Asslamualaikum..

Hari ni kita nak cakap pasal cookies dan manis. Dua benda yang ada kait rapat. ataupun orang panggil yang ada mutually exclusive relationship.. Wah kau! masuk bab relationship statistics pulak.. hehehe.. Tapi bila cakap pasal makanan yang manis mesti orang akan cakap, “ni mesti orang pantai timur masak”.. kenapa ek??

Ok balik pada cite asal.. Sebenarnya, minggu lepas sebelum cik Norfa balik Terengganu, cik Norfa dapat Cookies dari Anna Belle Cookies. Walaupun agak perit sebab kena naik motor pergi ambil kat pos Laju Tun Sambathan, disebabkan masa dia gi hantar takde kat rumah.. tapi padahal boleh je call Pos Laju untuk buat penghantaran kali ke 2.. heh.. Sabor je la..

anna belle cookies
— Anna Belle Cookies – Chocolate Chip Cookies

So bila dah dapat, macam biasa la, kalau dah buat balik rumah mesti la nak makan sama family.. tapi sedih pulak…

Sampai rumah je, terus buka makan ngan mama.. Mama cakap sedap sebab kurang manis.. Biasa kalau kita beli cookies yang femes ames tuh manis dia bukan main..pastuh mahal pulak.. Tapi yang Anna Belle Cookies ni manis dia just nice.. Tak terlalu manis.. Tapi Cik Norfa makan 3 keping je.. Then simpan untuk esok.. So Cik Norfa tinggal atas meja, esok tuh dah takde… Waaaa.. Kejam betul siapa yang makan tuh… Sedihh…

Tak lain tak bukan, papa yang makan atau pun abang yang second tuh makan.. Lelaki memang suka rembat tak bagi tau kan?? ishhh….

Ha untuk mereka yang nak try Chocolate Chip Cookies paling sedap leh try Anna Belle Cookies punya product.. Murah je.. Yang kotak bawah ni harga dalam RM6.50-Rm7.-00 dekat Petron.. Yang tak tahu tuh, Petron ni adalah Stesen Minyak yaaa….Bukan stesen keretapi.. hehe..

Kalau nak order direct dari Anna Belle Cookies boleh hubungi dieorang kat :

Harga?

  • RM12 = 250gram
  • RM45 = 1kg
  • 1 Kotak bersama perhantaran RM10

 

#baik beli yang ni dari femes emes.. femes emes mahal baq hanggg!!.. kalau tak orang belanje tak merasa.. Nak beli sendiri ibarat tunggu buah tak gugur laa.. Mujur ada Anna Belle Cookies… Yummy2..

 

17 COMMENTS

  1. not bad harga dia…biskut raya sekarang pun dah rm50 hengget 100 biji..nanti kita terjah petron.. Nak beli dengan pos ni sangat berchenta apa lagi kalau barang sampai kita tak der kena collect kat pos laju kuala lumpur uhh sangat seksa jiwa ragaku. Lagipun sekarang lidah tu dah tak berapa gomar yang manis-manis sangat dah otai kan..faham-faham jer lah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge