i & Blog

Cara Terbaik Keluarkan Duit Google Adsense

Cara Keluarkan Duit Google Adsense Menggunakan Western Union 3
Written by Norfanil

Hi,

Tak pernah sekalipun aku bercerita pasal Google Adsense. Hehe. Kenapa? Sebab banyak benda aku tengah buat ujikaji. Walaupun aku tahu ramai dah buat entry pasal Google Adsense, tapi tak apa la aku nak buat jugak.

Cara terbaik keluarkan duit Google Adsense?

Sebenarnya, aku dah try kaedah pengeluaran duit Google Adsense yang terlampau kuno iaitu menggunakan Cek dan Western Union. Walhal sekarang memang orang tak guna dah cara tu. Orang pakat guna online transfer je.

Tapi ada sebab kenapa aku guna.

Macam mana nak pilih kaedah keluarkan duit Google Adsense?

  1. Masuk akaun Google Adsense anda.
  2. Pergi ke Gambar Skru di bahagian atas kanan, tekan dan pilih Payments.
  3. Tengok kotak tengah : How to get paid?
  4. Tekan Manage.
  5. Minimun $100 threshold maksudnya, minimum cash out. Disarankan jangan usik.

Setiap 23 haribulan, bila dah cukup $100, dia akan automatic masukkan duit dalam kaedah yang kita pilih.

Cara Keluarkan Duit Google Adsense Menggunakan Cek

Ini pertama kali aku guna masa aku dapat Google Adsense Full Account. Masa tu pengetahuan pasal Google Adsense zero. So secara noobnya, buat la pengeluaran dengan menggunakan Cek.

Cara keluarkan duit Google Adsense, bila dah dapat cek, terus je pergi ke bank (aku pergi Maybank), dan dia akan suh isi borang. Then ambil nombor sebelum dipanggil untuk berurusan. Cek ni tak boleh pakai Cheque Deposit Machine. Sebab nak kena tukar dari USD ke RM.

Kelebihan guna cek? Erm.. tak tau la..

Tapi kelemahan dia : Cek dapat lambat sangat, jadi bila cek dapat lambat, duit pun dapat lambat.

Cara Keluarkan Duit Google Adsense Menggunakan Western Union

Lepas tu, aku start guna Western Union. Masa ni Google tak perkenalkan lagi Internet Banking Transfer. Tapi seronok guna Western Union, kalau perlukan duit baru aku pergi ambil. Kalau banyak lagi duit aku biar je. Sampai kan aku lupa, duit aku dalam Western Union expired.

Bila kita pilih Western Union sebagai kaedah keluarkan duit Google Adsense, slip yang di keluarkan oleh GA valid selama 60 hari sahaja aka 2 bulan.

Selepas dua bulan kalau tak ambil juga, Google Adsense akan masukkan balik ke dalam akaun Google Adsense kita.

Cara Terbaik Keluarkan Duit Google Adsense Guna Western Union

Bila Google Adsense dah issue slip Western Union, bermakna duit kita dah secure. Memang dah boleh dapat. Tapi kalau Google Adsense tak issue lagi, boleh jadi bila kena Google Adsense kena banned, hilang la semua duit tu.

Sebab tu, kalau blog korang blog kejar trafik, langgar polisi google, memang senang kena banned. Sebab tu dieorg sekarang dah tak pakai Google Adsense.. Apa ada hal. Etika tak penting, janji duit masyuk.

Gitu la kekdahnyaaa..

Cara nak ambil duit di Western Union:

  1. Print slip yang di issue oleh Google Adsense (link warna biru)
  2. Pergi pejabat Western Union. Pejabat pos pon boleh, tapi ada pekerja yang tak reti nak key in dalam sistem. Bank pun boleh tapi ada bank yang nak kita ada akaun bank baru boleh ambil duit. JADI baik pergi je Pejabat Western Union je, tak yah pening kepala.
  3. Minta borang dikaunter, dan isi seperti berikut. Jumlah saya tak letak, sebab tak tahu Exchange rate.
    Cara Keluarkan Duit Google Adsense Menggunakan Western Union 3
  4. No MTCN, ambil dekat slip.
  5. Siap, tunggu la nombor dipanggil.

Exchange rate : Untuk Western Union, rate ditentukan pada tarikh slip Western Union di isu oleh Google Adsense. Kalau dia isu 23 Januari, awak ambil 23 Febuari, tetap dia akan guna rate pada tarikh 23 Januari.

Jangan HOLD payment dari Google Adsense. Kalau kena banned, hilang semua.

Dah try amik USD, tapi dorang tak bagi. Nak try kat lain pulak.

Cara Keluarkan Duit Google Adsense Menggunakan Internet Banking Transfer

Internet banking ni aku tak pernah guna lagi. Sebab taknak duit masuk dalam akaun. Tapi ini paling mudah la. Tiap 23 hb dia akan masuk dalam akaun bank.

Tak perlu pergi Western union ke, bank ke untuk ambil duit.

Exchange rate berbeza mengikut bank. Yang mana tinggi yang mana rendah? Boleh tanya bank. heh.

—-

Jadi, mana yang paling best?

Nak senang Internet Banking Transfer.

Nak menyimpan, sebulan lewat boleh amik western union.


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Anda mempunyai produk? Ingin saya review Produk Anda? Peluang kini dibuka! Email ke norfanil[@]gmail.com

About the author

Norfanil

Penulis berkecimpung dalam dunia blogging bermula tahun 2008 sehingga sekarang. Ingin beriklan, review produk, makanan atau travel? boleh hubungi terus norfanil@gmail.com...

10 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge