i & Lifestyle

Cara Buat Aduan Barang Pos Laju Rosak dan Hilang

Aduan Pos-Laju Barang Rosak dan lambat sampai, rosak dan hilang
Written by Norfanil

Anda pemilik Homestay atau Hotel? Ingin saya review Homestay atau Hotel Anda? Peluang kini dibuka! (KLIK)

Hi,

Satu lagi isu yang semakin teruk semakin menjadi-jadi. Kejujuran seorang pekerja Pos Laju dan Pos Malaysia. dimana barang pos laju tak sampai, barang pos laju rosak dan barang pos laju hilang.

Ramai juga blogger yang kena apabila client hantar barang nak review, bila sampai barang dah di buka, dan ada diantaranya barang rosak serta hilang. Panas hati kan?

Walaupun saya tak pernah kena, tapi rata-rata kawan blogger banyak kali kena. Ada yang buat aduan dan ada yang redha sahaja ia berlaku. Mungkin sebab barangan yang terbuka masih dalam kuantiti yang sama.

Pos laju dijamin sampai esok

Itu satu, satu lagi barang pos laju lambat sampai. Kita memang sedia maklum kalau dalam Kuala Lumpur boleh sampai dalam 1 hari, kalau luar Kuala Lumpur dalam 3-4 hari. Tapi bila semak barang pos laju, ada yang masih di branch, ada yang tak keluar pun dari branch! haish! geram! Lagi-lagi kalau kita nak urgen! Rasa nak marah je kan.

Kalau yang hilang? Ada yang membuat aduan, dan barangan yang hilang tidak ditanggung oleh Pos Laju atau Pos Malaysia.

Barang pos laju rosak, hilang dan lewat 

Ada beberapa sebab kenapa barang anda yang hilang tanpa jejak dan rosak semasa menggunakan Pos Laju. Antaranya:

1- Barang tidak di istihar dengan betol

Ramai yang menjual barangan mahal seperti Handphone, Kasut Berjenama dan Beg Berjenama masih menggunakan Pos Laju sebagai penghantaran kerana dikatakan lebih murah. Untuk mengelakkan kos penghantaran yang tinggi, mereka sanggup menggunakan kadar pos laju yang lebih murah walaupun sedar risiko tinggi.

Bukan itu sahaja, mereka sanggup tidak istihar di Maklumat Kandungan tersebut di resit penghantaran. Ada yang sanggup menipu menulis barangan lain sebagai strategi untuk mengelakkan terkena caj insuran barang berharga. Memang tak boleh pakai pon pos laju biasa untuk barang berharga!

Maklumat Kandungan perlu dinyatakan dengan Jelas.. Jangan tipu-tipu

Maklumat Kandungan perlu dinyatakan dengan Jelas.. Jangan tipu-tipu

Pos Laju atau Pos Malaysia sememangnya tidak akan bertanggungjawab keatas barangan yang hilang sekiranya barangan itu tidak di istihar dengan betul.

Dapatkan kain pasang Daun Anzalna yang superb cantik sementara stok masih ada.. Gile ramai masuk order! Cepat!..

Koleksi Ariani Lebaran 2016

Saya pernah juga la nak pos handphone ke kampung menggunakan Pos Laju, tetapi menurutnya boleh tapi kena bayar caj lebih.

Memandangkan saya tiada duit lebih, saya terpaksa guna pos laju juga, tapi kelentong dengan menyatakan itu adalah buku. Alhamdulillah. Mujur sampai.

Tapi yang tidak bernasib baik, tiada ganti rugi kalau hilang.

2- Barang di istihar tapi rosak

Salah satu sebab kenapa penjual taknak istihar barang dengan betul, kerana tiada kejujuran oleh pekerja Pos Laju itu sendiri.

Bila diistihar ada juga yang tidak amanah yang sanggup membuka bungkusan untuk melihat. Melihat tak apa lagi, yang hilang pon ada. Sikit-sikit dia ambil. Panas betul hati!

Kalau anda salah seorang mangsa pekerja Pos Laju yang tidak jujur ini, anda boleh membuat aduan kepada Pos Malaysia.

Aduan Pos-Laju Barang Rosak dan lambat sampai, rosak dan hilang

Cara Buat Aduan Barang Pos Laju Rosak, Hilang dan Lewat. Cara Meminta Ganti Rugi!

1- Cek dahulu samaada barangan anda layak untuk diminta ganti rugi ataupun tidak. Kalau kes ada seperti no 1 yang saya nyatakan di atas, memang tak layak la.

2- Hubungi perkhidmatan pelanggan di talian 1 300 300 300 (panggilan tempatan), atau +603 2727 9100 (panggilan antarabangsa)  atau hantar email ke [email protected].
Anda akan di minta mengisi borang PP1 dengan maklumat sebanyak yang mungkin. Borang P1 boleh didapati di mana-mana Cawangan Pos Laju dan Pos Malaysia.

3- Sertakan bukti sokongan iaitu Sijil Pos  dari Pos Malaysia, dan bukti nilai barangan kiriman seperti resit.

4- Tunggu pengesahan aduan dari Pos Malaysia bersama nombor aduan untuk rujukan.

5- Pos Malaysia akan membuat siasatan ke atas punca kerosakan dan pengesahan barangan dihantar oleh Pos Malaysia. Pos  Malaysia akan meneliti hasil siasatan dan , jika ada, pampasan akan dibayar kepada anda.

6- Jika anda tidak bersetuju dengan hasil siasatan Pos Malaysia, anda boleh membuat rayuan.

Pesan saya, kalau barang itu bernilai tinggi, jangan la lokek sangat nak guna perkhidmatan pos yang lebih baik. Tak rugi pun, barang pun akan selamat sampai!

Jika anda ingin copy artikel ini, sila berikan kredit ke www.norfanil.com. Terima kasih.

#

About the author

45 Comments

    • Sya nak tanya..kalau beli baramg online shipment damage mmg risiko buyer ke?seller berhak utk tidak bertanggungjawab ?ataupun seller berhak kenakan ganti rugi kerosakan?

  • huhu… mmg geram jgk kadang2 dgn pos laju ni…
    bulan lepas… parcel sy x sampai2… rupa2nya posmen tersalah antar kat rmah org lain…
    dah buat aduan tp smpai sekarang masih belom dpt barang tu…. huhuhu… sabo jer lah…

    • OMG nmpknya tipis la peluang saya nk dpt balik brg atau dpt ganti rugi dari pos laju. Sebab brg saya dia dh bagi kat org lain ni (sy refer pos laju track & trace)
      Geram gile ni

  • barang sudah pos pada 11hb sampai hari ini barang lagi di HUB POS LAJU PMK ~~
    BOLEH TAHU KENAPA TAK ?? TERIMA KSH
    EF 677495202 MY ( TRACKING NO. )

      • Saya tidak faham dg system pengkitmatan pos laju.. saya salah tulis alamat terbalik si pengirim di tulis di ruang yg di kirim begitu juga sebaliknya.. barang kena tendang balik. Sudah rujuk ke pos laju centre . Barang di kirim di kenakan cas lagi. Pihak pos laju centre merujuk ke barang yg kena tendang utk mengisi 1 borang klim duit balik dari barang yg kena tendang. Staf bagi info duit klim bisa di dpt lgi kurang lebih 2 mggu. Dengan system bank in. 2 mggu sudah saya coba call lagi pos laju. Than staf pos laju bagitahu kena tggu lgi selama 3 bln. Sebab byk lgi yg mau di rekod. Maaf nurfanil maaf bisa bagi sedkit permsalahan yg berlaku. Terimakasih..

    • PMK tu Pengumpulan Khas. Slalu barang lewat sampai kt alamat dalam sehari dua. tapi kalau barang dalam 4/5 hari tak sampai, call 1300300300 tanya. sebab kadang2 diorg terlepas pandang pastu tak proses hantar ke poslaju seterusnya

    • Tracking itu untuk rujukan penghantarvdan pemenerima sahaja ok.. Bukan untuk tontonan ya… Jgn marah kalau ada orang tertuntut barang awak tu.. Huhu

  • salam !! asal barang yang sye order , dah 2minggu tak sampai .. macam nie ke poslaju . aduhh , letihhh ahh tunggu

    • cuba minta no tracking poslaju dari pengirim barang. check kalau2 barang tak diproses. kalau xdiproses, call 1300300300

  • Terima kasih kerana membantu, barang Saya yg telah sampai di ppl Batu caves tetapi di hantar pula ke ppl seremban sedangkan address Saya area Batu caves..

  • Saya dah kena barang hilang, da report da kol banyak kali tapi katanya masih siasat, masih siasat tup2 da 1 tahun berlalu.. barang produk kecantikan bernilai rm100++, sedih sangat tapi malas dah nak tanya.. nak kol pos laju tu dah lama nak berjawab..credit sekali kol je rm10,, rugi… 1st time la kejadian setelah hampir 5 tahun menggunakan khidmat pos laju

  • Barang saya patutnya sampai semalam.
    Alamat petaling jaya. Seller dari balakong. Tetibe, saya track (harini hari ke 3) dah sampai kat ppl pulau pinang. Pelik…

    Camno tuh

  • apapasal poslaju ni mcm babi??..pukimak betul..pekerja pun mcm sial..agaknya semua yg keja poslaju ni hisap dadah ke atau xde otak??..dah lekat sticker fragile..apa ke babinya kotak pecah jugak..babi pun tak buat keja membabi buta babi ni

  • Terima kasih utk info ni..mslh sy..sy dropship..tgl Kelantan..supp tgl kedah…cust sy tgl Sarawak…ad 4 helai dress dlm tu hrga rm109 sehelai…supp pos 1mac 2016 kt ppl sungai petani..tp smpai skrg xde pape update kt system poslaju…sedih…byk nk kna gnti kt cust…dress tu die nk pkai utk wedding abg die..

  • Salam….tadi saya baru hantar barang kat pos ….tetapi dia tulis dekat kiriman itu sender risk apa yg perlu saya….harap minta pengelasan

  • Xkan nak pos laju kne ambil no?
    Kalau ambil no untk beli sampul ok lah tp ni nak serahkan surat pun kne tggu spai 30minit, beli sampul ambil nombor serah sampul ambil nombor, 30+30minit, adoiiii bende yg spatutnya mudah dah jadi susah
    Tolong bg kemudahan untk pgguna sekiah.

  • no Tanya kalau BRG pos laju dh sampai tp yg tandatangan barang tu org lain boleh x nk biat aduan pasal tu? urgent please notify me ASAP…

    • Refer je pada AskPos via twitter or fb sebarang aduan. Parcel saya post 14.4.16 tak sampi sampi lg. Esok last day pihak pos akan inform status. Hrp xjd apa apa. Klu tak trpaksa claim la nmpaknya. First time jd
      first time beli brg mahal rm400++

      • ehh leeen.. sama lah..brg saya pos 14.4.2016 pun sampai sekarang xsampai..mereka kata esok last day nak tau status..awk bli apa.. brg saya rm250

  • Saye pnye lagi laa 1.4.2016 smpai skrg smpai skrg xsmpai2 hrge barang 600 mnagis mat ..mcm sial je pos laju nie..tpi sye pgi balik die soh isi borang..sptu soh tggu call dari pos laju tpi xcall pon .bpe lame nk tggu errrr gram jee…mmm klau brg yg dicari tuu xjmpe jgak boly mntak gnti rugi x???????????????

  • Sy cek number tracking brang tuu masih lg dekat pejabat poslaju pasir mas. Dri 31mei lg. Sy nk tengok yg skrg dia x record lg. Knpe ek? Nk dekat smggu brang tu x smpai lg kt tngan sy nii. Belom prnah kena mcm nii lg

  • saya oder brg dr Indonesia dh masuk 3 minggu lebih x sampai lg brg..ms dlm minggu pertama saya chek tracking dh ondway ke malaysia….pas dua minggu chek x de terus dlm sistem…sampai ke hari ni 3 minggu lebih chek still xde dlm sistem…duit brg duit pos bukan murah…klu burn brg tu rugi duit saya kerja siang mlm….pergi pos malaysia diorg suh g tanya pos laju..pergi pos laju diorg ckp brg de d indon lg….mcm mn ada d indon lg kalau dh org yg pos ke saya tolong chek dh masuk malaysia..minggu pertama saya chek de update ondway ke malaysia…pastu terus xde dlm sistem…pekejadah diorg ni buat kje….sis de idea x mcm mn saya nk tau brg saya de d mn skrg…

  • Service pos laju mcm sial..posmen pemalas..pernah kena check tracking kata ‘out for delivery’ tp xde smpai pun.. Pastu check balik suruh pick up sendiri.. Zero star

  • saya punya barang hrga dekat 20k dr spain..alamat kajang tp tracking sampai ke ipoh..call pos dia kata seller silap bg tracking or silap alamat..dah sent semua mklumat betul..siap minta detail apa ada kat dlm…huhu..masih menunggu..tiba di klia 20hb..23hg ke GPO Ipoh..heran sungguh

  • Barang saya pun tak sampai lagi.. Kalau cek dalam website, hari isnin (7/10) dah sampai PPL Rawang..hari rabu (9/10) saya dah call pos malaysia buat aduan & dapat no. Aduan..Ingatkan hari ni (10/10) dah boleh terima barang.. Macam mana nak tahu status aduan ya? Ada link website untuk cek or kena call pos malaysia balik?

  • saya da tekena da..brg ilang..wt aduah tp da nk sebulan xde feedback pape..call hq suh tepon bahagian pampasan plak..mse isi form pampasan ktenye dlm dua hari pos laju nk call blik..

Leave a Comment

CommentLuv badge

TENTANG NORFANIL

25. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Universiti Malaya).

Merupakan blogger sepenuh masa dan juga freelancer

Suka makan, suka tidur, suka travel dan suka aktiviti lasak. Tidak suka jatuh cinta!

Advertorial? Review? Jangan segan-segan hubungi saya. [su_button url="mailto:[email protected]" target="blank" background="#f899ce"]norfanil @ gmail.com[/su_button

MY fanpage

SUBSCRIBE

[mc4wp_form]

© 2015. Norfanil - Salute to Life. All Rights Reserved. Powered by NR Network