≡ Menu

Gambar Majlis Pernikahan Fouziah Gous dan Md Zhafran

Gambar-Majlis-Pernikahan-Fouziah-Gous-Zhafran-Yusof

Tepat pukul 9.43 malam tadi,pPelakon Fouziah Gous selamat diijab kabulkan dengan jejaka pilihannya, Md Zhafran Mohd Yusof dengan sekali lafaz. Pasangan ini di nikahkan oleh Khairi Abu Hassan yang merupakan bapa mertuanya disaksikan oleh Yg Bhg Ustaz Muhd Sujak Hj Mohd Dasuki yang merupakan Ketua Imam Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong Selangor..

Dengan persalinan serba putih, Majlis Pernikahan Fouziah Gous & Zhafran dihadiri oleh 200 orang tetamu yang di jalankan di  Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong Selangor.

Pihak lekaki menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dari pihak perempuan dengan mas kahwin berjumlah RM1,112 dan wang hantaran sebanyak RM50,000.

Pihak lelaki menerima hantaran berupa sirih junjung, sebentuk cincin, seutas jam tangan, cufflink dan kaca mata, seutas pen dan clutch berjenama Mont Blanc, tali pinggang, satu set wangian berjenama Channel dan set kosmetik, manisan strawberry dan manisan kurma.

Manakaka pihak perempuan menerima sirih junjung, set barangan kemas dan mas kahwin, set wangian berjenama Chanel, senaskhah Al-Quran dan telekung, cek hantaran, clutch dan kaca mata, dan yang terakhir manisan coklat. – Rotikaya

Persalinan pengantin pada malam ini direka oleh Ailina Aimi yang berkonsepkan Arab Pakistan dan pengacara majlis pada malam ini ialah Adam Zainal.

Photographer rasmi : CST Production

Comments

comments

Comments on this entry are closed.

You might also likeclose