i & Lifestyle

Cara Rebus Rumpai Laut dan Kegunaan Rumpai Laut

rumpai laut
Written by Norfanil

Anda pemilik Homestay atau Hotel? Ingin saya review Homestay atau Hotel Anda? Peluang kini dibuka! (KLIK)

Assalamualaikum..

Beberapa bulan lepas ada aku post entry pasal Rumpai Laut. Khasiatnya hanya untuk luaran je. Tak sangka, mama aku pun dah terjebak dengan rumpai laut ni. Aku? Pandang sipi je setiap kali orang pos pasal rumpai laut.. Sebab tak pasti akan keberkesanan nya.. dan tak tau kegunaan dan Cara Rebus Rumpai Laut

Nak dijadikan cerita 3 minggu lepas masa balik cuti mid semester, mama ada beli satu paket rumpai laut harga RM20 dengan berat 200 gram. Aku tak tau harga pasaran dia berapa.. Bila mama rebus tengok hasil dia yang banyak dan mama cakap satu bekas kecik ni RM10.. dan mama boleh dapat lebih 20 bekas kecik.. berbaloinya siapa yang jual tuh.. kaya raya..

Yang paling best, masa mama baru lepas rendam semalaman dan ikut cara rebus rumpai laut,..  papa pergi makan rumpai laut tuh lepas balik kerja.. kata papa sebab ingatkan agar agar tuh.. hahaha.. dan katanya sedap.. sebab tuh banyak jugak papa makan.. Bila mama tengok je papa makan, .. mama cakap tuh bukan agar agar..tuh rumpai laut.. siap la tuh karang takde suara dan sakit tekak..sebab rumpai laut kan panas..

Esok tuh terus dah sakit tekak.. hahaha.. nasib laaaa.. ini la kan.. lelaki,.. apa yang ada dia makan je.. kalau letak air dalam peti, sebelum tuan tuh minum pasti ada org sambar dulu.. Biasa papa ngan angah la yang kebas.. adehhh…

Semalam aku berjaya beli rumpai laut warna ungu katanya gred AAA.. harga RM25 untuk 500 gram. murah..tak perlu kos pos sebab aku beli COD area KL.. camna aku jumpa penjual ni? cari la kat mudah.my.. hehehe.. senang.. memang mudah nak cari penjual.. tapi yang bezanya kena pandai cari yang jujur dan penipu je..

Dapatkan kain pasang Daun Anzalna yang superb cantik sementara stok masih ada.. Gile ramai masuk order! Cepat!..

Koleksi Ariani Lebaran 2016

Aku beli bukan untuk aku..tapi untuk adik aku.. Sebelum ni dia pakai kat rambut..Sebab nak hilangkan kelumumur.. berkesan ke tidak aku tak tau la.. aku tak pernah pulak cuba.. oleh kerana dia tak balik masa mengundi baru baru ni, aku terpaksa la beli dan rebus kat rumah sewa aku ni.. khas untuk adik tersayang.. hahaha

rumpai laut

— Cara rebus rumpai laut ungu gred AAA

Sedikit tips..

cara cara nak rebus rumpai laut..

1) Rendam rumpai laut semalaman..

2) Pastikan rendam selama 8 jam atau lebih dan dinasihatkan untuk tukar air 3 4 kali..

3) Then selepas rendam, boleh la di rebus.. kalau 50 gram air sebanyak 1.3 liter.. kalau 100 gram air kena letak 2.6liter.. dan seterusnya la.  Kalau nak hilang hanyir letak la daun pandan.. Kalau taknak letak pun tak pe.. Rebus dalam 20-30 minit..

4) Selepas dia cair , boleh tapis dan letak dalam tupperware.. Simpan dalam peti ais..

 

Kegunaan rumpai laut selepas di rebus?

1) ada yang makan…

2) ada yang sapu dekat muka je..

3) ada yang guna untuk hilangkan kelemumur kat rambut.. macam adik saya

4) lagi?

 

itu je la yang aku tahu.. Cara Rebus Rumpai Laut dan Kegunaan Rumpai Laut

#

About the author

12 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge

TENTANG NORFANIL

25. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Universiti Malaya).

Merupakan blogger sepenuh masa dan juga freelancer

Suka makan, suka tidur, suka travel dan suka aktiviti lasak. Tidak suka jatuh cinta!

Advertorial? Review? Jangan segan-segan hubungi saya. [su_button url="mailto:[email protected]" target="blank" background="#f899ce"]norfanil @ gmail.com[/su_button

MY fanpage

SUBSCRIBE

[mc4wp_form]

© 2015. Norfanil - Salute to Life. All Rights Reserved. Powered by NR Network