Cendol Sedap Shah Alam 1

Hi,

Hujung minggu lepas buat gila pergi Shah Alam. Kacau Izni buat kerja, pergi Shah Alam untuk opening butik FISKA SHAH ALAM.

Apa yang dibeli? Tak ada apa. Tengok je. Lepas tu merendek cari Cendol. Musim panas memang sedap makan cendol kan? Kejap je terasa kering tekak walaupun air putih dah minum berbotol-botol.

Cendol Sedap Shah Alam

Menurut Izni, ada satu gerai cendol di Seksyen 7. Jadi kami pergi la sana.  Selain dari Cendol ada juga laksa. Tapi laksa ni mai dari Jitra.

Cendol Sedap Shah Alam 1

Cendol Sedap Shah Alam 4

Komen :

Cendol sini sedap! Memang kena tekak. Kami order Cendol Pulut. Memang jenuh la nak habiskan pulut sebab banyak!.

Cuma laksa Norpa rasa kurang umph! Mungkin sebab pernah makan lagi sedap kot. Ataupaun Laksa dari Jitra ni memang rasa begitu. hehe.

Pisang Cheese Jakarta Shah Alam

Lepas mereput dekat cendol, kami pergi cari Pisang Cheese Jakarta. Orang kata ini antara jenama yang femes di Shah Alam. Dia memang ada banyak cawangan. Kalau di Kuala Lumpur, yang femes The Pisang Cheese.  Sampai artis Siti Nurhaliza dan Pak Nil pun makan tau!.. Satu lagi kelebihan dia sebab ada delivery.

Masa nak mencari, dapat pula call kena hantar along ke Airport Subang. Kebetulan dah pukul 4, jadi kami tapau saja la.

Mujur sedang elok kedai baru buka. Dalam setengah jam macam tu baru dapat.! Order siap pakai nombor. Kami dapat no.3, so tunggu la turn no.3.

Pisang Cheese Jakart Shah Alam 001

Pisang Cheese Jakart Shah Alam 002
Muka terpaksa tapau, makan dalam kereta. Haha

[su_note note_color=”#86b4d3″]

Komen:

Rasa dia sedap. Yang penting tak muak! Kami order Chocolate dan Messy Chocolate. RM8 setiap 1. Cuma rasa agak mahal sedikit dari The Pisang Cheese. Dan bila makan yang atas, yang bawah tak ada cheese dah.

Oh sedih!. Tak apa la..sebab kotak kecil nak muatkan 8 potong pisang goreng kot.. So dia terpaksa bersesak-sesak dan berebut nak ditabur cheese. hehe

Oh! Kalau dah ke Shah Alam, pergi la ke FISKA Shah Alam. Pemilik dia adalah blogger terkenal Irene Nadia Marchello. Tahniah Irene.. Walaupun awak tak kenal pon kite..

6 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge