i & Lifestyle

Bila dah jadi PEKERJA

Written by Norfanil

Anda mempunyai produk? Ingin saya review Produk Anda? Peluang kini dibuka! Email ke norfanil[@]gmail.com

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. aku dah maju selangkah.. Sekarang dah jadi pekerja.. Selama bertahun tahun belajar, sekarang dah jadi pekerja.. Masih lagi dalam mood berlajar sebenarnya, agak  shock sikit.. hahaha..

Bila jadi pekerja banyak benda tak boleh buat..

  • Tak boleh buat keputusan last minit…
  • Tak boleh pakai seluar jeans melainkan hari yang ditetapkan boleh pakai.. tapi part time boleh je
  • Tak boleh ponteng suka hati..
  • Tak boleh cuti bagi tau last minit…

Haruuuuu….

Kejadian Pertama :

Aku jenis yang suka buat keputusan last minit. Tak suka buat perancangan awal, sebab takot tak menjadi. Contoh macam hari konvokesyen kawan-kawan aku hari jumaat lepas. Ada member sorang ni nak upah aku jadi photographer dia masa hari kejadian tapi aku tak bagi keputusan sebab aku pun tak pasti nak pergi ke tak..aku cakap tak pergi..

Sampai la tiba waktu hari khamis malam, baru aku buat keputusan nak pergi. Dan malam tuh juga baru bagitau BOS aku nak cuti separuh ari..tapi on the day, lain pula jadi , aku cuti satu hari! hahaha.. marah “bos” .. Kalau dalam pekerjaan, jangan la buat keputusan last minit macam aku ni, menyusahkan orang tau…

Kejadian Kedua :

Balik raya haji lusa.. Aku baru decide nak balik semalam, lepas tanya “bos”… dan seperti di sangka tiket bas dari Kuala Lumpur ke Terengganu habis terjual.. Tiket flight pulak mahal.. Ini gara-gara lambat buat keputusan.. Padahal minggu lepas lagi dah boleh tanya “bos” boleh cuti ke tak, tapi semalam baru aku tanya.. haru haru..

Mujur ada bas shuttle USIM.. Boleh tumpang sekaki malam esok.. Kalau tak, selamat beraya haji di KL la gamaknya…

Kejadian Ketiga:

Biasa kalau ada kelas suka hati je tak pergi.. Tak kisah pon ponteng. Walaupun malam tuh kata nak pergi kelas esok, belum tentu pagi esok akan pergi.. Dan kebiasaannya kalau bangun dengan kemalasan memang akan ponteng.. itu pasti…


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Kain Pasang Songket

 

Tapi bila dah kerja, mak aii.. tak boleh dah nak buat macam tuh.. kena bangun juga .. sebab komitmen.. fuh fuh fuh..

Ini baru keje part time.. baru kerja part time ok.. Belum lagi full time.. belum lagi jadi auditor, belum lagi jadi akauntan, belum jadi cikgu..

Kalau dah amik kerja professional, lagi la kena pergi kerja pakai formal.. ini paling aku tak suka.. tapi tapi.. apa kan daya.. Hidup kena kasi ubah.. Zaman remaja dah habis.. zaman belajar dah habis.. Sekarang zaman bekerjaya..


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Kain Pasang Songket

 

Tak percaya aku dah nak masuk alam pekerjaan sebenar.. masih dibelenggu nak jadi kanak kanak.. hahaha.. oi maiii….

About the author

11 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge