i & Lifestyle

Apa Beza Hantaran Kahwin dan Hantaran Tunang?

Written by Norfanil

Anda mempunyai produk? Ingin saya review Produk Anda? Peluang kini dibuka! Email ke norfanil[@]gmail.com

Assalamualaikum…

Yes.. Hari ni kita masuk bab kahwin… hehehehe… Apa beza hantaran kahwin dan hantaran tunang? Masih ramai lagi tak tau beza diantara kedua dua hantaran ni… Termasuk la aku.. beberapa hari lepas gigih aku mencari mengenai kedua dua ni.. dan nah.. banyak jugak ilmu kahwin yang aku dapat.. ngehngehngeh…


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Kain Pasang Songket

 

Orang kata hantaran ni sebenarnya adat sahaja. Ianya pemberian dari pasangan kita dan kita membalas pemberian dia. Secara kasarnya, apa pilihan brg yg perlu ada.. terpulang pada pasangan masing-masing. Jom baca Apa Beza Hantaran Kahwin dan Hantaran Tunang?

Hantaran Tunang

Hantaran tunang lebih kepada pilihan barangan yg simple (baju sepasang, cincin, sirih junjung, kek / makanan lain).  Tapi ada setengah negeri, hantaran tunang termasuk dengan separuh/sepenuhnya duit hantaran untuk perkahwinan nanti.. Kebiasaannya mereka yang berada di Utara.

Bilangan hantaran tunang kebiasaanya paling kurang pun.. 3 dari pihak lelaki dan 5 dari pihak perempuan.. bergantung pada perbincangan keluarga.


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Kain Pasang Songket

 

Hantaran Kahwin / Nikah

Untuk hantaran kahwin pula ada tambahan brg lain seperti duit hantaran, duit mas kahwin dan lain-lain pemberian seperti yang diminta pihak keluarga perempuan semasa meminang dulu. Sebab tu masa berbincang waktu meminang..Pihak lelaki akan bertanya.. berapa hantaran, berapa dulang nanti bila nikah dll. Contohnya seperti pihak perempuan kata ‘kami minta hantaran RMxx dan satu set persalinan dari atas sampai bawah’.

Satu set persalinan maknanya keperluan dari hujung rambut sampai hujung kaki lah.. kalau dulu waktu bincang tidak dinyatakan apa-apa.. terpulanglah pada pasangan utk bagi apa pun. Boleh berbincang sesama pasangan.

Bilangan hantaran nikah biasanya 7 dari pihak lelaki dan 9 dari pihak perempuan.. Itu biasa biasa la.. Tapi kalau nak lebih pun takda masalah.. Yang penting yang perempuan lebih banyak dari lelaki.. dan dalam angka ganjil..

Topic credit: beza hantaran kahwin dan hantaran tunang..

gubahan hantaran kahwin

Hantaran Kahwin yang Mak sedara aku buat untuk kahwin ayah sedara aku raya cina baru ni…
Kain Sembahyang..

About the author

2 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge