i & Lifestyle

Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora

Petua dan Herba Kongsibersamanora
Written by Norfanil

Anda pemilik Homestay atau Hotel? Ingin saya review Homestay atau Hotel Anda? Peluang kini dibuka! (KLIK)

Bila bercakap pasal herba, dalam otak, alamak! Herba tu segala jenis tongkat ali dan herba orang buat berpantang tu ke? adeh..Mana la nak cari ni..

Tapi rupa-rupanya, benda-benda sekecil alam yang aku buat masak seperti halia, kunyit, lengkuas tu pon dikategorikan herba.. Boleh dikatakan hari hari aku guna mereka ni dalam masakan.

Alahai norpa, ceteknya ilmu herba awak. Mujur akak Nora ada bagitau. Kalau tak. Sampai sudah tak tau.

Ini lah budak zaman sekarang, memang taknak ambil tahu pasal herba-herba ni.. Yang dia tahu main Facebook je.. erk..

Petua dan Herba Kongsibersamanora

Sebenarnya Petua dan Herba ni memang sinonim dengan kita orang melayu. Dalam makanan dan minuman memang sering diletakkan herba.

Banyak khasiat herba untuk badan kita. Sebagai contoh herba digunakan dalam masakan:

  • Ayam masak halia (halia)
  • Ayam masak lada hitam (lada hitam)
  • Masak lemak kuning (kunyit)
  • Tomyam (serai)
  • Laksa (daun kesum)
  • Ulaman – ulaman makan dengan budu (sedap! hehe) seperti pucuk putat, pegaga, ulam raja dan lain lain.

Dalam minuman pon ada dan biasanya digunakan untuk ibu-ibu yang berpantang :

  • Air pegaga (Pegaga)
  • Air serai
  • Air Teh Krisantimum
  • Air Pudina

Banyak sebenarnya. Yang penting rajin google. Tak pun tanya orang-orang tua pasti mereka tahu. Kalau malas sangat, cuba buka Petua dan Herba Kongsibersamanora, pasti akan jumpa. Sebab blog akak ni memang berkisah pasal petua dan herba.

Herba pilihan Norpa untuk Petua dan Herba Kongsibersamanora

Saya tinggal di Kuala Lumpur. Rumah pula hampir nak cium awan. Heh. Hyperbola sungguh. haha. Jadi nak menanam tu jauh sekali la. Lagi-lagi dengan kekangan masa. Semua barangan memang membeli saja di Giant berdekatan.

Petua dan Herba Kongsibersamanora

Lengkuas pilihan Norpa.!

Pernah baca kisah saya yang saya tulis mengenai lengkuas 10kg yang tertanam dalam tanah tanpa diketahui?

Memang kami tak tanam pun lengkuas tu. Tapi rezeki Allah nak bagi. Kejadian ni berlaku di rumah kami di Kuala Terengganu. Kebetulan mama nak gembur tanah. Terjumpa lengkuas.

Punya la payah nak tarik, kena korek keliling baru boleh tarik. Itu pun kerah seluruh tenaga. Haish..

Lengkuas Petua dan Herba Kongsibersamanora

Tapi tak ada la sampai 10kg.. Sebab yang beratnya tanah!. Apa boleh dibuat dengan lengkuas? Kalau orang terengganu, makanan yang senang menggunakan lengkuas adalah ikan singgah.

Fakta Mengenai Lengkuas 

  • Nama saintifik : Alpinia galanga
  • Digunakan dalam masakan harian.
  • Dijadikan sebagai jamu
  • Untuk kecantikan : boleh hilangkan bau mulut, lambatkan proses penuaan,
  • Untuk kesihatan : kebah deman, sembuhkan cirit birit, merawat limpa bengkak
  • Mencegah mabuk laut dan mual.
  • Terdapat vitamin penting yang diperlukan oleh manusia seperti zat besi, sodium, vitamin A dan C, flavonoid dan fitonutrien.

Sumber : Harian Metro

Dapatkan kain pasang Daun Anzalna yang superb cantik sementara stok masih ada.. Gile ramai masuk order! Cepat!..

Koleksi Ariani Lebaran 2016

Resepi Ikan Singgang Terengganu

Teruk la kan kalau orang Terengganu tapi tak tau buat Ikan Singgang. Hehe. Tapi tak apa, saya kongsikan juga dengan anda semua memandangkan ini adalah mengenai  Petua dan Herba Kongsibersamanora.  Resepi Ikan SInggang Terengganu versi Norpa adalah versi campak-campak .. haha

Bahan-bahan:

– Ikan Selayang 2 ekor (ikan lain pon boleh)
– Lengkuas 4 inci (diketuk)
– Kunyit 4 inci
– Bawang putih 4 ulas (diketuk)
– Kacang bendi 4 batang (dipotong 2)
– Air Asam jawa (ikut suka hati) Sepatutnya asam keping, tapi tak ada..
– Air 1 1/2 cawan
– Garam dan secukup rasa

Cara-cara
1- Masukkan air dalam periuk dan campakkan sekali lengkuas, kunyit dan bawang putih. Biar mendidih.
2- Masukkan ikan, air asam dan kacang bendi. Biar sampai ikan masak.
3- Masukkan garam dan secukup rasa. Biar mendidih. Dan siap untuk dihidang.

Tengok,  resepi ikan singgah mudah je ni.. siap dalam masa 15 minit…Makan dengan nasi dan budu + cili kampung… perghhh maveles… See, masakan harian kita sebenarnya ada herba.. CUma kita je tak alert..

Petua dan Herba Kongsibesamanora 2

“Bumi Malaysia kaya dengan alam semulajadi tumbuh-tumbuhan dan herba yang tersembunyi sejuta rahsia dan mampu merawat pelbagai jenis penyakit termasuk KANSER”

*Contest Petua dan Herba KongsiBersamaNora yang dianjurkan oleh KongsiBersamaNora bersama penaja InspireMagazine, MazlindaShop, AdamJTanOfficialByPuji, BeeVenomMalaysia, AlphaLipidMalaysia, ByHawaOrked, BabyZoomersShoppeNadiaSecret, ZieFauzi, NorfaNil, KhairulZamri, Annisabiz.

 

#

About the author

3 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge

TENTANG NORFANIL

25. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Universiti Malaya).

Merupakan blogger sepenuh masa dan juga freelancer

Suka makan, suka tidur, suka travel dan suka aktiviti lasak. Tidak suka jatuh cinta!

Advertorial? Review? Jangan segan-segan hubungi saya. [su_button url="mailto:[email protected]" target="blank" background="#f899ce"]norfanil @ gmail.com[/su_button

MY fanpage

SUBSCRIBE

[mc4wp_form]

© 2015. Norfanil - Salute to Life. All Rights Reserved. Powered by NR Network