i & Lifestyle

Burger Bakar Abang Burn..

Burger Leleh Burger Bakar Abang Burn
Written by Norfanil

Anda pemilik Homestay atau Hotel? Ingin saya review Homestay atau Hotel Anda? Peluang kini dibuka! (KLIK)

Assalamualaikum…

Alhamdulillah.. Syukur nikmat.. Dalam masa 2 hari, banyak impian Norfa tercapai. dan semestinya impian nak merasa Burger Bakar Abang Burn yang orang duk hu ha hu ha tuh. Tapi kami makan kat Damansara sementara tunggu midnight movie Despicable Me  di One Utama… Walaupun sebagai personal interest dan bukan seorang yang di invite untuk merasa, tapi takpe.. Kerana teringin sangat.. So Norfa gi terjah..

Meatball Burger Bakar Abang Burn

Masa karnival di Universiti Malaya dulu, dah cuba meatball, boleh tahan tapi masa tuh sebelum abang burn revised balik resepi meatball sebab ramai yang kata tak sedap.  Dan pada Norfa, meatball masa tuh tak banyak sangat daging, tapi lembut.

Dan hari sabtu lepas, Norfa makan lagi sekali meatball abang burn, memang di akui agak sedap sebab daging dia makin padat dan a bit keras sikit. Mungkin dah sejuk or tak pasti la.. Then problem dengan sos lada hitam dia.. Sorry abang burn.. Agak masin. Sebab tuh kami tak mampu nak habiskan.

Meatball punya set ada sekali dengan wedges.. Rasa memang gu dia la ni kot. Wedges tuh dah sedap, tapi mayo dia manis pulak. Meatball masin, wedges manis.. Haha. Elok laaa.. Hehehe.. Mungkin wedges kalau pakai mayo yang tak manis rasa lagi sedap. For me la..

Meatball Burger Bakar Abang Burn

Burger Leleh Daging + Cheese

Ini lah yang aku nak makan sebenarnya. Ramai blogger cakap sedap burger leleh burger bakar abang burn ni.  Lagi lagi la aku ni peminat sos lada hitam selain dari sos cili.. Hehe.. Masa kat UM dulu tak de,. Walaupun staff Burger Bakar Abang Burn cakap stock habis, aku tak rasa stock yang habis, tapi memang dia buat masa tuh untuk jual meatball je, bukan burger bakar. Takkan dua hari berturut2 takde stock kot? kan..

Dapatkan kain pasang Daun Anzalna yang superb cantik sementara stok masih ada.. Gile ramai masuk order! Cepat!..

Koleksi Ariani Lebaran 2016

So peluang ni aku makan la burger leleh.. Sedap bak hang dia punya daging. Sangat sedap.. Biasala bila guna 100% daging.. memang la sedap.. Gigi aku ni pulak yang tak sedap. Haha..  Burger leleh ni dia ada limpahan sos lada hitam macam meatball jugak.. then again, aku terpaksa makan dalam kemasinan. Kalau ikutkan dah tak mampu nak makan sebab masin, tapi aku paksa diri habis kan.. dan tang tuh jugak, air oren gelas besar terpaksa di order. Ngeh..

Burger Leleh Burger Bakar Abang Burn

Burger Supremo Daging dengan Salami  + Cheese

Kawan aku dia order burger daging + salami. Dia cakap sedap. Dia memang suka salami pun. Dia punya sos macam biasa la sos cili dan mayonis. Memang nampak sedap.. Lagi meriah dari Burger leleh punya.. Aku tengok je la.. Takkan nak rembat kawan punya pulak kan? hahaha…

Burger Salami Burger Bakar Abang Burn

Overall out of 5:

  • Daging : 4.5
  • Service : 4.5 (baru sat duduk, tibe tibe dah sampai.. laju gilos..)
  • Sos lada hitam : 2.5 (masin)
  • Plate : 3.5 (susah tol nak masuk mulut, terpaksa makan 1 lapis 1 lapis… lagi best kalau ada pisau ngan garfu..hehehe)

Recommendation

  • – Mungkin boleh revised balik sos lada hitam supaya tak masin, and quality control tuh kena improve lagi
  • – Saya suka makan sos, kan best kalau provide kan botol sos cili sekali masa hantar burger.. hehehe..

# nasib badan. Mungkin time aku pergi tuh masin kot… Sob sob sob…

Birthday Wishlist 2013 : Burger Bakar Abang Burn Tercapai.. (√)

#

About the author

12 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge

TENTANG NORFANIL

25. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Universiti Malaya).

Merupakan blogger sepenuh masa dan juga freelancer

Suka makan, suka tidur, suka travel dan suka aktiviti lasak. Tidak suka jatuh cinta!

Advertorial? Review? Jangan segan-segan hubungi saya. [su_button url="mailto:[email protected]" target="blank" background="#f899ce"]norfanil @ gmail.com[/su_button

MY fanpage

SUBSCRIBE

[mc4wp_form]

© 2015. Norfanil - Salute to Life. All Rights Reserved. Powered by NR Network