Assalamualaikum..

 

Agak lama tak update blog ini…  Dan kali ni nak update sikit mengenai cara nak delete virus shortcut di pandrive.  Kebanyakkan pandrive paling senang kene serang dengan virus shortcut. dan kebiasaannya virus ni wujud di PC yang tidak mempunyai anti-virus dan kurang penjagaan dari penjaga nya.. terutama di cybercafe dan tempat percetakan.

 

Dekat internet ada banyak di ajar cara untuk delete virus shortcut pandrive ni.. tapi bila sampai satu tahap, virus ni tetap juga ada di dalam pandrive tersebut.

 

Pertama kali virus shortcut menyerang pandrive sewaktu saya buat printing di kedai printing. Menggunakan manual solution iaitu menggunakan command CMD, alhamdulillah.. berjaya delete kesemuanya termasuk file Servieca.vbs

 

File Servieca.vbs tidak boleh di delete. Kalau di delete pasti akan ada kembali walaupun dah guna cara CMD command dan Virus ShortCut Remover..

 

Ada alternatif lain untuk dapatkan balik file yang di hidden dan membuang shortcut secara menyeluruh.. Boleh ikut langkah dan cara delete virus shortcut..

 

** Peringatan : Kalau tak berani cuba di Laptop sendiri, boleh buat di PC LAB.. **

 

1) Unhide semua fle yang telah hidden. Cara nya seperti di bawah..

2) Selepas klik ok, file yang di hide akan kelihatan seperti dibawah. tapi warna di kabur kan..

3) Untuk memudah kan copy file yang kabur, anda boleh SORT kan file kepada TYPE.. Cara nak SORT, klik kanan pada tertikus dan pilih SORT >> TYPE..

4) Copy file yang di kaburkan ke desktop anda, atau pun di mana mana partition/bahagian yang ada. Jangan sesekali copy file shortcut.. Hanya copy file original yang mempunyai size…

5) Selepas siap copy dan paste kesemua file penting ke PC..  format pandrive tersebut dengan right klik tertikus untuk delete file shorcut secara keseluruhan. Anda di larang sama sekali untuk klik pada file Servieca.vbs sekiranya ia muncul di dalam pandrive anda.  Servieca.vbs tidak boleh didelete secara manual sebab ia akan muncul kembali..

6) Download –>  COMBOFIX   ni..  Kemudian install macam biasa dan biarkan dia auto scan sehingga  successful. .. Jangan close selagi auto scan tak habis..

(Click pada gambar untuk view yang lebih jelas)

7) Selepas siap auto scan.. Anda dah fully delete Servieca.vbs.. Langkah terakhir anda perlu select all file ( CTRL + A) dan klik kanan, pilih Properties, dan untick HIDDEN untuk hilangkan kabur pada file anda..

8) Done!.. Selamat Mencuba.. Cara Delete Virus Shortcut Pandrive

pssstt…: dah berjaya buat CMD, nak tolong buat kat kawan, tak sempat nak tolong dah berjangkit lagi skali kat pandrive.. Power betul.. sampai PC Lab Stuck sekali…

TIPS : untuk elakkan file kena virus shortcut, better letak semua file dalam FOLDER.. 

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge