Cara transfer duit guna western union
Cara transfer duit guna western union

Assalamalaikum..

Pertama kali buat transfer duit ke luar negara menggunakan western union. Tak pernah buat seumur hidup. Tak silap saya boleh transfer online, tapi saya baca dekat blog katanya Maybank dan CIMB dah tak boleh.

Entah la, jadi saya buat manual la. Ingat kena pergi pejabat western union, rupanya boleh pergi ke Pejabat Pos sahaja. Sebab pejabat pos merupakan agent western union.

Selain dari pejabat pos, kebanyakkan bank di Malaysia ni merupakan agent Western Union juga. Boleh tengok senarai di SINI.

Cara transfer duit guna western union
Cara transfer duit guna western union

Ok, nak transfer duit ke luar negara, nak kena sediakan apa? meh saya bagitau.

Anda perlu ada :

1) Kad pengenalan / IC
2) Duit yang ingin di transfer
3) Duit caj transfer RM10
4) Salinan IC (kat pejabat post boleh fotostat, tapi saya kena RM1 ringgit). Akak tuh cakap kena buat salinan 2 keping. entah le. kalau ikut kan empatpulohsen je..

Cara nak transfer duit ke luar negara guna Western Union:

  1. Minta borang western union kat kaunter
  2. Isi butiran pengirim – nombor western kad tak payah isi.
  3. Isi butiran penerima – pastikan nama ejaan betul.

Borang kalau tak tau nak isi tanya kat kaunter. Kalau tak tahu juga dan tak ada orang untuk di tanya, tunggu je sampai giliran dan  orang kaunter akan cek. Kalau tak lengkap dia akan minta tulis.

Mujur akak kaunter tadi baik. Banyak tempat kosong saya tinggal sebab tak tahu. Dia tolong tunjukkan kat mana nak isi sambil sembang lagi. hehe..Tapi sembang sambil buat kerja la.. Bukan sembang buang masa tak buat kerja.

Sebenarnya saya nyaris nak hantar borang yang salah eja nama bagi pihak penerima. Mujur perasan. Kalau tak memang tak dapat la kot duit tuh. Apa-apa pun Alhamdulillah..

Save the date.

It will be mine.. 😉

17 COMMENTS

  1. hi saya nak tanya, western union tu nak kena register dekat mana2 bank dulu ke? ke kena pergi office western union?

  2. Saya study kat Edinburgh, so kalau nak transfer duit from Malaysia to UK saya guna Transferwise. Kos dia much cheaper compared to Western Union. Saya dah banyak kali guna, so far okay. and murah! kalau guna link ni: https://transferwise.com/u/0b33e boleh dapat 1st transfer for free! kalau tak nak guna dah lepastu takpe, just dapat first free transfer je. hehe.

  3. Salam sis, nk tny if kte salah tulis nama receiver cmne yer?saya lupa tulis middle name receiver tu. Duit tu akan burn ke cmne yer. Terima kasih!

  4. Kalau nak terima pulak macam mana? Kiriman dr brunei ke Malaysia.. Brp hri proses ntuk clearkan duit tu?

  5. Cam mana ea nak buat kalau kawan saya dr brazil nak guna western union utk hantar duit. Saya nak.kena ada ccount juga ker atau bagaimana

  6. Baru lpas kirim wang via Western Union kat Indonesia. Bulan Mac dulu die cas 10 lbih skrg dah Rm15 lbh. Adehh.. Tapi kali ni saya pi RHB Bank selalunya Pos Malayaia jer. Xtaulh ade prbzaan x antara bank n pjbt pos. Pe2 pun korang kene siap2 lh bawak duit lbh. Tadi nasib baik cukup2 jr. Kirim rm60 tp kne bg rm75 lbh. Bwk rm76 huhu. Just sharing

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge