i & Lifestyle

Cara baca talkin berbeza

Written by Norfanil

SAYA ingin bertanya berkenaan bacaan talkin kepada jenazah selepas selesai pengebumian. Adakah nama si mati mesti dibinkan dengan nama ibu si mati ketika bacaan talkin itu?

Ini terjadi pada keluarga isteri saya. Ketika bacaan talkin, imam kampung membaca nama si mati yang dibinkan nama bapa. Ada segelintir orang menegur imam itu tetapi dia cuma mendiamkan diri.

Sehingga kini hal itu menjadi persoalan kami sekeluarga.
IKHWAN,

Selangor

MENURUT mazhab Shafie dan Hanbali, hukum membaca talkin adalah sunat. Ia boleh dilakukan sama ada hampir saat kematian seperti mengajar (mentalkinkan) kalimah syahadat, la ilah illa Allah atau sebaik saja dikebumikan.

Ini banyak diamalkan dalam masyarakat Melayu. Semuanya ada asas dalam hadis. Antara kata-kata talkin ialah seperti berikut: “Wahai hamba Allah anak hamba perempuan Allah, ingatlah dengan apa yang atasnya engkau keluar meninggalkan dunia, iaitu penyaksian bahawa tiada Tuhan selain Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad pesuruh Allah.

Sesungguhnya syurga itu benar, neraka itu benar, kebangkitan itu benar, hari kiamat pasti datang tanpa keraguan dan Allah akan membangkitkan sesiapa saja dari kubur. Sesungguhnya engkau reda Allah sebagai Rabb, Islam sebagai agama dan Nabi Muhammad s.a.w sebagai nabi, al-Quran sebagai pemimpin (imam), kaabah sebagai kiblat dan kaum mukminin sebagai saudara” (al-Zuhayli, II: 536-37).

Apabila seorang imam tidak menyebut seperti di atas iaitu dengan tidak membinkan kepada ibu si mati, ia hanya tidak mengikut peraturan dan dimaafkan.

Talkin itu tetap sah walaupun ada sedikit kekeliruan. Selain itu, talkin juga peringatan kepada yang hadir.

credit hmetro


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Anda mempunyai produk? Ingin saya review Produk Anda? Peluang kini dibuka! Email ke norfanil[@]gmail.com

About the author

Leave a Comment

CommentLuv badge