Beli Kasut di Zalora Online 3

Hi,

Setengah orang dia tak percaya pembelian online, tapi setengah orang lebih suka membeli secara online. Baru-baru ni kali kedua saya buat pembelian online di Zalora. Di Zalora boleh beli kasut online murah!

Pembelian pertama saya adalah wedges dan water bag. Jumlah harga RM70++. Saya keluarkan RM20 je sebab pakai kupon RM50. Hehe.

Kali ni yang kedua, saya beli kasut joging dan juga backpack PUMA. Harga keseluruhan RM154.99 tapi saya guna kupon RM150 . Jadi jumlah perlu bayar hanya RM4.99. Murahkan? hehe.. Kalau pakai kupon memang berbaloi la dapat beli kasut online murah.,

Beli Kasut di Zalora Online 3

Zalora Banyak Diskaun

Bagi yang rajin membeli online di Zalora mesti suka sebab Zalora ada banyak diskaun pada hari tertentu dan perayaan tertentu. Macam hari raya hari tu, kakak ipar saya beli 5 pasang baju kurung di Zalora dengan harga bawah RM200.

Masa tu saya dengar macam tak percaya, tapi memang betul dia sedap memborong selepas balik dari Mesir. Maklum la tak sempat nak shopping busy dengan majlis kahwin!. Tahu-tahu dia dah beli!

Penghantaran laju!

Zalora menggunakan Gdex untuk setiap penghantaran barangan yang dibeli oleh pelanggan. Gelaran yang diberi pada agen penghantaran adalah TAQBIN.

Selepas beli kasut online murah, Zalora akan hantar pesanan ringkat (SMS) menyatakan TAQBIN akan hantar barangan yang anda beli. Semalam saya beli, hari ini dapat. Dalam 1 hari barangan sampai. Cepat.

Masa saya buat pesanan kedua, saya tiada di rumah dan masa tu saya di MidValey. TAQBIN call saya dan bagitahu barangan dalam perjalanan. Memandangkan saya tiada di rumah, TAQBIN call saya tanya dimana. At last, kami jumpa di MidValley.

Ini kalau kawasan Kuala Lumpur la. Kalau di tempat lain saya tidak pasti berapa lama. Mungkin 2-3 hari bekerja.

 

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge