i & Lifestyle

Allah Gantikan Dengan Yang Lebih Baik Dalam Apa Jua Perkara

dugaan
Written by Norfanil

Anda pemilik Homestay atau Hotel? Ingin saya review Homestay atau Hotel Anda? Peluang kini dibuka! (KLIK)

Assalamualaikum…

 

Hidup ni tak usah terlampau kecewa, bila mana orang yang kita sayang meninggalkan kita.. Kadang kadang kita lupa jugakkan, yang sebenarnya itu hanya sementara.. Adui.. aku pun sama.. Terleka dengan buaian kegembiraan seketika. Tetapi bukan setakat orang, kalau barang yang kita sayang hilang tiba tiba, pasti kita juga akan tetap kecewa. Perkara biasa bagi kita kecewa yang amat sangat apa bila hilang sesuatu kerana kita sudah tetapkan fikiran kita, dia milik kita selamanya… teeett….. SALAH!! xD

 

Percaya atau tak, sedar atau pun tidak, Allah sememangnya akan menggantikan yang lebih baik untuk kita… Setiap apa yang kita hilang tuh ada lah sebab kita leka dan tidak bersyukur dengan apa yang kita ada… betul tak? baik korang ngaku.. hehe.. Sebagai contoh yang aku boleh bagi berdasarkan pengalaman aku sendiri… Aku sedar keiinginan aku untuk memiliki sebuah tablet.. dan akhirnya aku laburkan RM2300 untuk sebuah tablet Samsung 7.7 pada tahun lepas… [ Baca entry di sini ]

Dapatkan kain pasang Daun Anzalna yang superb cantik sementara stok masih ada.. Gile ramai masuk order! Cepat!..

Koleksi Ariani Lebaran 2016

 

Siapa tak gembira, apa yang kita impikan ada depan mata kita.. Bertapa gembiranya aku..sehingga aku lupa banyak perkara.. mana mana je mesti dengan tablet.. game sana sini.. bagi aku memang senang dengan tablet sebab aku kan blogger..so senang ank update blog selain dari kerja online.. tapi mungkin ada silap pada aku, mungkin tak bersyukur.. Leka dengan suruhan ALlah.. Aku pun kurang pasti.. Yang pasti saat tuh mungkin aku ada silap yang menyebabkan samsung tablet 7.7 ditarik balik…dugaan…  atau lebih tepat hilang di curi… paling tidak masuk akal bila hilang ditempat aku bekerja untuk projek…

 

Kecewa itu pasti, sebab barang yang kita sayang hilang selepas kurang 3 minggu di beli.. Allah.. berat dugaan waktu tuh.. lagi berat pada tahun yang sama, hujung tahun lepas sekali lagi laptop pula di curi… Apa boleh buat.. redha tu pasti..  Setelah apa yang berlaku, aku mula sedar banyak kekurangan dalam diri aku.. sebab tuh Allah tarik apa yang aku miliki.. tapi Alhamdulillah… Allah gantikan dengan yang lebih baik…. iaitu Hati yang sentiasa berpaut pada Nya selamanya… Allah S.w.t…

 

Disaat kita senang.. Senantiasa ingat Allah..

Disaat kita susah.. senantiasa ingat Allah..

Disaat rezeki masuk.. bersyukur lah dengan pemberian Allah..

Disaat kita lupa.. beristighfar lah kerana Allah yang jadikan kita..

 

Ingat..

 

Jangan takbur..

Jangan menunjuk nunjuk..

Jangan berhenti bersyukur…

Jangan leka dan lalai….

Kerana sebesar zarah perkara keji kita lakukan, setapak juga kita melangkah ke arah kehilangan dan kekejian…

Dengan sekelip mata tanpa kita sedar, ia hilang begitu sahaja….

#

About the author

1 Comment

  • ia, sering kalinya kita ingat bahwa sesuatu itu adalah sebuah kenikmatan, ,dikala sesuatu itu hilang atau di cabut dari kita,,, dan semua yang telah allah tetapkan mengandung hikmah dan ujian bagi kita, yang kemudian kita diberikan pilihan,,,apakah bersyukur atau kufur akan nikmat
    abu kholid| kalimat islami recently posted..Persembahan Untukmu Yang Sedang GalauMy Profile

Leave a Comment

CommentLuv badge

TENTANG NORFANIL

25. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Universiti Malaya).

Merupakan blogger sepenuh masa dan juga freelancer

Suka makan, suka tidur, suka travel dan suka aktiviti lasak. Tidak suka jatuh cinta!

Advertorial? Review? Jangan segan-segan hubungi saya. [su_button url="mailto:[email protected]" target="blank" background="#f899ce"]norfanil @ gmail.com[/su_button

MY fanpage

SUBSCRIBE

[mc4wp_form]

© 2015. Norfanil - Salute to Life. All Rights Reserved. Powered by NR Network