i & Lifestyle

Bahaya ke Makan Bebola Tiap Tiap Hari? Diet Diet

Written by Norfanil

Anda pemilik Homestay atau Hotel? Ingin saya review Homestay atau Hotel Anda? Peluang kini dibuka! (KLIK)

Assalamualaikum…

Bahaya ke Makan Bebola Tiap Tiap Hari? Persoalan yang menjadi tanda tanya dalam kepala ni.. Adeh.. dah try search google takde pulak orang cakap bahaya makan bebola. Lately memang kuat makan bebola.. Penjimatan yang wajib dilakukan untuk tempoh beberapa bulan ni dan sekaligus merialisasikan impian nak diet.. hehehe…

bebola goreng sos cili

— Bebola Goreng sedap dimakan bersama sos cili…mayones tak leh masuk sekali sebab kan diet..

Cik Norfa dulu makan maggie, memang sangat tak elok dan rambut gugur bukan main banyak lagi. So bertukar la ke bebola sahaja. Goreng bebola makan dengan sos cili.. Setiap hari bebola 5 biji + sos cili.. Kalau ada bajet sikit buat omelette.. Sedap. Rindu pulak time sekolah dulu mama selalu buat telur goreng + sosej setiap pagi sebelum gi sekolah.. itu yang jadi makanan kebiasaan kami tiap hari..

Sekarang ni bukan takat breakfirst, satu hari makan bebola untuk lunch, dinner, supper sekali.. Tahan ke? Tahan tuh memang tahan.. Sebab cik Norfa tak lapar. Cuma dahaga. Kalau rasa lain macam ala ala lapar minum air kosong atau air sejuk dah boleh hilangkan lapar.. Tips diet ramai yang suruh minum air kosong banyak.. berapa liter ea? 6 liter ke? Cik Norfa pun dah lupa.. Nombor nombor ni pelupa sikit dan asyik terkeliru.

Dapatkan kain pasang Daun Anzalna yang superb cantik sementara stok masih ada.. Gile ramai masuk order! Cepat!..

Koleksi Ariani Lebaran 2016

Nafsu makan memang ada..tinggi memanjang,.. Kalau balik kelas petang petang nampak pasar malam..tapi lawan la nafsu tuh. Kadang kadang terkeluar jugak nafsu makan nak menggoreng tuh ini.. tapi selalu kalau goreng maggie..tu pun payah betul nak habiskan. So bila naik nafsu makan akan ingatkan diri sendiri yang makanan takkan abis kalau masak..   Masak sebab teringin nak makan, bila dah masak, paksa diri untuk habiskan …Kenapa ek?  aish.. tapi nafsu makan untuk bende free dan tak perlu sediakan sendiri macam Country Chic Steak  masih ada lagi. mujur kupon free.. eh..

Balik pada point asal.. Kalau Cik Norfa makan bebola hari hari sampai habis sem agak agak apa jadi? Kurus tak? ke bahaya? ke sakit? Cara bebola dibuat camne ea? Kalau ikut kan kos harga bebola dalam RM7++ untuk 1kg.. boleh tahan 10 hari.. huhuhu..

Takpe la.. Lepas ni Cik Norfa nak beli tempura pulak.. Memandangkan ada duit baki along bagi semalam untuk baiki motor, so boleh tambah bekalan makanan sehingga hujung bulan ni memandangkan ada promo buy 1 free 1..

— Photo taken by qistinaolivia.blogspot.com.. Tempura buy 1 free 1

— Cik Norfa Sewaktu kurus .. tahun 2009… Gunung Kinabalu..

#

About the author

8 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge

TENTANG NORFANIL

25. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Universiti Malaya).

Merupakan blogger sepenuh masa dan juga freelancer

Suka makan, suka tidur, suka travel dan suka aktiviti lasak. Tidak suka jatuh cinta!

Advertorial? Review? Jangan segan-segan hubungi saya. [su_button url="mailto:[email protected]" target="blank" background="#f899ce"]norfanil @ gmail.com[/su_button

MY fanpage

SUBSCRIBE

[mc4wp_form]

© 2015. Norfanil - Salute to Life. All Rights Reserved. Powered by NR Network