Assalamualaikum..

Alhamdulillah..selepas 3 hari jadi tour guide untuk lecturer di Kolej Mara Kuala Nerang dulu, Miss Nurul, dapat la juga duit simpanan sikit sambil sambil mengenali lebih dekat dengan Batik Terengganu Original.

Biasanya memang orang Terengganu yang tak tahu pasal batik. Ye la, orang terengganu jarang sangat ambil tahu pasal Batik Terengganu, orang luar sahaja yang selalu mencari sebab katanya murah.

Fatimah Collection terletak di kampung CINA, kebetulan masa hari pertama kursus di Unisza pukul 6 petang terus ke kampung cina nak tengok batik dan satu satunya kedai Batik Terengganu yang tutup lewat adalah Fatimah Collection. Apa lagi, bila nampak je ada kedai masih buka walaupun dah nak magrib, terus terjah..

Cantik cantik batik yang di jual. Dan batik di Fatimah Collection adalah keluaran mereka sendiri. Tau ke jenis kain batik yang di jual? haha.. memang tak tau.. tapi sejak pergi Fatimah Collection terus tau… Ada crepe terenganu 100%, ada italian crepe, dan sutera, serta campuran sutera dan crepe…  Tambahan yang membezakan harga yang mahal dan murah adalah, batik yang di canting dengan digital.

Wah dah pandai dah sekarang.. hehehe..

Batik Terengganu Original 5

Cantik tak? Kalau tengok depan depan memang cantik gila. Crepe punya.. Harga Batik Digital hanya RM50 dan Harga Batik Terengganu Original Crepe hanya RM100.. kalau beli luar Terengganu agak agak berapa? Mahal woo.. ada orang jual RM 150-300.. Kalau di jual ni mesti untung.. perghh..

Satu lagi dekat Fatimah Collection ni, kain dia 4 Suku meter.. So takde masalah untuk mereka yang plus size nak cari kain batik terengganu.

Batik Terengganu Original 4Ada dalam 4 hingga 5 warna dalam 1 corak dan sangat lah limited. Kalau sutera lagi la, ada yang ada 1 pasang sahaja. Harga yang sutera ada yang 300 ada yang 500.. Dan kebanyakkanya kena tempah..

Batik Terengganu Original 3

Batik Terengganu Original

Batik Terengganu Original
Miss Nurul belek batik terengganu orginal.. Miss Nurul beli 5 tauu.. haha..

Teringin jugak nak beli masa bawak Miss Nurul dan CIkgu cikgu ni.. Tapi bila fikir 2 kain pasang tak buat baju kurung lagi, lain kali je la.. cukup 3 kali masuk kedai ni.. Tiap tiap hari mesti ada batik dan juga tudung yang di beli..

Ha ye.. Tudung macam Fareeda pun ada.. RM25 je oi!!.. Bukan beratus ratus.. Sama macam Fareeda bezanya jenama je..Ye la, jenama buat mahal.. Ta sanggup…

Siapa yang nak beli batik terengganu original murah boleh la datang kedai ni..

p/s: songket kat Pasar Payang pun boleh tahan.. Harga ribu ribu, kalau pandai kurangkan harga, dapat murah oi..

24 COMMENTS

  1. Assalamualaikum.sheila tak pernah lagi beli batik dekat Terengganu padahal kampung mak sheila tu. hehehehhee. btw thanks sharing pasal batik Terengganu. bangga dengan buatan Malaysia 🙂
    Sheila Salim recently posted..Segmen Vector PercumaMy Profile

  2. boleh pm/wassup sha, 0135307582 utk membeli batik canting cotton span/ sutera crepe…ori dr terengganu…harga mampu milik…dont worry…trusted seller…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge