Pendidikan & Agama

Baucer Buku 1 Malaysia, Pembelian di Kedai Buku Borders

Written by Norfanil

Assalamualaikum..

Semalam sempat la aku sembang sembang dengan coursemate aku mengenai baucer buku 1 malaysia. Biasa la yang menjadi bahan bualan setakat ni adalah pembelian buku di Popular.

Tetapi ada berita baik untuk pelajar yang mendapat baucer buku 1 malaysia.. Kawan aku cakap, pembelian di Borders tidak terlampau ketat. Katanya beberapa hari lepas dia sempat bertanya pada penjaga kaunter mengenai pembelian di Borders menggunakan baucer buku.. Yang best nya di Borders, dalam 1 resit pembelian anda hanya perlu membeli minimum 1 jenis buku sahaja untuk melayakkan anda membeli alat tulis dan barangan komputer.. haaaa!!!

Tiada polisi 80% buku dan 20% alat tulis seperti popular, dan tiada pilisi 75% buku dan 25% alat tulis seperti di MPH.. tetapi hanya dengan mengambil 1 buku , tak kisah la buku apa apa pun, anda dah layak untuk membeli alat tulis dan barangan komputer sebanyak mana pun… Untungkan?

Tapi pasal harga barangan tuh saya tak pasti.. mungkin anda yang dah biasa beli di Borders tahu harga nya macam mana.. Tapi saya tak pernah pula beli di Borders.. hehehe.. tapi ini adalah salah satu kedai buku yang tidak menggunaka polisi yang ketat untuk menggunakan baucer buku..

About the author

6 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge