i & Lifestyle

Bila Seorang Engineer Kutuk Profession Cikgu

Written by Norfanil

Anda pemilik Homestay atau Hotel? Ingin saya review Homestay atau Hotel Anda? Peluang kini dibuka! (KLIK)

Assalamualaikum…

 

Ramai yang sakit hati dengan seorang hamba Allah ni yang kutuk profession sebagai Cikgu.. Katanya, cikgu ni banyak masa, kadang kadang suruh anak murid buat kerja, curi tulang dan sebagai nya.. Sampai dia kutuk cikgu dia sendiri… Ya Allah.. memang dia ni menulis pakai kepala lutut..

 

Dan sekarang dia dah tutup blog agaknya. tapi WebCache dah simpan entry dia… Haaa.. mana nak lari wahai ENGINEER???? sah lepas ni kalau tersebar mengenai blog ko ni, mesti client ko lari.. dah terpampan muka kat blog tuh haaaa..

 

jom kita baca apa minah ni tulis mengenai cikgu dan profession perguruan..

——————- 88——88———————888——————–88888——————88——————–88————-

assalamualaikum

 
entry kali ini mungkin akan menyebabkan aku akan dicemuh masyarakat. tapi ini adalah pendapat peribadi aku dan aku rasa bukan setakat aku je rasa menda ni. 
 
kerja as a cikgu. of course la dihormati.tapi bagi aku.. kalau cikgu tu betul-betul berkualiti barulah wajar dihormati.
 
“eh yana, kurang ajar la ang…dulu kalau ang tak sekolah, belum tentu ang boleh jadi engineer sekarang ang tau dak?”
-yup, memang kalau aku tak pergi sekolah dulu, takde cikgu yang mengajar semua..belum tentu aku jadi engineer sekarang tapi disini, apa yang aku nak tekankan adalah…
 
betapa beruntungnya menjadi seorang cikgu
 
1. gaji basic je dah almost 2K, tu pun paling sikit la kot, tak termasuk elaun-elaun tambahan lagi. seriously untung. kerja masuk pukul 7.30 pagi balik pukul 4.30 petang (tu pun paling lambat la tu) selalu pukul 2 je cikgu-cikgu dah balik. takde kerja dah nak buat.kalau nak di bandingkan dengan operator kilang yang kerja 8jam or 12 jam, 7pagi masuk, pukul 7 malam baru nak balik..gaji? basic 7ratus…plus overtime dapat la hampir 1.6K. untunglaa sapa jadi cikgu..oh, aku banding dengan operator ok..bukan dengan engineer mahupun manager…yang tu pergi gelap, balik pun bergelap jugak!
 
2. cuti berlambak+kerja half day. tu pun cikgu-cikgu ada annual leave lagi. kursus pulak dijalankan pada hari persekolahan. isk, untung ye jadi cikgu? dah la kerja setengah hari je. cuti banyak, gaji masyuk. cuti ujung tahun..gaji jalan..wahh..tu pun ade jugak la cikgu-cikgu yang memberontak bila timbalan menteri pelajaran, Datuk Wee Ka Siong bagi cadangan guru kerja 9jam..adoyai…cikgu-cikgu ni sebenarnya ikhlas ke tidak bekerja ni…”aip, ceyana, keihlasan seorang guru tak boleh dipertikaikan, kang cikgu tak halalkan ilmu yang dia bagi baru tahu!”
-aku nak bidas, kalau tak nak halalkan..nampak sangat dah mengajar tu tak ikhlas.
 
3. cikgu cikgi ni siap mengupdate blog, jual barang online, bukak bisnes sana sini, bukak butik and macam-macam lagi..and yang paling tak boleh blaaahhhhhhhhhhhhh…cikgu-cikgu bukak pusat tuisyen sendiri. ok, yang ini paling tak best bagi aku. ye la..kalau kat sekolah, kenapa tak nak bagi all out?kenapa hanya 5-10 orang student je yang dapat skor subjek yang kau bukak kelas tuisyen tu and kenapa untuk budak-budak tuition ekau, dorang boleh score (most budak tuition datang dari sekolah-sekolah yang berbeza kan?). dan selalunya secara keseluruhan, budak-budak tuition ni susah nak fail exam dowang, tapi student dalam sekolah..ada je yang fail..tambah-tambah subjek add maths?! adakah itu taktik pemasaran?sangat teruk kan cikgu-cikgu ni?
dulu masa aku student, mana nak realize sangat dengan semua ni.. minda seorang student hanya nampak cikgu je sebagai idol. “wah…terer gila cikgu ni selesaikan masalah add maths ni”, wah…cikgu ni pandai la manipulate ayat”, “cikgu ni pandai la selesaikan masalah fizik ni’ blablabla…but, now bila aku dah kenal erti duit, dah kenal erti masa..baru aku sedar..”wah, untungnya jadi cikgu, kerja senang, gaji banyak, orang kagum, disegani”..”soklan add maths ni lagi senang kalau kita guna kaedah ni, fizik ni lagi mudah kalau guna cara ni..sains ni fakta, maths ni banyak buat latihan, kau dah boleh paham. sejarah ni kau kena rajin membaca, bahasa melayu ni kau kena baca selalu..semua ni ada kat sekeliling kita. “
 
mungkin ramai cikgu-cikgu yang kata mana ada kerja kami senang?
“Malahan guru sudah menjadi ‘multi purpose’ kerana semua perkara guru terpaksa lakukan.

“Guru juga pemandu Ambulan jika pelajar sakit, menjadi polis trafik ketika pelajar keluar sekolah, pengawal disiplin, pegawai kewangan kalau ia guru kelas, menjadi kerani untuk masuk markah,” kata ahli jawatankuasa PAS, Idris Ahmad dalam satu kenyataan media.   sumber

Dapatkan kain pasang Daun Anzalna yang superb cantik sementara stok masih ada.. Gile ramai masuk order! Cepat!..

Koleksi Ariani Lebaran 2016
 
multi purpose? iye ke? kalau bab hantar murid ke hospital tu, aku rasa semua cikgu berlumba-lumba nak tolong menghantar..ye la, nanti dapat skip kelas, tak payah nak mengajar..manjadi polis trafik? setakat setengah jam selepas waktu persekolahan, takkan tu pun nak berkira and tak salah aku, banyak sekolah sekarang dah ada pak guard dan pak guard ni yang bekerja sebagai polis trafik.
pegawai kewangan?ehem-ehem..kalau duit kelas, ketua bendahari yang jaga..tu pun student sendiri, kalau nak kata duit yuran…yuran persekolahan dan yuran peperiksaan dah pun dimansuhkan..menjadi kerani untuk masukkan markah???aku sendiri as a student pernah buat kerja ni..cikgu suruh..so what?maknanya cikgu aku dulu?curi tulang?ermmm..ye la,,beliau curi tulang dan student still anggap cikgu mereka cikgu terbaik..padahal…….!@#$%^
 
banyak benda yang aku rasa cikgu ni snagat beruntung. so para cikgu sekalian, tolonglah bagi yang terbaik kepada anak bangsa ye..
 
aku sangat salute kalau cikgu tu menjadi seorang cikgu disebabkan oleh minat dia yang mendalam.dimana dia sedar akan tanggungjawab dia, mengajar sampai budak yang tak minat belajar jadi rajin dan pandai. budak yang bodoh jadi cerdik, budak yang asalnya keluarga miskin tapi berjaya tanggung keluarga, budak yang terbela nasibnya kerana cikgu fightkan biasiswa untuk pelajar tu, budak yang bermasalah menjadi seorang yang berdisiplin, budak yang lemah dibimbing menjadi perkasa, budak yang lembab dapat menguasai ilmu teknikal, budak yang hilang akhlak jadi manusia bertakwa. yes. yang ni betul seorang guru.
 
kepada guru-guru sekalian, please la..stop baca blog, stop main facebook, stop buat tuition kalau niat nak cari wang tambahan dan bukannya nak memajukan anak bangsa, stop la jual shawl, jual supplement bagai…jadilah cikgu yang terbaik…
 
isk, kalau nak complain pasal kerja cikgu pulak..aku rasa lagi panjang la entry ni..
Apa komen korang??   Rasa nak bagi kaki je… huhuhu... [ entri asal… ]

#

About the author

36 Comments

  • minah 2 ngat senang ke nk jd cikgu nie? x suma org ada bakat mengajar smpai student dy phm..y dy nk jeles sgt 2 pehal? org len xde pn condem psl karier dy…bangga sgt la 2 jd engineer..cer cte spe y ajar dy bce n tulis lw bukan insan y bernama CIKGU…lw ckgu 2 nk wt side income 2 hak dy asalkn bukan time mengajar..and lg 1 ko ngat sng ke nk jd cikgu? mcm2 exam bgai nk kna amik…y penting halal! dy ikhlas or x 2 urusan dy dgn Allah. ko spe nk judge org? blajar tgi2 p pikiran sengket! sory teremo..eden bukan cikgu..cuma xpueh aty ngan statement bangang beliau 2..kbai ;p
    mish eden recently posted..Cinta MonyetMy Profile

  • ape lah, cikgu tu klaw balik awal tu pun mesti ade keje lain dea nak buat ,
    cikgu x kan duduk diam lah,,
    ape laa ,, hmm npe nk pertikaikan kerje guru ,,
    pelik bona budak nie

  • xde la ape sgt pun..propa je lebih blog ni..alah mmg betul kot pendapat die…kerajaan bg mcm2 intensif kat cikgu2 ni..kebnyakn cikgu lah y penyokong parti tutt..ade jugak cikgu y boleh berpolitik kat murid..klau nk jd cikgu jd y berkualiti..jgn makan gaji je

  • smua bnda n job da klbhan n kkurangannya..klo dikira kn gaji ckgu n engineer ,tggi lg gji die..dh kje die cm 2,xkn la nk ptikaikan..ckgu nie nmpk jew free siap blh b’fb’ lak kn..2 hak msing2..nk bniaga pon tpulang pd individu 2 sndri..actually, jika btoi2 die hrgai ckgu dier btoi2, dia nmpk pgorbanan sorang guru…

  • aku rase ade betul ape yang die cakap tu.. plus, cara penyampaian dia tak la teruk sangat pun.. aku sokong, ramai cikgu zaman sekarang ni makan gaji buta. ajar satu baris, lepas tu suruh student buat keje sendiri. dgn alasan, ada latihan atau paper untuk ditanda. tapi, bukan semua macam tu. aku sendiri pun ada cikgu yang masih jadi idola aku sampai hari ni. tapi tak kurang jugak cikgu yang aku rase langsung tak membantu aku. aku ade sorang kawan, yang dapat straight A’s dlm spm. tapi, dia mengaku yang bukan semua cikgu membantu dia. dia lebih byk belajar sendiri je untuk jadi cemerlang.. kisah benar, terjadi pd aku jugak. ape2 pun, aku rase setakat bagi pendapat macam ni tak salah..
    mrs. marshmallow recently posted..raya ke-6 : menyakitkan hatiMy Profile

  • seorang mekanik kereta xkan faham kerja seorang pilot. untuk komen diatas, adakah kamu seorang guru? saya yakin tidak.jadi x perlu tunjuk pandai.

  • aku rase ade betul ape yang die cakap tu.. cara penyampaian dia tak la teruk sangat pun.. aku sokong, ramai cikgu zaman sekarang ni makan gaji buta. ajar satu baris, lepas tu suruh student buat keje sendiri. dgn alasan, ada latihan atau paper untuk ditanda. tapi, bukan semua macam tu. aku sendiri pun ada cikgu yang masih jadi idola aku sampai hari ni. tapi tak kurang jugak cikgu yang aku rase langsung tak membantu aku. aku ade sorang kawan, yang dapat straight A’s dlm spm. tapi, dia mengaku yang bukan semua cikgu membantu dia. dia lebih byk belajar sendiri je untuk jadi cemerlang.. kisah benar, terjadi pd aku jugak. ape2 pun, aku rase setakat bagi pendapat macam ni tak salah..
    mrs. marshmallow recently posted..raya ke-6 : menyakitkan hatiMy Profile

  • mmg apa yg dia ckp tu ada btlnye…tp xelok la cara dia luahkan tu…x semua guru mcm tu…jgn sebab nila setitik rosak susu sebelanga…

  • Pada saya knp kita nak emosi dgn apa dia ckp..ada benarnya jg apa yg dia kata kan…dia cuma memberi pendapat dia sahaja dan kita tak perlu lah nak kutuk2 dia lebih2 sgt.

  • yang sorang ni pulak org dah tarik balik blog ko pergi upload balik apasal,..tinggi sangatkah moral engkau tu…pandangan peribadi dia seorang aje lah..tolol

  • aku sebagai seorang mahasiswi jurusan pendidikan amat terasa dengan entry kakak ni. Masa cuti sem baru ni aku pernah bekerja sebagai Guru Ganti di salah sebuah sekolah. Walaupun hanya berkhidmat selama 2bulan, aku dapat rasakan betapa beratnya tanggungjawab seorang PENDIDIK. Kakak ni tak boleh kata kerja cikgu senang. Memang kerja cikgu tu masa dia agak pendek berbanding kerja lain. Tapi bayangkan kalau berjuta kanak-kanak ni bergantung pada guru untuk masa depan mereka. Kerja as guru adalah mulia sebab guru yang mendidik anak bangsa kita. Menjadi guru perlu ikhlas. Sebenarnya, kerja apa pon semua kena ikhlas. Guru stop berblogging?? Stop buat on9 bisnes?? Why?? Salah ke?? Itu hak mereka untuk dapatkan pendapatan sampingan. Sikit pon tak salah. Kalau salah rasanya kerajaan dah larang guru2 buat bisnes on9 ke apa2 bisnes lah. Kakak ni sepatutnya try jadi cikgu dulu dan kemudian she can say anything, Baru dia tahu apa rasanya menjadi PENDIDIK. aku faham kakak ni sebenarnya hanya nak suarakan pendapat. Tapi next time sila berhati-hati dengan kata-kata anda ye kakak. Akak kan engineer. Mesti boleh fikir lebih jauh. Sebagai salah seorang bakal PENDIDIK, saya doakan kakak ni dapat ilham bagaimana rasanya menjadi Guru. Eh. Jadilah PENDIDIK bukan GURU.

  • Kenapa ayat dia mcm tak ikhlas je jadi Engineer? If dia rase jadi cikgu best bole itu la.. boleh ini la.. jadi cikgu je la…

  • Salam..
    Hurm.. aku rs.. issue ni bukan baru.. cuma yg berani argue and dok perhati je selama ni..
    Aku rs.. setiap job.. mmg ade komitment dye.. Cuma dr pemerhatian aku.. aku rs ape yg
    dye ckp.. ade betulnya.. namun perlu di tekankn disini. X semua ckgu mcm tu..
    ramai ckgu yg berkhidmat penuh dgn taat setia dan jujur serta tulus..
    Tapi still ramai jgk cikgu2 yg aku kire hanya melepaskan batuk di tangga..
    Sekililing aku ni ramai cikgu.. aku tgk mmg diorg byk gile waktu free kot.
    Siap jual kueh berbalang2 n buat untung beribu.. home-made lg.. pelik gak mn la ms dye amik. And byk jgk aku tgk blog jual mcm2 ni milik cikgu. Siap amik gambar2 brg yg dye jual berbackgroundkan kelas.. tercongok muka murid2.. its kind of inappropriate actions.
    Maaflah.. ini aku ckp untuk yg segelintir.. mn yg x buat.. WELL DONE! x perlu la terasa sbb sape yg mkn cili dye la terasa.. budak ni bukan mengutuk profession guru.. Cuma benefits yg ditawarkan utk Cikgu ni selalu diambil kesempatan.. lagi sekali aku tekankan.. HANYA SEGELINITIR saje… bukan smua guru..
    Walau ape pun.. cikgu2 mesti panas hati baca topic ni.. bg aku.. tugas cikgu ni berat, penuh dgn dugaan dan cabaran. .. ape yg di tawarkan, gaji, elaun, masa, cuti and tanggungjwp semua itu akan di hitung satu2 nti… So.. what u did, u get back~ setiap ilmu yg di ajar, selagi mana bermaanfaat.. pahala berterusan. Namun setiap kemudahan yg disalah gunakan, kt ‘sana’ nti, ade la yg menanti..
    Ape pun.. sy yakin cikgu2 sy sgt2 la baik n sentiasa berusaha membntu murid2nya.. saya sayang cikgu2 saya! Maaf andai tersalah kata.. =) Selamat Hari Raya..

  • kalo xpnah jdy cikgu jgn la nk sngka buruk mcm2.. ntah kalo ko jdy cikgu pon silap2 ko lgi trok dari cikgu2 tuwh.. tiap2 ari siap update2 belog.. time ngajar cuti tulang on9 pesbuk then update belog.. cm sial jaa..

  • seorang pekerja yg lain2 bidang2 xkan faham kerjaya dalam bidang lain. means seorang engineer xkan faha kerjaya seorang guru. lain orng kan lain cara dy bekerja. engineer pun bkan semua bekerja tip top ada jugak kekurangan. dalam 10 orang yg bekerja dalam bidang yg sama tetap akan ada yang ‘slack’. tapi jangan melihat pada kekurangan n keburukan semata. kenapa nak tutup mata n hati kita pada pengorbanan guru2 kita. hargailah mereka kerana di sekolah la kita mengenal serba sedikit mengenai kehidupan n mengenal siapa diri dan orang di sekeliling kita. tq.

  • salam. komen dia langsung tidak ada kematangan, belajar tinggi2 smpai jd engineer tp bila bg pendapat macam ‘hampeh’ je..ikut sedap je nk kata apa..kalau x faham tentang sesuatu bidang kerjaya tu lebih baik diam je daripada memberi pendapat yang menunjukkan kebodohan diri sendiri..kalau nk tahu kerja cikgu tu senang atau tak, cuba la apply jd cikgu..tukar profession tu kalau dah cemburu sgt dgn insan2 yang bergelar guru ni. Orang2 yang tidak terlibat dlm bidang pendidikan ni mmg x kan faham n tahu kerja guru ni mcm mn. Yang ada dlm ‘mind’ diorang ttg kerja guru cuma gaji tinggi, cuti banyak, elaun banyak, kerja separuh hari..please change your mindset! kerja guru memang sukar, cuma bayangkn kalau anak sorang kat rumah pn ada parents yg gagal bentuk dan disiplinkan ank dengan baik inikan pula guru yang perlu menghadapi begitu ramai pelajar disekolah + karenah setiap orang pelajar perlu dilayan + masalah disiplin pelajar + karenah ibu bapa + boleh disaman oleh ibu bapa kalau nasib x baik + kena maki hamun dengan pelajar dan sebagainya lg..semua tu adalah cabaran yg guru perlu hadapi. Rasanya membentuk bagunan lebih mudah daripada membentuk manusia. So, memang wajar la guru mendapat semua benefit yg disebutkn tu..

  • Mostly..mmg rmai yg ckp mcm tu.tp,hanya cikgu yang faham kerja cikgu…igt sng ke..bkn nak mgajr jak..tp byk lg kja lain yg menunggu…plus dgn stress lg.senangke nak memanusiakn manusia ni..byk prgai yg kita kna hadapi..dlm klas sya ada 38 murid stp klas.imagine sya mgjr dlm 4 kelas every day..mna lg S/u tu, S/u ni…huh..korg pkr la sdri..xtwke pkerjaan mna yg byk msuk hosp skt jiwa..so,4 me…mmg berbaloi dgn smua benefit yg kitorg dpt. n 4 the outsiders,xpayh nak sibuk sgt.jg kerja sdri tue..

  • Mind your own business laa.. x payah nk cakap segelintir sahaja or whatever. Let’s talk about ratio. Definitly org akan nampak baik/buruk guru sebab jumlahnya yang teramai di Msia dari sektor kerajaan. Samala mcm mat rempit, budak dadah.. semuanya nmpk dari bangsa melayu.. sebab Melayu merupakan majoriti penduduk di Msia. Bangsa lain x nmpk sgt sebab sikit. Takkan itupun x bule pikir? Yang menyokong statement tu, diri kamu & profession kamu tu baik sgt ke? Nabi aje yg maksum. Siapalah kita ni nk judge org lain.. & tak payah guna helah bela diri dengan menekankan perkataan SEGELINTIR tu. Sampah semata-mata. End say, shut your trap & take care of your own crap.

  • alahai saudari engineer ni…tau merungut kerja org plak..ni kes xpuas hati la ni..bak kata pepatah..ni la manusia “yang xsedar dek untung”..hello…kamu keluar mlm blik mlm pun..gaji kamu bganda2 dr gaji cikgu..kami sbagi pendidik di banyak tanggungjawab..tanggungjawab yang terbeban di dunia dan akhirat…pasal y cilok2 2..itu urusan diorang dengan Allah..yang kamu ni Enggineer..cam xde cilok2 kan..knon2 blaja tingi2..tp otak sempit..fikir ka saudari…rezeki manusia Allah telah tetapkan..masing2 diberi rezeki masing2..Allah xkan beri dugaan..jika hambanya itu tidak mampu nak hadapi…begitu juga kamu..mungkin kamu tegar dlm urusan hal ehwal bangunan kamu itu..itu dugaan kpd kamu..untung nasib kita ni berbeza..mcm kami..post mcm kamu ini juga merupakan dugaan kpd kami..tp kami readha..sbb kami adalah manusia y dipilih untuk menempuhinya..sabar la cik engineer..ni baru jadi engineer..xjd PM lagi..lau jd PM..msti semua kamu nak cmplain..mak cik2 cleaner pun awk nak complain..serba xkena agaknya..nasib baik kamu ni hanya engineer jer..kesian kat diorang..kesian jgk pd kamu..sabar yer saudari cik engineer yang prihatin

  • Salam semua. Saya pun cikgu….t.kasih dik atas komen adik…itu lah hasil kerja keras cikgu. Anda hingga anda pandai mengarang blog yg cukup shahdu tu. Tahniah kpd cikgu bm anda…berjaya menndidik dgn baik. Ada berbagai cara beri pendapat….tapi jika hingga menyinggung hati dan perasaaan org lain itu tak baik…lebih lebih lagi guru guru anda sendiri…..saya tak rasa marah….tapi kecewa bila kerja kerja guru di perlekeh hingga begitu sekali…so cikgu cikgu bila murid atau pelajar dah sanggup lekehkan kerja guru…..di mana kita..?….angkat tangan syukur….dan doalah mudahan anak anak didik kita terus dilimpahkan rahmat oleh ALLAH. Sabar dan teruskan kerja kita sedaya mungkin…..kerana hanya insan bergelar cikgu je tahu apa yg kita harungi saban hari….cemuhan manusia asam gam hidup…lmoga ALLAH BERI KITA GANJARan YG TERBAIK BAGI SEGALA SUSAH PAYAH KITA.

  • patot nya anda berterima kasih kepada cikgu anda ,sebab cikgu anda ,anda berjaya menjadi seorang engineer

  • Sebenarnya, ramai lupa utk melihat profesion/kerja dalam aspek yg lebih jelas.
    Guru profesion yang tak boleh ikut waktu pejabat biasa kerana ia berkaitan kebajikan murid-murid juga dan percaya atau tidak kebajikan penjaga pelajar. Di buat sebelah pagi, dalam kes tempat kami 6:50 pagi hingga 12:20 saja, kerana ada dua sesi persekolahan, 12:30 – 5:50 petang. Guru boleh bertugas 7+1 jam mengikut gaji yang diberi jika itu yang WAJIB dilaksanakan tetapi pelajar sekolah akan merasai waktu yang sama dan bagi pelajar sekolah rendah akan menjejaskan peluang belajar di sekolah agama pula. TAHUKAH ANDA, kerajaan melalui KPM cuba memperkenalkan sistem persekolahan satu sesi dan bermula 8 pagi hingga 4 petang, antara alasannya ialah menjadikan kerjaya guru seperti waktu pejabat Kakitangan awam lain.

    malangnya ibu bapa terutama yang muslim, menentang kerana jika waktu pesekolahan dijalankan seperti tu, maka anak mereka tak dapat pergi ke sekolah agama pula. Antara alasan lain lagi ialah kerana pelajar keluar sekolah di waktu puncak, maka akan menngkatkan kesesakan lalu lintas. Maklumlah sistem pengangkutan awam kita (selain Selangor) tidaklah begitu memuaskan.

  • Cakap senang…meh datang ke sekolah saya…awak sendiri observe saya….ikut saya kerja…..tengok apa kerja saya hari-hari disekolah….dan kerja yang paling mudah adalah macam mana nak didik anak bangsa kita supaya pandai hormat menghormati antara satu sama lain……didik anak bangsa kita supaya kenal asal usul mereka….dan didik anak bangsa kita boleh jadi orang…Kepandaian adalah anugerah Allah….tetapi kecerdikkan akal dalam hidup kita yang didik……jangan kerana segelintir pendidik yang tak beberapa ok tu manusia macam saya pun boleh terasa…..Saya tak marah anda….tapi saya kesal kerana guru-guru anda pasti kecewa apabila anda mengeluarkan kenyataan ini…..kenyataan ini adalah anda gagal dalam mengenal siapa diri anda……Namun dengan kenyataan anda ini saya bertambah bersemangat untuk mendidik anak bangsa saya tanpa mengira agama,bangsa mahupun fahaman…kerana ia memang tugas saya yang belum tentu anda mampu melakukannya…terima kasih kerana penyataan ini benar-benar menginsafkan saya dan saya lebih mengenal diri saya dan tanggungjawab saya….

    Blog Pembelajaran Dunia Sains Dan Teknologi
    Mohd jamil bin Abd Patah recently posted..BENDA HIDUP DAN BENDA BUKAN HIDUPMy Profile

  • Mm…saya dah rasa 2-2 profesion. Engineer byk tekanan dr org atas, terdesak nak kejar deadline, pergi keja gelap balik pun gelap. Then saya tukar kerjaya jd cikgu, bukan sbb x thn jd engineer tp sbb minat jd ckg. Luaran mmg nampak cam senang. Tp…hambek kau….mmg la nampak cam blh blk awal, tp mengangkut kerja sekolah yg xde penghujung. Mungkin ms adik tu jd murid krja ckg x byk mcm skrg. Sbb tu dia cakap mcm tu.
    alahai dik… Ko try la jd ckg yg berdedikasi & bertanggungjawab. Xyah lama, sebulan pun jd la. Membentuk bangunan atau sbrg struktur x sama langsung dgn membentuk manusia…ramai lak tu dlm satu2 masa..
    Senang cerita xyah komen kerja org la klu ko x pernah mengalaminya. Takat pemerhatian je x cukup syarat nak buat komen. Klu x, jd la mcm komen ko tu…cam org bodo je…adoyai..memalukan engineer je la..

Leave a Comment

CommentLuv badge

TENTANG NORFANIL

25. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Universiti Malaya).

Merupakan blogger sepenuh masa dan juga freelancer

Suka makan, suka tidur, suka travel dan suka aktiviti lasak. Tidak suka jatuh cinta!

Advertorial? Review? Jangan segan-segan hubungi saya. [su_button url="mailto:[email protected]" target="blank" background="#f899ce"]norfanil @ gmail.com[/su_button

MY fanpage

SUBSCRIBE

[mc4wp_form]

© 2015. Norfanil - Salute to Life. All Rights Reserved. Powered by NR Network