Assalamualaikum…

 

Adui..Pening pening pening… Disebalik kita yang dilamun suka dengan sweetnya adegan dalam drama Setia Hujung Nyawa, ada kisah pelik berlaku pada remaja yang fanatik sangat dengan cerita ni… Drama Setia Hujung Nyawa, dibarisi pelakon yang semakin hari semakin meningkat naik, Ammar Asyraf, Khairul dan Nelydia Senrose…

 

Memang kisah drama Setia Hujung Nyawa ni, Ersalina yang terlanjur, dan di paksa berkahwin dengan Zain, selepas bakal isterinya telah pun melarikan diri.. Walaupun dalam terpaksa, Ersalina cuba untuk mencintai suaminya, walaupun di benci. Dalam mencari untuk bahagia, timbul dugaan dimana Ersalina keguguran tanpa pengetahuan dirinya yang tak tau dia sedang mengandung, begitu juga dengan Zain. dan akhirnya selepas banyak rintangan, mereka hidup bahagia..

T

etapiiiii………… aku tak tau macam mana la seorang remaja malaysia ni yang terfikir nak buat benda yang sama semata mata nak mencari bahagia… Astaghfirullah al azim… Tolong la.. Seorang blogger yang bernama Achik di blog nya akupenghibur.com beritahu, dia sempat print screen status seorang remaja ni… Bila di baca.. aduhaiii… kenapa sampai sudut yang negatif ni yang dia nak ambil… Remaja tersebut ingin menjadi seperti Ersalina dalam drama Setia Hujung Nyawa..

setia hingga hujung nywa

 

Ya Allah.. Selamatkan lah diri dia ni… Hermmm.. Sepatutnya, remaja ni bersyukur, kerana dia bukan Ersalina.. Drama ini hanya ingin menunjukkan bahawa, mereka yang menghadapi kisah silam yang buruk, tak semestinya tak ada masa hadapan yang cerah.. itu yang sepatotnya di ambil ikhtibar oleh remaja tersebut.. tapi lain pula jadinya…

 

Adoi.. aku tak pandai sangat nasihat.. tapi… bertaubat la.. Jangan la fikir sejauh tuh.. Ingin merosakkan diri sendiri semata mata untuk bahagia.. Salah tuh.. Kalau siapa yang tahu, remaja yang update status ni.. Tolong la nasihat… Bahaya ni…

 

Pesanan dari Achik di blognya:   Jadikanlah cinta kita itu suci dan halal , cinta yang di jaga dan di rasai selepas kawin .Kerana ianya lebih bermakna dan memberi kesan yang mendalam dalam hidup kita. Cuba fikir – fikir dan renungkan.  

 

Sedikit nasihat dari my beloved sister... ALLAH dah janjikan lelaki yang baik,utk perempuan yang baik, lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat. dan sebaliknya…. ni sekadar cerita rekaan manusia. belum tentu dia dpt mcm tu, kalu dia buat gitu, kalu x dk org nk kawen ngan dia, menyesal sampai ke sudah le jawabye. kemungkinan nk jd samemcm crite hanya 0.00001%. sgt sikit.

 

Terima kasih Achik atas perkongsian kisah ini… Ambil lah sebagai teladan..

10 COMMENTS

  1. alahai janganlah gini adik oi.. sedih pulak bila macam ni. tu semua cerita. tapi, nampak tak kesan media pada masyarakat. haisssh harap adik ni jangan lah sinting sangat pemikirannya 🙂

  2. lol betul ke semua ni? mcm nak burukkan drama tu je..
    saya x tengok pon setia hujung nyawa bagai tu tapi takkanla ada budak yg sebegini bodoh nak public kan status dia mcm ni..
    saya pon boleh tulis mcm ni dekat note ke, word ke, lepas tu prtscrn. hahahaha

  3. salam, maafkan sy jika tersalah..
    bagi sy, pmpn tu tulis status sprti itu dalam nada sinis untuk memerli crita tersebut. bukan dia nak terlanjur dulu untuk mngecapi bahagia. anda tersalah tafsir dr ayat2 dia.
    sbb dia berkata ‘ishh,, kalau nak bahagia, kena terlanjur la dulu eh’
    jadi bagi sy, dia sbnrnya berniat utk memerli cerita tersebut. wallahualam.

  4. Bgi pndapat sya, pengarang novel ni (yang asalnya) nak ketengahkan sesuatu perkara yang salah dan melanggar norma masyarakat,..dan kemudiannya diterima oleh masyarakat dan perkara negatif itu dimaafkan..dengan adanya drama ni, seolah-olah kesalahan yg pernah watak El lakukn dahulu, diterima tanpa dimarah oleh ibuny dll..padahal,kalau khidupan sbenar, mmg orang yg lakukn perkara sbgini akn dicaci oleh mskrt..kita ambik yg positif, buang yg negatif..

  5. yela tuu.. ntah2 korg yg tulis pastu printscrene… saje je nak bagi ramai bace blog korg.. takkan pompuan tu murah sangat nak tulis camtu… ayat dia pun macam dibuat2…

  6. memang boleh buat research pasal ni..
    ‘impak drama melayu trhadap pemikiran remaja…(yg diselubungi bangang abadi)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge