≡ Menu

Gambar Perkahwinan Izzue Islam dan Awin Nurin

IMG_2789

Alhamdulillah.. Tanpa di sangka, seorang artis muda Izzue Islam telah melangkah ke gerbang perkahwinan. Pagi tadi tepat pukul 9.45 pagi, majlis akad nikah telah berlangsung di Dewan Shah Alam. Dengan sekali lafaz, Muhammad Izzul Islam Bin Mazlan atau lebih dikenali sebagai Izzue Islam, 23, sah bergelar suami kepada Nurinafilah Binti Waharudin atau Awin Nurin .

Izzue Islam dan Awin Nurin telah di ijabkabul oleh bapa Awin sendiri dengan mas kahwin sebanyak 11 dinar dan hantaran sebanyak RM11,111.11…

IMG_2789

Pihak lelaki memberikan 7 dulang hantaran manakala pihak perempuan pula membalas dengan 9 dulang hantaran. Mereka menjemput sahabat handai dan juga ahli keluarga terdekat. Majlis persandingan kedua dua mempelai akan di adakan di dewan yang sama iaitu Dewan Shah Alam pada pukul 1 petang nanti dengan tema indoor garden.

Izzue dan Awin yang telah mengikat tali pertunangan pada Jun 2012. Perkenalan mereka bermula apabila Awin mula menguruskan karier lakonan Izzue pada 2009 dan pasangan ini sendiri tidak sedar bilakah rasa cinta di antara mereka mula berputik.

Apa pun, tahniah Izzue Islam dan Awin Nurin.. Pasti ramai peminat wanita jejaka kacak ini kecewa.. heh..

Jom layan beberapa gambar akad nikah pagi tadi…

kredit foto-foto Faisol Mustafa

Comments

comments

Comments on this entry are closed.

You might also likeclose