Hi,

Kali ini nak share cara-cara transfer duit dari Maybank2u ke Tabung Haji. Untuk pemilik akaun bank Maybank, anda diberi keistimewaan dimana boleh membuat semakan dan pemindahan duit dari akaun Maybank ke Tabung haji menggunakan Maybank2u.

Sebelum tu, pastikan anda mempunyai akaun Tabung Haji. Kalau tak ada, sila buka dahulu akaun Tabung Haji di cawangan Tabung Haji Terdekat.

1- Macam mana nak buka akaun Tabung Haji?

Pergi ke Pejabat Tabung Haji, dan minta borang untuk buka akaun Tabung Haji.   Pastikan anda mengisi borang dengan betul. Ada satu borang yang dikehendaki mengisi tanpa ada salah kerana ia adalah borang perjanjian.

Dokumen yang diperlukan adalah :

a) Kad Pengenalan b) Duit dalam beberapa puluh je.  RM10 untuk permulaan buka akaun.   Kalau nak daftar haji sekali kena ada RM1500.

Lepas siap isi borang, ambil nombor giliran dan tunggu sehingga nombor dipanggil. "Anda akan dilayan sebentar lagi".

Kejap je, then boleh dapat terus buku akaun tabung haji.

2- Macam mana cara nak link kan Maybank2u dengan Tabung Haji?

Untuk memudahkan kerja pemindahan duit selepas ni, saya guna Maybank2u Bukan sahaja pemindahan, termasuklah untuk semakan baki.

Macam mana nak buat supaya boleh access Tabung Haji di Maybank2u?

a) Pergi ATM Maybank berdekataan anda. Masukkan Kad ATM Maybank anda.
b) Masukkan no pin.
c) Pilih "Tabung Haji" dan seterusnya "Daftar Tabung Haji ke ATM Kad"
d) Masukkan nombor Akaun Tabung Haji anda dan pilih YES e) Masukkan nombor Siri Tabung Haji Anda (ada di buku) dan pilih YES
f) ATM akan keluarkan resit selepas anda selesai.

Mudah je kan. Then boleh access Tabung Haji anda hanya dari Maybank2u.

3- Macam mana nak transfer duit Maybank2u ke Tabung Haji?

Kita dah masuk part terakhir. Selepas daftar akaun tabung haji dan daftar kad ATM, kali ni saya ajar macam mana nak buat pemindahan atau semakan baki ke tabung haji. Ada banyak kelebihan selepas link-an kad ATM dengan Tabung Haji. Antaranya:

a) Boleh cek baki akaun Tabung Haji b) Pemindahan dari Akaun Tabung Haji ke Tabung Haji Sendiri c) Pemindahan dari Akaun Tabung Haji ke Tabung Haji 3rd Party (orang lain) d) Pemindahan dari Akaun Tabung Haji ke Akaun Maybank Sendiri e) Pemindahan dari Akaun Tabung Haji ke Akaun Maybank 3rd Party (orang lain) f) Pemindahan dari Akaun Maybank ke Akaun Tabung Haji 3rd Party (orang lain) g) Pemindahan dari Akaun Maybank ke Akaun Tabung Sendiri h) Pendaftaran Haji Individu atau Kumpulan

Cara-caranya :

a) Login Maybank2u anda b) Pergi ke bahagian "Transfer" c) Pilih Tabung Haji d) Pilih transaksi yang anda inginkan.

Updated: Charge setiap transaksi dari Maybank2u ke Tabung haji. RM1.06 caj maybank2u + RM1.06 (nanti saya confirm kena tax atau tak) caj di tabung haji. 

Dah. Semua step saya dah kongsikan. Sekarang dah mudah.Mudah untuk saya dan Mudah untuk anda juga. Selamat mencuba.

This Post Has 16 Comments

  1. bagusnya, boleh buat ni,
    syukran atas perkongsian ini 😉

  2. tq for this.
    but, sebelum ni saya pernah buat transfer monthly form m2u ke TH.
    then, recently saya update buku akaun TH di TH.
    surprisingly, setiap amaun kemasukan from m2u tu di caj lagi RM1.
    saya tanya, nape ada deduction tu sedangkan m2u da caj.
    kaunter kata, diorang pun caj juga 🙁
    itu aje perkongsian saya.

    1. so maksudnya total charge RM2..1 maybank charge, 1 tabung haji charge

    1. itu kena amik kira gak tu.. hahahaha.. insyaAllah..selamat duit tu ;P

      1. Salam..nak tanya..macam mana cara saya nak transfer duit ke akaun tabung haji ibu saya..sekian terima kasih..

        1. Salam.. pastikan anda link dulu akaun tabung haji ke maybank. dan tengok tips ketiga..

  3. Sebenarnya dh lama maybank2u ada servis pindah duit ke TH tanpa perlu link kad atm.tp kenaa masuk dekat ‘paybill’.itu yg sy buat sejak 5 tahun dulu.tapi skrg dah tak boleh.kena link kan kad jugak.

  4. Memang senang bila boleh link kan akaun TH dengan maybank. Sekejap je duit dah masuk dalam akaun.

    Saya pun dah link kan..just in case.
    Nurul recently posted..Vitamin untuk masalah penghadamanMy Profile

  5. Ape maksud puan fanil transfer dari akaun tabung haji ke tabung haji sendiri?? Bkn same je ke???

    1. “b) Pemindahan dari Akaun Tabung Haji ke Tabung Haji Sendiri
      c) Pemindahan dari Akaun Tabung Haji ke Tabung Haji 3rd Party  (orang lain)”..

      1. saya kurang pasti encik amir.. tapi term b ada dalam maybank2u.. “TH to TH own account transfer”.. boleh tengok gambar pertama.

Leave a Reply

CommentLuv badge

Close Menu
×
×

Cart