Bila bercinta lelaki atau perempuan suka show off
Bila bercinta lelaki atau perempuan suka show off

Assalamualaikum..

Hari ni sekali lagi topik kita pasal cinta. Bila bercinta, lelaki atau perempuan lebih show off? Ini aku kira melalui laman social online dan secara rawak. Susah jugak nak buat pemerhatian kalau offline. Kan?

Kadang kala lawak juga bila tengok ragam-ragam ini..

Ragam 1

Bila bercinta..

Ada part perempuan suka sangat show off ibaratkan nak bagitau “Ini boyfriend aku”. Setiap kali dating upload gambar  berdua tengah dinner di restoran kangkung.

Si perempuan ni lagi excited bila orang komen, “Wah romantiknya”.. “How sweet”.. Di tambah lagi dengan gambar adegan adegan romantik yang tak perlu di tunjukkan di lama social.

Tapi bila tengok pasangan dia pula, si lelaki ni sempoi je. Tak ada pun nak show off bagitau dinner ngan gf, atau keluar dating. Gambar profile picture pun gambar dia sorang. Girls, fikir tak apa yang aku difikir?

Nampak tak bertapa ruginya si perempuan menjatuhkan maruah sendiri. Si lelaki buat tak tahu je. Yang aku rasa nak marah, si perempuan boleh pulak letak profile picture berpeluk peluk dengan boyfriend dia. Si lelaki? Profile picture? “I’m single”.. dah settled..

Orang tengok maruah jatuh tergolek golek. Tapi sendiri? pasti akan cakap #adaakukisah. Hai. Awak bertudung. Maruah tu. Maruah! Jangan buat nilai jadi kosong.

Ragam 2

Bila bercinta,..

Ini lelaki pula yang show off. Jarang ada macam ni. Tapi bukan bermaksud tak ada. Ada. Mungkin cantik sangat awek dia tuh, takut di kebas orang. Mesti la kena bagitahu satu dunia. Gila, awek cantik kot.

Tapi geli juga bila baca status I miss, i love you kat facebook ni. Tapi boleh jadi gelak bila tengok si awek ni buat derk je. Tak ada pun nak layan setiap status atau gambar yang ditunjukkan.

Haha nasib la.. takut awek hilang. Jangan jadi bakal isteri tak jadi sudah.

Ragam 3

Bercinta tapi tak keluar pun dalam social media. Untuk menjaga diri, tak pernah pun show off kat facebook. Eh ada ke? Aku pun tak tahu. Mungkin ada, tapi mungkin sangat jarang berlaku.. Ada yang aku jumpa, dah nak dekat tarikh kahwin tu baru ada upload gambar. Itu aku rasa ok aje, sebab dah confirm nak kahwin kan?

Ragam 4

Ini… Bila bercinta…

Kedua dua suka show off..  noktah!

 

Yang mana satu anda?? eh.. no 1 dan 2 mesti ramai taknak mengaku kan? huhu. Sebenarnya aku nak tekankan ragam 1 je. Sebab aku tak faham kenapa perempuan beria ria tunjukkan kononnya bahagia yang sebenarnya menjatuhkan maruah sendiri, tapi si lelaki cool chill relax je?? Kenapa??

Sendiri jawab..atau boleh tolong jawab untuk aku?Babai.

 

6 COMMENTS

  1. Emm…wan tak sempat nak show off. Wan suka GF wan pun bermula dari rasa benci. Lama lepas tu baru suka. Dalam setahun ja kenal. Ramai yang tak tau tapi dok teka-teka ja. Then decide untuk tunang dan kahwin.
    Skrg GF wan tu dah jadik isteri…7 tahun dah berlalu. Alhamdulillah sebab tak sempat nak show off sebelum kahwin. Kalau tak mesti ramai yang meluat, kan. Hehehe…
    mohdridzwan recently posted..Impianku Seorang BloggerMy Profile

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge