i & Travel

Cara Renew Passport di UTC Sentul

Cara renew Passport
Written by Norfanil

Anda pemilik Homestay atau Hotel? Ingin saya review Homestay atau Hotel Anda? Peluang kini dibuka! (KLIK)

Hi, selepas setahun Pasport expired, hari ini baru la nak renew. Kes nya sebab nak melancong tahun ni. Alhamdulillah, ada rezeki lebih dan memang perancangan 2015 untuk melancong.

Memandangkan sekarang kerajaan dah perkenalkan harga passport yang baru iaitu RM200 untuk 5 tahun, lagi sedap la rakyat Malaysia melancong.. Kan?

Sekarang senang je nak buat passport atau renew passport sebab dah banyak Pejabat Imigresen di buka di UTC. Antaranya UTC Pudu sentral, UTC Sentul sentral, UTC Kuala Lumpur dan lain-lain. Boleh cek disini UTC berdekataan anda.

Renew Passport di UTC Sentul

Apa yang perlu dibawa untuk renew Passport

Ada beberapa dokumen perlu bawa semasa nak renew passport.

Tak ada passport yang lama/hilang, anda kena ada

  • Fotostat IC
  • IC

Ada passport,

  • Bawa passport
  • IC

Gambar? tak perlu dah. Sekarang ambil gambar di kaunter je.

Dapatkan kain pasang Daun Anzalna yang superb cantik sementara stok masih ada.. Gile ramai masuk order! Cepat!..

Koleksi Ariani Lebaran 2016

Cara Renew Passport di UTC Sentul Sentral

Alang-alang nak pergi pejabat dekat Sentul, terus ke UTC Sentul Sentral sebelum masuk office. Pergi waktu lunch risau juga ramai orang. Tapi alhamdulillah tak ramai mana. Dalam sejam siap.

  1. Berikan IC untuk yang pertama kali buat passport atau IC + salinan IC / passport lama untuk yang nak renew sebelum ambil no giliran
  2. Tunggu nama dipanggil untuk di ambil gambar..
  3. Kemudian tunggu untuk buat pembayaran
  4. Last skali tunggu untuk ambil passport. Ini lama lebih kurang setengah jam –  1 jam. Bergantung pada ramai ke tak orang.

Dalam 1 jam memang passport siap! Kalau tak sempat tunggu, boleh ambil esok lusa. Passport anda disimpan selama 3 bulan sahaja. Kalau tak ambil tak ada la..

Renew Passport di UTC Sentul 2

Siap! Jom terbang! hehe

Update: Kalau pergi selepas pukul 3 atau 4 petang, mungkin nombor akan habis. So pergi awal pagi atau tengah hari. Di UTC, kalau pergi malam, memang nombor dah tak ada dan akan ada sign “system down” ditulis maknanya, nombor dah habis. Biasa dieorg akan ambil no siang, malam baru pergi.

#

About the author

12 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge

TENTANG NORFANIL

25. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Universiti Malaya).

Merupakan blogger sepenuh masa dan juga freelancer

Suka makan, suka tidur, suka travel dan suka aktiviti lasak. Tidak suka jatuh cinta!

Advertorial? Review? Jangan segan-segan hubungi saya. [su_button url="mailto:[email protected]" target="blank" background="#f899ce"]norfanil @ gmail.com[/su_button

MY fanpage

SUBSCRIBE

[mc4wp_form]

© 2015. Norfanil - Salute to Life. All Rights Reserved. Powered by NR Network