Tips cepat kebah demam baby Alisya 2
Tips cepat kebah demam baby Alisya 2

Alisya. Itu je nama yang aku tahu. Nama penuh tak tau. Keluarga aku ambil Alisya jadi anak angkat. Sebab rumah dah sunyi. Lagipon sekarang kami tak jaga sepupu-sepupu aku dah. Jadi kami ambil Alisya untuk dijaga sebab mak dan ayah dia ada baby kecil lagi selepas Alisya.

Suka ada adik yang kecil macam baby Alisya. Tapi kadang geram juga suka buat perangai. Dia rapat dengan papa,  papa yang ambil dia jaga. Kemana saja nak papa je memanjang. Sampai papa nak solat pun kena bawa dia masuk bilik. Kalau tak dia menangis.

Sekarang dah ok sikit sebab aku cuti sebulan hari tu. Jadi aku jaga dia. Tidur dengan dia. Mandi kan dia. Buat susu dia. Semua aku. Sampai dah terbiasa dengan baby.

Tips Kebahkan Demam Alisya

Haritu satu hari dia demam. Kami masih macam dulu, tak adanya nak cek suhu pakai alat khas, tapi kami pakai tangan je. Kalau panas ye la tu. Aku lah orang yang risau sebab dia tidur dengan aku.

Ingat lagi dulu ada orang cakap, kalau demam letak asam jawa dalam kain kecil serta sedikit air dan letak dekat dahi. Aku cuba la try. Tapi susah dengan Alisya bila letak kain atas dahi. Tidur buas gila. Sekejap je kain tuh melekat. Kalau orang dewasa ok la. Nih baby kot.

Tak tahan Asyik jatuh, aku just sapu je kat dahi dia. Comot tak comot. Janji asam jawa tuh melekat. haha

Alhamdulillah..esok terus kebah demam baby Alisya.

Sekarang dah rindu kat Alisya. Dia sekarang dah manja ngan aku.

Tips cepat kebah demam baby Alisya

Manje atau mengada? hahaha. Datang slow slow, makin rapat, makin dekat. Tuppp…Sedap dia landing kepala dia.

5 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge