Bussiness Card Norfanil

Hi,

Alhamdulillah, haritu terpilih untuk dapatkan business card dari Malaya Design Kita Bahru sempena Sepetang Bersama Blogger. Dapat 10 kotak dari Encik Siddiq, tapi pilihan design buat sendiri atau kena upah design Rm30 dengan Encik Siddiq.

Memandangkan saya dah siap design sendiri, saya tak ambil upah untuk design. Jadi kad saya free la.

Ada 10 blogger yang dapat, alhamdulillah. semoga Malaya Design dan Encik Siddiq dimurahkan rezeki.

Business Card Blog Norfanil

Nak tengok tak design yang saya design? Bila bukan budak design buat design sendiri, jadi la macam ni.. Huhuhu..

Business Card dari Encik Siddiq

Nampak besar, tapi sebenarnya, font tu kecil gila.. Huhu.. Sedih den.. Gambar belakang ni masa pergi Maldives haritu. Gambar ni paling cun. Terima kasih my bro sebab ambil gambar ni.

Bila ingatkan font yang kecil tu, bertabah je la. Jadi lepas ni kalau nak design sendiri business card, sila la pastikan font tu cukup besar. Kalau kedai printing baik hati, dia akan bagitau, kalau font tu kecil dan dia akan tolong adjust. Lupa pula nak pesan dekat Encik Siddiq. Bertabah la nampak..

Bussiness Card Norfanil

Ini la hasilnya.. kalau tahu 10 box tu banyak, saya minta print business card bisnes saya.. Huhu..Tapi mujur ada partition kat bahagian belakang.. So boleh buat sticker dan tampal logo bisnes kat belakang. Nampak? Bijak kan.. hahahaha

Business card Norfanil di sponsored oleh Malaya Design. Apa-apapun terima kasih Encik Siddiq yang baik hati.

Bagi sesiapa yang mencari tempat printing business card di Kota Bahru dan secara online, boleh tempah dengan Encik Siddiq ni.

Macam mana nak hubungi?

Facebook : Malaya Design & Printing Service 

#businesscard penting untuk bisnes jualan online, letak dalam parcel sebelum hantar kepada customer. 😉

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge