Home TIP-TIP Cara Renew Roadtax Motor Mati Lebih 1 Tahun

Cara Renew Roadtax Motor Mati Lebih 1 Tahun

Cara renew roadtax motor mati lebih 1 tahun

Cara Renew Roadtax Mati Selepas 1 Tahun | Kekangan masa, kekangan wang, berkerluarga dan tinggal di kediaman tinggi boleh jadi punca motor tak di digunakan dalam tempoh yang lama sehingga 5 bulan.

Sampai roadtax mati pun tak ingat nak renew. Geleng kepala je la mampu.

Masa mula-mula nak renew roadtax motor, ingat boleh renew di pejabat pos. Rupanya dah lebih 1 tahun mati, dah tak boleh renew di Pejabat pos. Kena pergi Puspakom.

Kalau kurang setahun boleh renew di Pejabat pos macam biasa.

Cara renew roadtax motor mati lebih 1 tahun. 

Di Puspakom

  1. Pastikan ada geran bersama anda. Tak perlu pemilik asal.
  2. Bawak motor pergi Puspakom terdekat. Biasa motor tak banyak nak masuk Puspakom. Jadi tak perlu book appointment.
  3. Isi borang di Puspakom & bayar RM21.50 di kaunter.
  4. Letak borang atas motor.
  5. Tunggu Staff inspection.
  6. Kemudian kena beli insurans. Dekat puspakom ada. RM130-160. Bergantung pada CC.

Cara renew roadtax motor mati lebih 1 tahun 2

Di JPJ

  1. Lepas siap Inspection di Puspakom dan beli insurans, pergi terus JPJ.
  2. Settled!

Mudah je sebenarnya. Ada yang kata boleh pergi JPJ terus. Tapi kalau JPJ tu tak ramai orang, boleh inspect terus. Ada pegawai dia dan jimat la RM21.50.

Tapi kalau JPJ dia kata, pergi renew Insurans, lepas tu datang sini, tunggu kena panggil Masa tu tengah hari. Ramai gila orang… Sampai keluar ramainya di JPJ Bangi..Jadi saya give up haha

Jadi saya tak buat kat JPJ.. Buat inspect dekat Puspakom je. Tak perlu nak tinggal motor.

Tukar Nama Pemilik Motor.

Bila tak ada orang nak pakai motor, saya buat keputusan untuk tukar nama motor.

  1. Beli insurans letak atas nama saya, bukan pemilik asal.
  2. Pergi JPJ untuk pertukaran nama. Kena bawa pemilik asal. Kalau pemilik asal jauh, suruh pemilik asal pergi JPJ untuk thumb print kebenaran tukar nama. Tak perlu geran, geran perlu untuk pemilik baru.

Settled! Alhamdulillah. Motor Lagenda Z ni milik saya dah sekarang. Hehehe..

Tapi sejak saya balik Terengganu, motor ni patah balik ke pengguna sebelum ni, abang saya.. Aduhai, keluar duit buat baiki, last-last orang lain pakai. Sabor je la…

Takpe la.. adik beradik kan? hehe..

 

16 COMMENTS

  1. pernah skali, mr.asben lupa renew roadtax dia more than 3 months!
    da le itu kenderaan ke hulu ke hilir gi keje tiap hari.
    aduhai. terkejut aida dgr nyer… bahaya ekk.
    sib baik JPJ tu hah 10 minit dgn rumah, on the way dia nak ke opis.
    kelam kabut btol! serik!

  2. Bagus norfa xberkira ngan adik beradik..hehe. Walaupun agak sakit tp percaya lah bila kita ikhlas pasti ada ganjaran nya. Ehh bukan nak komen yg tu nak habaq AR xdak lesen motor. Hehe. Nak naik duk belakang pegi jauh2 dlm kL pun kecut perut. Lain kali jgn buat lagi ye lesen lupa nak renew. Kuikui

  3. ari tu pergi JPJ renew insurans dan roadtax sekali..buat insurans dulu (orang2 insurans byk jer kat luar jpj tu) pas settel baru pi JPJ buat roadtax..tak sampai 5 minit dah siap..kagum plak dengan jpj ni..apa2 pun thanks sharing info ni

  4. Alhandulillah, so far onie tak pernah ada pengalaman macam ni dan inshaAllah akan digunakan. Style onie, onie akan alert dengan perkara2 penting macam lesen dan sebagainya. Sebab onie jenis org pemudah cara dan tak suka merumitkan sesuatu perkara. Btw, terima kasih sebab kongsi berkenaan ni.

  5. Ooo kalau road tax mati dah setahun kena pergi puaspakom.baru tahu.nasib baik baca entry ni at least tahu juga.nanti boleh share dwngan family atau kawan kawan pasal nih kan.thank you share info

  6. Baru tau pasal ni sebab Lisa selalu memang letak reminder untuk renew roadtax motor.. sebab jenis lupa psl ni, nasib baik abah yang ingatkn juga. Info ni sangat berguna. Nanti kalau ada kawan yang nak renew boleh bagi link ni kat dorang.

  7. Bagus entri ni, berguna untuk mereka yang menghadapi masalah yang sama ketika nak renew roadtax insuran.. hemm.. tapi Kalau kenderaan lain macam kereta ke sama juga ke prosedur nya yea?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge