i & Lifestyle i & Produk

Berbuka Puasa di D’Arab Cafe, TTDI Jaya Shah Alam

Written by Norfanil

Assalamualikum..

Fuh, akhirnya terlaksana juga niat nak makan nasi Arab. Memandangkan sekarang bulan Sya’ban ramai kawan kawan cik Norfa berpuasa sunat. So untuk 1 hari harituh, hari isnin niat sebenarnya nak gi makan steamboat, tapi tutup pulak (pelikkan tutup ari isnin) .. Then ada idea nak gi berbuka puasa dengan Nasi Arab di Aroma Hijrah, TTDI Jaya Shah Alam, tapi  bila sampai sana.. TUTUP!!..

Kecewa jangan nak kata la, kawan yang puasa tuh pun kecewa. Then terpaksa la tanya pakar myselera nak makan mana sebab tak familiar, tapi mujur kebetukan my YES wifi baru reactivated balik.. So terpaksa google nasi arab sekitar situ dan alhamdulillah jumpa D’Arab Cafe, di TTDI Jaya, Shah Alam.

Cik Norfa sebenarnya tak familiar ngan nasi arab di restoren, biasa mama yang masak nasi arab dan rasanya sangat delicious. So untuk pertama kali cik Norfa gi Terjah D’Arab Cafe, rasa teruja la juga. Kebetulan masa malam tuh ada makan makan family besar kat sana. Layan je la..

— The MENU di D’Arab Cafe.. Klik untuk tumbesaran..

Kami order Nasi Arab bersama Lamb Kabsah dan Roasted Chicken untuk 2-3 orang. Mula mula agak confused nak makan yang individual plate atau yang 2-3 orang. Sebab takut tak habis. Beria kami tanya ok ke tak kalau amik yang 2 – 3 orang makan. Hahaha.. Siap tanya untuk bungkus lagi kalau tak abis.. kekeke..

Untuk air ada berapa jenis air yang boleh dipilih. Biasanya dalam set memang dah ada air. Tak silap ada air oren, bandung, apple dan lain lain. Kami pilih bandung sebab tuh yang nampak menyelerakan dari yang lain.. Dapat la 1 jag ari bandung.. xoxo.. Telan air liur bila cakap sal air bandung.. feveret..~

Tak sampai dalam 10 minit tunggu makanan dah sampai.. kat D’Arab Cafe ni dia bagi pinggan so senang nak makan. Tapi ada setengah restoren nasi arab dia memang bagi dulang tanpa pinggang.. Meriah sikit kot.. hehe.. Tapi memandangkan dulang pun tak besar so better lah bagi pinggan..

SAM_1933

— Nasi Arab bersama Lam Kabsah dan Roasted Chicken di D’Arab Cafe

Yang dalam mangkuk tuh CIk Norfa tak tau apa sebenarnya. Nampak macam lada. Tapi bila makan dia sebenarnya masam. Cik Norfa dah confused dah sebenarnya. Tapi bila tanya cik Haziqah memang macam tuh la kuah tuh. Masam.. I see.. Baru tau, selama ni tak pernah makan pon.. hehe.. Tapi sedap..

— Nikmat.. Hahaha.. Selepas beberapa minggu tak makan nasi.. Skip sehari makan nasi arab..fuh!~

Tengah tengah makan, sempat usha sekeliling. Dalam kedai D’Arab Cafe ni ada surau. Tempat basuh tangan dan toilet pun ok. Hiasan kedai simple tapi kemas. Semua pembayaran boleh di buat di kaunter. Alhamdulillah.. Kenyang.. Total RM 40.. So sorang RM20..Ok la kan? hehe… Sebab makan dua orang.. Kalau makan 3 orang ok la sikit…

— D’Arab Cafe…

Bagi cik Norfa yang pertama kali makan nasi arab di D’Arab Cafe, boleh katakan sedap la. Cik Haziqah pun cakap sedap. Sebab dia biasa makan nasi arab. Kalau tengok kat website D’Arab Cafe memang sangat banyak cawangan dia. So, boleh la terjah sana yeee..

— Kedua dua suka makan.. Tak leh blah cik Haziqah ni dia amik gambar cik Norfa sekali ngn pinggan.. sabo je laa~

 

p/s; lepas ni nak kena jugak terjah Aroma Hijrah yang di sebut sebut orang tuh. memandangkan cik Haziqah abis exam awal, so terpalsa la ajak my bro Along untuk join.. Bukan takat ajak.. Kena belanje sekali sebab dia tak gemar makan mahal mahal ni.. hehehe.. takpe, janji ada sponsor half. =P

Chow~

 photo myselera_zps197f4ecf-1_zps674ccb29.png

Entry ini di bawakan khas oleh : Myselera (baca review penuh)


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Anda mempunyai produk? Ingin saya review Produk Anda? Peluang kini dibuka! Email ke norfanil[@]gmail.com

About the author

Norfanil

Penulis berkecimpung dalam dunia blogging bermula tahun 2008 sehingga sekarang. Ingin beriklan, review produk, makanan atau travel? boleh hubungi terus norfanil@gmail.com...

14 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge