i & Produk

Buku Resepi Dr. Ezani Inspirasi Dapur Saji Makanan berkhasiat!

Pelancaran Buku Resepi Inspirasi Dapur Dr. Ezani -004
Written by Norfanil

Anda mempunyai produk? Ingin saya review Produk Anda? Peluang kini dibuka! Email ke norfanil[@]gmail.com

Hi,

Baru baru ini semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, Dr. Ezani Monotoyang merupakan Juara Masterchef Malaysia Musim Pertama telah melancarkan sebuah buku resepi makanan berkhasiat iaitu Ispirasi Dapur.

Dr. Ezani yang merupakan seorang doktor gigi sepenuh masa, mendapat peluang untuk bekerjasama bersama MustRead untuk menghasilkan buku resepi Inspirasi Dapur.

Pelancaran Buku Resepi Inspirasi Dapur Dr. Ezani -005

Pelancaran Buku Resepi Dr.Ezani bersama Chef Jo.

Biodata Dr. Ezani Monoto

Sedikit sebanyak mengenai Dr. Ezani Monoto untuk dikongsikan dengan peminat-peminat.

  • Nama : Ezani Farhana Md Monoto
  • Lahir : Muar Johor
  • Tarikh Lahir : 11 Mei 1985
  • Kelulusan : Ijazah Pergigian Universiti of Adelaide, Australia
  • Juara Masterchef Pertama Malaysia
  • Hobi : Memasak, fotografi, berenang dan mengembara.
  • Hidangan pertama : Puding Roti
  • Sekarang merupakan seorang doktor gigi dan chef selebriti.

Menurut Dr. Ezani, minat memasak mula ditunjukkan apabila seringkali mengacau ibunya memasak di dapur sehinggakan menjadi huru hara.


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Kain Pasang Songket

 

Walaupun niat hanya ingin menolong, tapi lain jadinya. Dr.Ezani tidak pernah menghadiri kelas memasak secara formal, tetapi lebih gemar membelek buku resepi bersama ibunya untuk belajar sesuatu yang baru!. Kerana minat mendalam, Dr. Ezani membuktikan beliau mampu menjadi chef seperti hari ini! Dan buku resepi Dr. Ezani menjadi bukti!

Inspirasi Dapur Bukti Cinta Dr. Ezani terhadap Makanan

Buku resepi Inspirasi Dapur tercetus apabila Dr.Ezani sering memuatnaik gambar makanan seimbang dalam kategori hidangan berasaskan  sayur-sayuran dan lauk pauk di media social iaitu Instagram dan Facebook menggunakan hashtag #healthymealsdrezani.


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Kain Pasang Songket

 

Dengan menitikkan makanan yang sihat, Dr. Ezani percaya #healthymealsdrezani mampu membantu salah faham konsep makanan seimbangan dimana perlu kurangkan makanan berminyak dan bersantan, dan mengubah cara masakan kepada masakan merebus, mengukus, dan memanggang.

Alhamdulillah , segala koleksi gambar yang dikongsikan di #healthymealsdrezani mendapat sambutan dari peminat di instagram hari ke hari. Sehingga mampu melahirkan buku resepi makanan berkhasiat ini.

Pelancaran Buku Resepi Inspirasi Dapur Dr. Ezani -002

Demo masakan Viatnames Roll by Dr. Ezani

Serba sedikit mengani Buku Resepi Inspirasi Dapur Dr. Ezani.

  • Bertemakan makanan berkhasiat
  • Mempunyai 60 jenis resepi makanan.
  • Mempunyai 3 kategori makanan iaitu #healthymealsdrezani, #pastribella dan mom & kids
  • Buku setebal 297 Muka Surat
  • Buku yang sangat meriah dengan gambar dan berwarna
  • Resepi makanan sihat yang mudah, menarik dan menjimatkan masa
  • Buku ini mendapat review dari Chef Jo, Dr. Fazley Yaakon dan jugaProf. Madya Dr. Shahrim Karim.

Semasa pelancaran Buku Resepi Inspirasi Dapur, Dr. Ezani sempat membuat demo masakan Vietnamese Rolls. Saya la orang paling cepat naik ke pentas apabila peminat diberi peluang untuk merasa. Hehe

Pelancaran Buku Resepi Inspirasi Dapur Dr. Ezani -006

Peminat merasa masakan dari Dr. Ezani. Vietnamese Rolls

Ada banyak resepi yang ingin dicuba. Tapi belum sempat masa.. Sat nanti kalau dah cuba saya kongsikan bersama anda ye..

Jangan lupa untuk dapatkan buku Resepi Dapur di kedai buku berdekatan dengan harga RM53.00. Murah je dengan 60 jenis resepi dengan gambar-gambar yang pasti buat anda terliur!

About the author

Leave a Comment

CommentLuv badge