i & Lifestyle

Baucer Buku 1 Malaysia, Halangan Untuk Membeli

Karnival Buku Popular
Written by Norfanil

Assalamualaikum…

Hari Jumaat lepas Baucer Buku 1 Malaysia telah pun di edarkan di fakulti aku, Fakulti Perniagaan dan Perakaunan. Kalau ikut pada jadual asal, baucer buku 1 Malaysia akan di edarkan pada 25 Feb 2013, bukan pada jumaat lepas..  Tapi disebabkan ada Karnival Buku Popular Diskaun 70% di Auditorium KPS, UM, so pengagihan dilakukan lebih awal.. Awal la jugak..sebab sempat hari terkahir Karnival Buku Popular..

Karnival Buku PopularKarnival Buku Popular2#70% untuk buku2 lama.. takdenya diskaun untuk buku baru.. hanya propa SAHAJA dari Popular.. Punya la besar banner popular 70% diskaun kat UM.. haish.. Tipah tertipu..

Semua orang excited dapat Baucer Buku 1 Malaysia.. Tapi tiba tiba hilang excited tuh sebab ada halangan untuk membeli. Kalau tahun lepas, Baucer Buku 1 Malaysia hanya sebanyak RM200.. tapi pada awal awal je yang tak dapat beli barangan elektronik seperti printer, pandrvie, hardisk. Selepas beberapa bulan, boleh pula beli..

Aku sendiri beli Printer HP Deskjet 2050 kat Kedai Elektronik UM.. tapi kene tambah sikit RM35 sebab harga masa tuh RM235.. baucer hanya ada RM200.. tapi ok la kan sebab takde polisi macam Popular..

Tapi tahun ni, Baucer Buku 1 Malaysia dinaikkan jadi RM250.. perghh.. Makin banyak..tapi tak syok lak sebab kalau di Popular, kena buat pembelian 80% buku dan 20% alat tulis.. Tapi aku kurang pasti kalau di Kedai Alat Tulis dan Kedai Elektronik UM dan juga kedai kedai lain  menggunakan polisi yang sama…

Alkisah.. kawan aku nak beli hardisk.. Harga RM186.. Tapi penjual tuh cakap..

“U beli ni hardisk guna semua baucer buku you. Rm250. Then u dapat baucer popular lagi RM50.. Then total jadi RM300 you guna semua.. Dengan syarat RM100 you guna beli hardisk, lagi RM200 you beli buku. Then lagi RM86 you kene keluarkan cash.”…

Nampak tak permainan dia?

Selepas berbelit penerangan.. Akhirnya kiteorg paham dan tak jadi beli… Kenapa ek nak kena keluarkan cash? Kenapa tak terima je baucer tuh,?  Bukan ke nanti depa ditukarkan pada cash?

Ada jugak student student yang dah beratur panjang nak buat pembayaran..then terpaksa batalkan niat nak beli, bila penjaga kaunter tak kasi guna semua baucer buku..Sebab barang yang dia ambil semua alat tulis

Aku tak tahu la di Popular je ke amal kan polisi tuh atau di tempat lain pun sama.. Tengah hari tuh juga aku pergi Kedai Elektronik UM, beli Ink Cartridge harga RM49.. AKu guna baucer buku RM50, baki RM1 digantikan dengan CD-R.. Takde pulak polisi macam tuh.. Tapi agak mahal la harga dia..

Sempat jugak aku tanya jurujual tu,

“Nih semua barang boleh beli ke kat sini?”

dia cakap “Boleh beli barangan komputer je la..Macam pandrive, printer, INK, keyboard dan etc”…

haaaaa… mujur UM tak ikut polisi Popular…

Susah jugakkan kalau semua bersyarat.. tapi nak buat macam mana.. Orang memberi, takkan ada percuma.. Hmmm.. Ada sesiapa kat sini tau tak kedai barangan komputer yang boleh guna baucer buku? atau kedai buku yang ada barangan komputer yang boleh beli guna baucer buku tanpa polisi macam popular??

by the way… buku yang aku beli kat Karnival Buku Popular UM… Hehe.. 1 Hari 1 Resepi.. Ingat nak beli juga buku sebelum aku bernikah..tapi takde cash pulak nak bayar lebih RM10 selepas guna baucer buku 1 malaysia RM50… So terpaksa lepaskan.. Harga buku resepi RM39.90 dan Sebelum Aku Bernikah RM20..

Karnival Buku Popular3


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Anda mempunyai produk? Ingin saya review Produk Anda? Peluang kini dibuka! Email ke norfanil[@]gmail.com

About the author

16 Comments

    • nak beli harddisk guna vaucer!! haha =__= tp, tak tau kat mana.. google2 n,, bukk post nih.. haha.. lawak giler .. cina tuh.. kena kluarkn cash pulak.. -_- tau x mana yg terima baucer guna harddisk lg? btw, kedai popular yg mention kat atas ni kat um ke? kat mana tuh?

      • popular yang diceritakan tuh masa karnival.. tapi kat smua popular guna polisi tuh.. huhu.. 1-3 march ada pc fair kat UM..perkarangan kompleks perdana siswa…5-7 mac pun ada juga kat UM..kat Dewan tunku canselor.. boleh la datang.. semua boleh guna baucer

    • waalaikumussalam.. saya tak pasti.. mungkin kamu boleh survey dulu..skrg ni pun ada pc fair di UM jugak..tapi agak mahal org kata..saya tak pergi lagi.. tapi kalau tak kisah dgn guna baucer buku saya rasa ok je beli ..

  • assalamualaikum.nk tny.kalau ktorg student luar nk beli kat situ ley ke?ingtkan nk beli printer.tmpt lain cm x de yg trime baucer utk thn nie je.kalau um ley beli gune baucer igt nk beli kat situ je.n nk tau die bkk pukul brpe smpai pkul brape ye?

  • Ni la pasal aku naik hangin ni. Popular kat kuching ni pun jahanam! Jgn pergi popular book store. Pergi kedai lain. Diorang kata RM 200 mesti spend kat buku lebih RM 50 baru beli alat tulis dan lain-lain. Aku ingat nak stock A4 paper banyak2. Alat tulis ada juga la sikit . Sekali pergi kaunter dia cakap macam tu.. aku hempas barang terus aku blah!

    Dia minta aku hantar balik barang, aku cakap dgn dia “Engkau kerja sini kau la susun! Aku customer, kau nak paksa aku pergi susun? Pergi mati la kau!”

    Sama juga macam diorang paksa kita beli buku. Aku tanya korang contoh la kau pelajar engineering tapi takde buku yg berkaitan atau berkenan korang nak beli? Aku tak nak! Boleh pula dia suruh aku beli novel ke buku cerita ke? Tak masuk akal! Aku beli A4 banyak tak boleh, beli buku sebarang bagi pula. At least beli A4 dapat pakai buat assignment.

    Popular konon! Lepas ni kau tak popular lagi dah. Kalau takde tmpt lain Aku RELA BAKAR voucher dari bagi kau makan duit tu! Popular Book store bodoh nak mampus!

  • Aku dah habihkan semua baucer kat kedai elektronik UM. Lantaklah, janji barang2 tu yg aku betul2 perlu, nak print thesis tanpa keluarkan sesen pon. Ada sorang student cina tu tanya, nak bole computer utk adik saya bole tak? Lawak lurus betul mat tu. Tp cashier cukup sporting & efficient. Lebih baik drp nk layan syarat2 kat Popular tu buang masa & kederat je, end up dpt brg2 tak perlu. Yg letak syar2t tu org2 business, bukan student, jd student kene cerdik la.

Leave a Comment

CommentLuv badge