Hi..

Dah lama saya tak sembang pasal dunia blog. Blogger sekarang bercambah-cambah. Mujur saya dah boleh catch up kewujudan blogger yang saya rasa ramai juga saya tak kenal.

Ada yang pertikai, “Kenapa ramai sangat blogger sekarang ni?” Ada yang mungkin menulis blog gara-gara hobi dan ada mungkin juga yang sememangnya nak buat duit dengan blog selepas tengok kejayaan blogger lain.

Saya buat freelance dengan Che Mat : Marketing consultant. Untuk pemasaran di Internet. Sememangnya tahu permintaan blogger untuk pemasaran produk di internet semakin hari semakin tinggi.

Lagi best sebab saya bekerja dengan orang yang tau keadaan dunia blogger, jadi faham apa yang blogger nak dan apa yang akan client dapat.

Ada yang tanya persoalan seperti ini :

  • Kenapa kebanyakkan sekarang ni blogger baru yang dapat banyak job review atau event?
  • Kenapa blogger baru suka ambil event tak berbayar?
  • Kenapa munculnya kumpulan-kumpulan blogger dapat job?

Jawapannya?

Syarikat nak top blogger

Setakat ni, apa yang saya nampak syarikat nak top blogger. Tapi boleh bilang je berapa ramai top blogger yang masih ada. Banyak kriteria yang perlu di lihat balik apabila syarikat inginkan top blogger. Antaranya:

  • Adakah top blogger masih kekal sebagai top blogger?
  • Top blogger sudah beralih ke instagram dan abaikan blog.
  • Top blogger ada masalah disiplin.
  • Top blogger bukan lagi blogger.

Revolusi!. Yep. Itu yang boleh saya katakan.

Blogger beralih kepada instagram. dan membuka perniagaan masing-masing. Sebab tu sekarang sukar nak cari top blogger. Memang demand tinggi tapi dengan komitmen yang ada menyebabkan top blogger dah tak boleh nak bagi komitmen pada blog.

Pemasaran Online Blogger
Pak John antara yang menggunakan Khidmat Blogger untuk review!

Lebih baik ada dari tak ada

At the end of the day, apa saya boleh kata, lebih baik ada dari tak ada. Lebih baik ambil blogger pertengahan atau bawahan ataupun blogger baru dari tak ada langsung.

Ye la nak hire top blogger dah susah, banyak kerenah dan susah nak dapat. Jadi lebih baik hire blogger pertengahan dan bawahan yang bersemangat wajar nak kerja. Lebih mudah!

Tapi ada persoalan lagi timbul : Blogger pertengahan dan bawahan Hits tak sebanyak top blogger..

erm… pendapat anda?

See ya!

psttt: Namee Roslan antara top blogger yang kekal top blogger dengan sikap humble! Mudah bekerja!

6 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge