i & Travel

Tempat Menarik Di Busan, Korea Selatan (Wajib Kunjungi)

Apa yang menarik di Busan
Written by Norfanil

Hi,

Apa yang menarik di Busan? Dimana tempat menarik di Busan. Mengikut statistik dari TripAdvisor terdapat 137 attractions di Busan, Korea Selatan. Banyak kalau nak travel sebulan pun tak cukup.

Kalau anda ke Busan, ada beberapa tempat menarik yang wajib anda pergi di sana yang menarik perhatian pelancong. Saya kongsikan untuk anda 7 tempat menarik di Busan, Korea Selatan berdasarkan review dari kawan-kawan yang ke sana.

Saya tulis secara point sahaja supaya senang anda semua nak baca. Ini boleh dikatakan 7 yang paling top dan ada yang merupakan pemenang Travellers’ Choice™ 2014 antaranya Haedong Yonggung Temple dan Haeundae Beach.

7 Tempat Menarik di Busan, Korea Selatan

1- Haedong Yonggung Temple

10 Tempat Menarik di Busan, Haedong Yonggung Temple by hpility.blogspot.com

Haedong Yonggung Temple. Photo credit to hpility.blogspot.com

  • Kuil Haedong Yonggungsa terletak di pantai bahagian utara-timur Busan
  • Dibina pada tahun 1376 semasa Dinasti Goryeo.
  • Kuil ini dibina oleh Guru Buddha yang besar yang dikenali sebagai Naong semasa pemerintahan Uwang.
  • Kuil yang paling unik di Korea Selatan.
  • Menjadi lokasi paling popular semasa musim perayaan dalam Kalendar Buddha dan hari Tahun Baru.
  • Seni bina kuil ini sangat unik yang menjadi tumpuan utama pelancong.
  • Merupakan tempat tarikan pelancong yang berada di ranking ke 2 dalam tripadvisor dan merupakan pemenang Travellers’ Choice™ 2014 kategori Attractions.

2- Gwangan Bridge/ Diamond Bridge

10 Tempat Menarik di Busan

Gwangwan Bridge (The Diamond Bridge). Photo credit to Lexparadise.blogspot.com

  • Jambatan yang mempunyai 7.42km panjang
  • Menghubungkan Haeundae -gu dan Suyeong -gu.
  • Sepanjang melalui jambatan Gwangwan, anda boleh melihat tempat tarikan pelancong seperti  Pulau Oryukdo ( sebuah pulau batu ), Gunung Hwangryeong ) , Pantai Gwanganri dan Dalmaji Hill.
  • Pada waktu malam, jambatan tersebut dihiasi dengan lampu menjadikan jambatan tersebut kelihatan begitu bersinar.
  • Untuk menikmati suasana romantis, anda boleh ke gunung terdekat sambil menikmati sinaran cahaya lampu dari Jambatan Gwangwan dan pemandangan malam yang cantik di Busan.

 3- Busan Aquarium

10 tempat menarik di Busan, Busan Aquarium by valerieandgriffin.com

Busan Aquarium. Photo credit to Valerieandgriffin.com

  • Terletak di pintu masuk Haeundae Beach.
  • Merupakan tema  akuarium ultra yang berteknologi tinggi yang mengandungi lebih dari 35,000 spesis ikan, alga , reptilia, dan amfibia.
  • Terdapat 40 pameran yang menempatkan ikan jerung, jeli laut, piranha, memerang, penguin dan hidupan laut yang lain.
  • Busan Aquarium juga mempunyai underwater eco-system untuk dirasai pengunjung sedalam 260 kaki (80 meter)
  • Tiket masuk untuk Dewasa (19 and above) : 19,000 won / Remaja (13-18): 17,000 won / Kanak-kanak (3-12): 15,000 won.
  • Aktiviti yang ada di Busan Aquarium yang anda boleh tonton secara dekat adalah pemberian makanan kepada ikan di dalam akuarium.

4- Pantai Haeundae (Haeundae Beach)

10 Tempat Menarik di Busan, Haeundae-Beach iamyourguide.net

Haeundae Beach. Photo Credit to iamyourguide.net

  • Pantai Haeundae adalah pantai yang paling popular dan terbesar di Korea Selatan.
  • Terletak di antara Bukit Dalmaji dan Pulau Dongbaekseom.
  • Merupakan pantai yang mempunyai pelancong paling tinggi setiap tahun pada bulan June sehingga Ogos (summer).
  • Maksud Haeundae adalah “Laut dan Awan” yang dinamakan oleh Choi Chi-Won dari Dinasti Silla.
  • Pantai yang diiktiraf oleh Guinness Book of Records sebagai pantai yang mempunyai payung terbanyak di dunia.
  • Berkedudukan ranking ke 9 di Tripadvisor dan telah memenangi Travellers’ Choice™ 2014 Kategori Pantai.

 5- Gamcheon Culture Village

10 Tempat Menarik di Busan, Gamcheon Culture Village by Mystoriesmories.blogspot.com

Gamcheon Culture Village. Photo credit to Mystoriesmories.blogspot.com

  • Merupakan perkampungan yang mempunyai lukisan seni Mural termasuk dari sekolah rendah.
  • Berkedudukan  ranking ke 3 tempat paling menarik di Busan di Tripadvisor.
  • Mempunyai galeri untuk bahan pameran antik dan juga penceritaan sejarah Gamcheon Culture Village.
  • Memang menjadi tumpuan penggemar photography kerana muralnya yang menarik!
  • Mempunyai banyak gelaran seperti Santorini of the South Sea, Korea’s Santorini, Korea’s Machu Picchu dan gelaran sebagai Kampung Lego.

6-Beomeosa Temple

10 Tempat Menarik di Busan, Beomeosa Temple by nurfadillanb.wordpress.com

Beomeosa Temple/ Photo credit to nurfadillanb.wordpress.com

  • Terletak di lereng Gunung Geumjeong.
  • Kuil Beomeosa merupakan kuil Buddha paling lama dalam sejarah iaitu 1,300 tahun.
  • Telah dibina oleh Sami Ui Sang pada tahun ke-18 (678) daripada Silla Kingdom.
  • Terkenal dengan keunikan ciri-ciri budayanya.
  • Mempunyai tiga tingkat Pagoda dan dewan utama Daeungjeon.
  • Berkududukan tangga ke 8 di tripadvisor dan merupakan pemanang Travellers’ Choice™ 2014 kategori Attractions.

7- Taejongdae Resort Park

10 Tempat Menarik di Busan, Taejongdae Resort Park

Taejongdae Resort Park. Photo credit to english.visitkore.or.kr

  • Taejongdae Park merupakan salah satu monumen di Busan.
  • Ia merupakan bukit yang di tumbuhi dengan pokok pine.
  • Terdapat sebuah rumah api dan di bawah rumah api tersebut mempunyai batu yang dipanggil Sinseon Rock.

Bagi mereka yang nak ke Busan, boleh merancang perjalanan melancong anda dengan mengambil kira tempat-tempat menarik ini.


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Anda mempunyai produk? Ingin saya review Produk Anda? Peluang kini dibuka! Email ke norfanil[@]gmail.com

About the author

3 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge