D'Laila Suppower, MMA Santai Corner Nilai -Bubur Berlauk 4
Lauk untuk bubur nasi berlauk. Memang banyak!

Hi,

Siapa suka makan bubur berlauk? Kalau dekat KL bubur nasi berlauk sedap ada di Kampung Baru. Malam minggu gerenti penuh. Tapi saya tak pernah merasa disana. Malas nak pergi sebab crowded.

Masa nak hantar Rayyan Haries ke Airport sebelum berlepas ke India, sempat kami singgah di kedai D’Laila Suppower yang terletak di Medan Selera MMA Santai Corner, Bandar Baru Nilai. Kalau nak cari tempat makan sedap di Nilai, ini lah tempatnya!

D'Laila Suppower, MMA Santai Corner Nilai -4
D’Laila Suppower, Terletak di Medan Selera MMA Santai Corner Nilai

Tak disangka pula masa datang menu baharu Bubur Nasi diperkenalkan pada hari tersebut. Selain dari bubur nasi, sebelum ini, D’Laila Suppower terkenal dengan kesedapan Mee Udang Galah dan juga Asam Pedas yang menjadi tarikan utama di MMA Santai Corner Nilai.

D’Laila Suppower, Puas Hati dan Sedap!

Betul, semua makanan di D’Laila Suppower tiada yang tidak sedap! Bubur Nasi gila sedap. Terasa isi ayam yang dimasak sekali dengan bubur. Memang antara bubur nasi sedap di Nilai. Bubur Nasi berlauk dihidang dengan pelbagai jenis lauk dari ayam, seafood sehingga la kepada sayur sayuran. Yang sedap ada rebung goreng lain dari yang lain. Pilih saja mana lauk yang nak. Harga nanti dikira ikut lauk yang diambil! Tak cukup semangkuk? tambah lagi. Jangan segan-segan heh!

D'Laila Suppower, MMA Santai Corner Nilai -Bubur Berlauk Sedap
Bubur Nasi Berlauk.. Patut cuba bila datang D’Laila Suppower
D'Laila Suppower, MMA Santai Corner Nilai -Bubur Berlauk Sedap 3
Lauk sampingan yang ada untuk menambah lagi kesedapan bubur nasi berlauk
D'Laila Suppower, MMA Santai Corner Nilai -Bubur Berlauk 4
Lauk untuk bubur nasi berlauk. Memang banyak!

Antara Mee Udang Sedap di Nilai

Selain itu saya pun pernah merasa Mee Bandung Udang Galah disini waktu pertama kali sampai. Terima kasih kak D’Laila Suppower yang sudi terima kehadiran saya waktu itu dalam keadaan terdesak. Sangat baik hati. Komen saya mengenai Mee Bandung Udang Galah, tidak dinafikan sedap dan banyak. Tapi sedikit manis. Mungkin tidak beberapa sesuai untuk yang kurang gemar manis. Tapi saya suka! Nampak sangat suka manis! hehe. Baru la tersenyum manis.. kan? heh

D'Laila Suppower, MMA Santai Corner Nilai - Mee Bandung Udang Galah
Mee Bandung Udang XL.  Ya Allah..Bersusun udang. Harga pon murah je! Bawah RM10!

Selain dari bubur nasi dan juga mee bandung udang galah, D’laila Suppower juga menyediakan asam pedas dan beberapa masakan lain seperti telur mayung, seafood dan lain lain.  Memang banyak menu untuk anda cuba! Lepas ni saya nak cuba Asam Pedas pula. Sebelum ni saya tak berapa suka asam pedas, cuma makin meningkat dewasa ni la baru kena dengan tekak sendiri.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge