuk pelancong, ada policy baru. Harga sim kad Etisalat 18 LE dan perlu ambil pakej bersama harga 40 LE untuk panggilan dan SMS sebulan. Ada la berapa minit dan SMS diberikan. Lupa pula. Tapi memang tidak termasuk dengan internet. Kalau nak langgan Mobile Internet dia ada harga lain ikut berapa banyak quota.

Macam pelik pula. Kiranya tak boleh nak beli sim kad sahaja untuk pelancong. Kakak ipar kata tahun lepas boleh je beli. Tak tahu la betul ke tak policy ni. Jadi terima je la..

Memang tak ambil mobile internet sebab kat rumah dah pakai Broadband Vodafone kawan kakak ipar.  Hanya topup je 3GB harga 60 EL.

Kalau ikut currency disini, bahagi dua duit duit Mesir sama dengan duit Malaysia. Contoh tadi 60 LE, jadi RM30 duit Malaysia untuk topup bandwidth broadband.

Ok la. Tak la mahal sangat. Janji ada kegunaan.

Norfa In Mesir
Kerana setiap perjalanan itu ada persimpangan!

p/s; kalau ada tersalah info tolong betulkan. 😉

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge