i & Makan

Buffet Ramadhan 2015 Hotel Renaissance Kuala Lumpur

Siput Buluh Bakar Buffet Ramadhan Hotel Renaissance Kuala Lumpur -007
Written by Norfanil

Anda mempunyai produk? Ingin saya review Produk Anda? Peluang kini dibuka! Email ke norfanil[@]gmail.com

Ingin berbuka puasa di Hotel Renaissance Kuala Lumpur?

Tahun ini lebih kurang 100 juadah berbuka puasa dihidangkan oleh Restoran  TEMPTasionS, Hotel Renaissance Kuala Lumpur bermula 18 Jun sehingga 16 Julai 2015.

Kebanyakkanya adalah all time favourite rakyat Malaysia dan juga makanan tradisional melayu.


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Kain Pasang Songket

 

Buffet Ramadhan Hotel Renaissance

Banyak pilihan untuk anda berbuka puasa di sini, bermula dengan pelbagai jenis kerabu, nasi, lauk pauk, dessert, kuih raya sehingga la ke kuih muih.

Beberapa jenis nasi disediakan antaranya nasi minyak, nasi tomato dan nasi bukhari untuk dimakan bersama lauk pauk special dari TEMPTasions!

Antara yang menjadi kesukaan adalah Kari Ketam, Udang Gulai Nenas, Daging Palembang, Kuzi Kambing Tulang Rawan, Bawal Masak Tomato, Sotong Masak Cili Kering Manis, Sambal Tumis Tempe, dan juga Pucuk Paku Masak Lemak Cili Padi.

Kalau dah makan nasi campur jangan lupa pembuka selera, pelbagai jenis kerabu, ulam ulaman dan juga pencicah!

Udang Gulai Nanas Buffet Ramadhan Hotel Renaissance Kuala Lumpur -004

Tak lupa juga Rendang Minang, Gulai Kawah, dan Rendang Tok yang dihidangkan secara bergilir gilir untuk buffet ramadhan kali ini! Kambing juga ada! jangan sesekali dilupa.

Kambing Bakar Buffet Ramadhan Hotel Renaissance Kuala Lumpur -005

Bagi peminat ikan bakar dan seafood bakar, TEMPTasions menyediakan beberapa jenis seafood bersama sos ikan bakar ataranya ketam, lala, siput buluh, kepah dan lain lain. Terdapat juga beberapa jenis ikan bakar yang dibakar untuk dimakan bersama sos kicap!. Kambing bakar pun ada!

Siput Buluh Bakar Buffet Ramadhan Hotel Renaissance Kuala Lumpur -007 Ikan Bakar Buffet Ramadhan Hotel Renaissance Kuala Lumpur -006

Selain tu, kalau anda taknak makan nasi, TEMPTasions boleh menjamu selera beberapa jenis laksa iaitu Laksa Penang, Laksa Johor, Nyonya Laksa dan juga Laksa Kelantan.

Tak lengkap berbuka puasa kalau tak ada sate. Jangan risau, disini tersedia ‘live kitchen’ untuk hidangan sate, nasi impit bersama kuah kacang, timun dan bawang.

Satay Daging Buffet Ramadhan Hotel Renaissance Kuala Lumpur -008

Bagi peminat kerabu, beberapa jenis kerabu disajikan antaranya kerabu sotong, kerabu udang, kerabu kacang panjang, kerabu kangkung dan lain lain sebagai pembuka selera.

Kalau taknak makan makanan Melayu, makanan India turut tersedia untuk juadah berbuka anda di Hotel Renaissance Kuala Lumpur. Antaranya, Kheema Pulao, Goan Crab Curry, Dal Amritsari, Lamb Roganjosh, Butter Chicken, Aloo Simla Mirch, dan Fish Curry With Okra.

Goan Crab Curry Buffet Ramadhan Hotel Renaissance Kuala Lumpur -003

Jangan ketinggalan untuk merasa makanan Western kerana ia turut dihidang disini. Antaranya Kepak Ayam Panggang bersama Herba, Asparagus panggang, Cendawan campur, dan juga Grill Minute Steak bersama sos black paper.

Masakan Chinese pun ada antaranya Hokkien Fried Mee, Sweet Sour Prawn Roll, Sayur Dumpling, Wok-Friend Squid dengan cili kering dan gajus.

Wok-Friend Squid dengan cili kering Buffet Ramadhan Hotel Renaissance Kuala Lumpur -002

Tak lengkap rasa kalau tak makan kuih Tradisonal semasa berbuka. Apa kuih kegemaran anda? Kuih bakar? Kuih lapis? Semua ada di sini. Apam balik pelbagai perisa seperti strawberry, coklat, penut butter pun ada! Wajib la cuba!

Kuih Muih Buffet Ramadhan Hotel Renaissance Kuala Lumpur -009

Harga
Dewasa : RM135 seorang
Kanak-kanak : Diskaun 50%

Early Bird – RM103 seorang
18 – 22 Jun 2015 dan 13 -16 Julai 2015

Bagi anda yang ingin berbuka puasa di TEMPtasion, boleh membuat tempahan seperti dibawah:

[su_note note_color=”#d9fff8″]

TEMPTasion, Hotel Renaissance Kuala Lumpur
Corner of Jalan Sultan Ismail and Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur

Tel no : 603-2716 9388


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Kain Pasang Songket

 

[/su_note]

 

About the author

1 Comment

Leave a Comment

CommentLuv badge