Bonus Kakitangan Awam dibayar 15 Januari 2015

Ramai duk tunggu bonus kerajaan atau imbuhan untuk tahun 2014. Menjadi teka-teki. Katanya hari ini. Sampai ada yang pagi-pagi dah buka online internet bankin nak cek, tapi hampa. Duit bonus kakitangan awam tak masuk lagi.

Terbaru di umumkan dalam berita, bayaran bonus kakitangan awam akan dibayar pada 15 Januari 2015.

Berita ini disampaikan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam satu kenyataan media hari ini, Isnin 5 Januari 2015. Menurut beliau Kakitangan Awam akan menerima bayaran bonus pada Khamis, 15 Januari 2015

Tarikh tersebut juga merupakan tarikh pembayaran Rm250 kepada pesara kerajaan.

Pembayaran bonus kakitangan kerajaan

Bayaran bonus kakitangan awam di awalkan

Suka la korang, bayaran bonus di awalkan. Untung yang bekerja kerajaan. Eh. Menurut beliau, sebab di awalkan pembayaran bonus adalah kerana kerajaan prihatin dan memahami situasi penjawat awam yang terlibat dengan banjir.

Walaupun bayaran bonus ditunda, tapi tetap awal dari sepatutnya. Hari asal pembayaran adalah pada tarikh gaji Januari 2015..

Apa-apa pun, bersyukur lah.. Dari tak dapat.. hehe

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge