Lagu Baru Azrul Zaidi Seandainya
Lagu Baru Azrul Zaidi Seandainya

Assalamualaikum…

Baru sahaja mengetahui, peserta raja lawak yang terkenal dengan nama Azrul, telah mencipta sebuah lagu bertajuk Seandainya ciptaannya sendiri untuk keluarga mangsa nahas MH17.

Sebenarnya dah lama tak nampak bro Azrul Raja Lawak kan?.  Hari ni google nama beliau terjumpa blognya. Rupanya banyak yang berlaku pada bro Azrul Raja Lawak. dan alhamdulillah.. Seronok baca entry bro Azrul pergi Umrah.

Ok, sambung balik dengan lagu ni. Aku dapat tahu lagu ni melalui berita di Awani sebentar tadi. Menurut Azrul, lagu ini di cipta pada tahun lepas dan di rakam pada 20 Ogos 2014. Azrul memuatnaik lagu ini pada Hari Penghormatan Mangsa MH17, 22 Ogos yang lepas.

Sangat suka dengar lagu ni. Sangat sedap di dengan ditambah dengan suara macho Azrul. Dan kalau hayati betul-betul, lagu ni berbentuk islamik..

Tahniah bro Azrul Raja Lawak.!.  Berjaya hasilkan lagu seumpama ini..

Saya gigihkan diri untuk tulis semula lirik di sini… kagum dengan liriknyaa…

Lirik Lagu Seandainya dari Azrul Zaidi (Raja Lawak)

Seandainya, aku tiada,
adakah kau, kan menderita,
mengingati kisah yang silam,
kita berdua.

Sendainya, aku tiada,
ku harapkan kau terus tabah,
jalani kehidupan ini,
tanpa ku disisi.

Hanya satu pintaku,
jangan la kau lupa tuk berdoa,
agar roh ku tenang di sana,
agar ringan tuk ku lalui,
siratulmustaqim,
dosa dan pahala.

Seandainya, aku tiada,
ingat janji kita besama,
tetapkan Iman di hatimu,
ku tunggu kau di sana,

Janganlah kau lupa pada Nya,
itulah perisai iman mu,
berdoa sepanjang masa,
jangan ingkar pada perintah Nya,
ganjaran yang pasti,
syurga mu di sana.

Seandainya, aku tiada,
itu hanya tuk sementara,
pasti kita kan bertemu,
suatu hari nanti,

hoooo.. suatu hari nanti…
hoooo.. suatu hari nanti…
hhoooo..
Kita kan bertemu,
Suatu hari nanti..

3 COMMENTS

  1. Makasih sebab dgr lagu sy..neway sy x ilang pun ada jer..cuma mngkin awk x prasan kot..tiap jumaat live kt tv1 jam 1130mlm..hehe…kalu kt astro masih ngn meletop for parody..nnty jgn lupa dload lagu sy k..hehe..tq

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge