i & Lifestyle

Apa itu “Stop 114A” – Internet Blackout Day?

552101_10151007700721379_1656996439_n
Written by Norfanil

Anda pemilik Homestay atau Hotel? Ingin saya review Homestay atau Hotel Anda? Peluang kini dibuka! (KLIK)

[sebelum baca, klik button love kat tepi tajuk ya…tq.. love]

Assalamualaikum..

 

Stop 114A? apa tuh? Baru je beberapa minit yang lepas tahu mengenai Stop 114A .. Itu pun selepas Amanz.my tukar cover timeline… Oleh kerana nampak macam smart cover timeline tuh, saya pun tukar sekali.. Lepas tuh baru la google apa itu “Stop 114A” – Internet Blackout Day pada esok hari 14 Ogos 2012..

 

Jom baca sedikit info yang di ambil dari Nizarazu.. Email dari Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ)

 

Salam Sejahtera, Kempen menentang Seksyen 114A Akta Keterangan 2012 yang dianjurkan oleh Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) Malaysia baru-baru ini semakin mendapat sambutan. Kami merancang untuk melancarkan Internet Blackout Day pada 14 Ogos2012 – sama seperti usaha yang dilakukan Wikipedia dan Google semasa kempen menentang SOPA di Amerika Syarikat sebelum ini – untuk menyedarkan pengguna Internet tentang impak negatif pindaan tersebut.

 

Seksyen 114A menganggap individu yang memiliki laman web atau peralatan komputer yang mengandungi bahan berunsur hasutan atau fitnah bersalah walaupun bahan itu dimuat naik oleh pihak lain. Individu atau organisasi yang mengendali atau menawarkan perkhidmatan kepada forum, blog,atau laman web juga bertanggungjawab terhadap segala kandungan yang terdapat pada perkhidmatan tersebut.

 

Para pengguna internet yang akaun atau komputernya digodam (hack) juga akan dipertanggungjawabkan ke atas bahan yang dimuat naik oleh penggodam (hacker). Seksyen 114A ini mengancam kebebasan bersuara di Internet dan menggugat prinsip asas keadilan, demokrasi dan hak asasi manusia.

Dapatkan kain pasang Daun Anzalna yang superb cantik sementara stok masih ada.. Gile ramai masuk order! Cepat!..

Koleksi Ariani Lebaran 2016

 

Untuk keterangan lanjut, sila berkunjung ke http://cijmalaysia.org/2012/06/13/evidence-act-section114a-frequently-asked-questions/  atau ke blog rasmi kempen di http://stop114a.wordpress.com/

 

Kami menjemput anda untuk menyertai Internet Blackout Day ini dengan memaparkan pop-up pada laman web anda pada 14 Ogos 2012 selama 24 jam. Kami akan menyediakan coding dan akan memberi bantuan teknikal jika diperlukan. Kami juga akan memberi contoh pop-up yang akan digunakan nanti. Sila emelkan pertanyaan atau pendapat ke CIJ Malaysia di alamat [email protected] atau hubungi kami di talian 03-4024 9840. Kami berharap anda dapat memanjangkan emel ini kepada pihak yang mengendalikan laman web atau blog anda.

 

Yang benar, CIJ Team

 

Macam mana ia boleh memberi impak pada anda?

Info Stop 114a.. Click to ENLARGE..

 

Contoh Pop Up yang boleh dilakukan Untuk Support..

Untuk pop up seperti di atas, kalau nak letak di blog anda boleh dapatkan code di [SINI]

 

 

#

About the author

3 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge

TENTANG NORFANIL

25. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Universiti Malaya).

Merupakan blogger sepenuh masa dan juga freelancer

Suka makan, suka tidur, suka travel dan suka aktiviti lasak. Tidak suka jatuh cinta!

Advertorial? Review? Jangan segan-segan hubungi saya. [su_button url="mailto:[email protected]" target="blank" background="#f899ce"]norfanil @ gmail.com[/su_button

MY fanpage

SUBSCRIBE

[mc4wp_form]

© 2015. Norfanil - Salute to Life. All Rights Reserved. Powered by NR Network