i & Lifestyle

Alkisah Unifi sampai Kena Buat Laporan Polis..

Anda mempunyai produk? Ingin saya review Produk Anda? Peluang kini dibuka! Email ke norfanil[@]gmail.com

Assalamualaikum..

 

Penat sungguh aku hari.. Menahan rasa hati berdepan ngan orang yang tak tau aku nak describe macam mana.. Alkisah dia macam ni.. Aku nak relocate UNIFI Mr.Peah kerumah aku..Sebab dah 5 bulan dia pakai kat rumah abg angkat & Kakak angkat dia (suami isteri)…Sebab dia d.Peah ipelawa duk kat Bandar Kinrara, sejak dia jatuh pengsan.. So depa yang tolong ambil masa kat hospital bawak balik rumah dieorg.

 

So, depa pelawa MR. Peah duk kat sana, sebab rumah sebelah dia tuh kosong.. Then Mr.Peah pun setuju laa.. So selepas persetujuan ngan tuan rumah, die pun pasang unifi.. beranggapan akan duk lama kat situ.. Tapi lain pulak jadi.. Selepas 2 3 minggu, rasa tak selesa sebab tak leh balik malam, so makna kata tak boleh jumpa aku dekat fakulti la..balik kerja terus kena balik rumah.. Nak kuar malam pun tak boleh.. So dia keluar sehelai sepinggang balik semula ke rumah sewa dia sebab rasa terkongkong.

 

Nak di pendekkan cerita.. Minggu lepas hari Khamis aku pergi TM point nak relocate.. Dengan surat pengesahan dari Mr.Peah, aku berjaya isi dan borang relocate dan sepatotnya esok orang unifi akan datang umah aku untuk relocate. So hari Jumaat lepas aku dan Mr.Peah keep call dan mesej depa untuk ambil set unifi.. Dan sampai hari ni dieorg tak pernah balas dan angkat..

 

Dari pukul 3.30 aku gerak pergi Bandar Kinrara, kul 4.00 sampai sana… aku panggil, hon tapi takde seorang pun keluar padahal depa memang ada kat rumah.. Aku mintak tolong pak guard kat situ panggil, depa pun tak keluar. Pukul 5.30 aku dah geram.. Lepas bergaduh ngan Mr.Peah cari solusi, akhir aku terpaksa buat laporan polis.. Sebab barang itu hak kita kan..

 

Tergelak gak polis tuh bila aku nak buat report.. Then dia cakap, kami hanya boleh escot je.. Tak pe la. janji dieorg ada depan rumah.. Selepas report, polis dah ada depan rumah depa ni.. Aku datang. Pandai la pulak mangkuk tingkat ni keluar rumah.. tapi.. aku ingat aku sorang je yang buat report.. rupa rupa nya dia pun bawak kuar report.. Report menyatakan si Mr.Peah ni tak bayar sewa rumah selama 2 bulan..

 

Dalam masa yang sama pulak aku lupa nak bawak copy relocate unifi.. so aku terpaksa balik UM balik untuk amik. Aku memang tak expect nak pergi sana.. Sebab tuh aku tak bawak.. Tapi alhamdulillah. Along aku bagi pinjam kereta untuk pergi sana.. tak teringat pula pasal copy tuh..

 

Ada beberapa isu mangkut tingkat ni keluarkan..

1) Dia buat report polis menyatakan, Mr.Peah tak bayar sewa rumah 2 bulan…  

Aku bidas.. takde aggreement.. Tak pernah keluar pun isu sewa rumah.. dan Isteri dia yang pelawa Mr.Peah ni untuk duduk dirumah tuh, dan dia pernah cakap, try dulu sebulan, kalau tak selesa baru decide balik..tapi tak sampai sebulan Mr.Peah tak selesa.. Tak balik umah tuh, dan terus duduk di rumah sewa lama di Puchong.. Barang barang semua tinggal, PC, DSLR, Baju dan lain lain.. 

Nak dijadikan cerita, secara logik, dia ni pergi hantar isteri dia cuci buah pinggang 3 kali seminggu dekat tempat kerja Mr.Peah.. Dalam masa 12 kali pergi sebulan tempat kerja Mr.Peah, hanya satu hari je dia guna untuk mintak kunci rumah dan 9 hari jumpa dia tak pernah cakap pasal sewa rumah yang di katakan tak bayar..  bodoh tak bodoh?


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Kain Pasang Songket

 

 

2) Bila polis datang baru nak kuar, aku datang hon tak nak kuar…

Alasan dia, dia tak kenal sape aku, dia takkan bagi barang barang pada orang yang dia tak kenal. Sebab tuh dia tak bukak pintu and kuar jumpa aku..

Aku bidas, aku ngan Mr.Peah hantar mesej dari hari jumaat lagi.. Call.. tapi tak pernah di angkat.. Mesej tak pernah di balas.. Pastuh dia cakap, dia tak kenal siapa yang antar mesej.. dia tak kenal siapa yang call.. even Mr.Peah call dan mesej pun dia cakap, dia tak kenal no tuh.. Aku terfikir.. kenapa la nak tambah kan kebodohan diri tuh.. Dah sebelum ni.. masa aku mintak DSLR, Mr.Peah tanya dan mintak DSLR.. boleh pulak dia bagi kat rakan sekerja MR.Peah kat tempat dialisis tuh.. tau pulak dia no Mr.Peah antar mesej kat dia.. kenapa dulu tak bagi alasan macam ni? takot terbagi kat sapa sapa yang tak kenal? kenapa?

 

3) Nak dakwa Mr.Peah.. sebab boleh dikatakan  malu kan dia sebab bawak polis dan juga tak bayar sewa…

Dia cakap.. nanti kalau Mr.Peah datang sini, cakap kat dia, saya tetap nak dakwa dia.. saya ada saksi. jiran jiran saya…

Aku bidas.. What the fish!!!., jiran?? nak buat apa ngan jiran.. nak cerita kat jiran jiran yang Mr.Peah tak bayar sewa? ke nak saksi Mr.Peah pernah duk situ? tapi ada kene mengena ke? Agreement pun tak pernah ada.. dia cakap.. belum sempat nak buat agreement lagi orang tuh dah keluar rumah.. macam la kat tempat kerja dia tak leh jumpa kan? aku cakap kat dia. dakwa la nak dakwa pun.. Kiteorg boleh lawan.. aku sebagai saksi… tapi dia cakap, awak kenal dia bape bulan? saya kenal dia lagi lama.. dah roomate dia dulu? kenal dia bertahun tahun.. pastuh dia cakap.. saya tak cakap pasal roomate dia.. bengong tak? tuh saksi la weh!!!!.. dia tahu cerita sebenar sebab Mr.Peah pun cerita kat dia.. so kalau nak bandingkan die dengan hang, mana lagi lama kenal Mr.Peah? 

 

4) Sewa rumah jadi isu..

Mr Peah cakap kat aku.. Selama ni dia duk rumah tuh.. duk kat ruang tamu..makan, tidur, lepak, PC, pakai baju semua kat ruang tamu.. Nama je rumah besar..tapi dalam bilik, keliling semua barang barang. Kalau korang la kan. korang nak ke sewa rumah macam tuh? sewa kena bayar satu rumah tapi duk kat ruang tamu? pastuh kunci rumah of kos tuan rumah ada.. then dia boleh masuk dan geledah barang barang korang suka hati.. korang  nak? aku gerenti, takda orang nak .. melainkan orang pelawa.. logikkan?? 

 

5) Bukti SMS, tak dialau alukan lagi dan tidak mengungkit segala apa yang diberi..

Itu la dia.. manusia mudah lupa.. dia ingat Mr.Peah tak simpan segala mesej dia. Dia sendiri cakap, segala pertolongan tak minta balasan.. tak diungkit.. tapi tengok la.. sewa rumah dia nak ungkit.. padahal tak pernah bunyi.. pastuh siap antar mesej.. tidak mengalu ngalukan kedatangan lagi.. Dah sah sah, takde orang yang lari dari rumah akan balik ambil barang dia kembali..kan? kalau lari sekalipun, mesti bawak sekali barang.. nih bukan lari namanya.. nih tak selesa. pastuh dah tak mengalu ngalu kan.. sah sah la Mr.Peah ni dijemput ke rumah tuh.. bukan nya di sewa rumah tuh.. nampak lagi kebodohan dia…

 

Aku tak kisah pun dia nak dakwa.. dakwa la.. kalau takat saksi jiran jiran..sape takut.. Kita orang ada bukti.. ada saksi.. nih takat saksi, bukti agreement pun takde.. cara cakap nak takut kan aku.. piiiraaaaaahhhh.. aku tak takot la.. ingat aku duk diam agaknya bila dia kondem aku..silap.. lagi banyak aku bercakap kuarkan fakta..

 

Akhirnya selepas debat ngan dia.. dia cakap kat aku last last selepas baca surat kebenaran dari Mr.Peah.. tertulis nama aku, nama ayah aku.. Then dia cakap.. Kirim salam kat ayah awak..Sahifulddin.. saya kenal dia tuh.. dia sekampung.. bukit tok bengkan.. pastuh aku cakap.. ha.. cakap la kat ayah saya.. ayah saya pun dah kenal Mr.Peah.. nak cakap ape lagi? terus aku blak…

 


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Kain Pasang Songket

 

Fuh.. dari kul 10 aku kuar rumah.. kul 10 malam jugak aku sampai rumah.. 12 jam. akhirnya..berjaya gak aku ambil unifi..esok boleh la unifi datang pasang.. kalau tak, aku risau kene caj lagi sebab tak jadi pasang..padahal unifi dah datang.. hmmm.. 

 

#habis dah alkisah Unifi sampai kena report polis.. sengal kan?? #mangkut tingkat bodoh bertingkat tingkat.. hmm.. aku tak dapat nak tunjuk laporan polis.. sbb annoying gila ayat dia.. sebab ada perkataan teman lelaki.. hahaha

About the author

4 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge