i & Lifestyle

Aktiviti Lasak di Skytrex Adventure Shah Alam

Aktiviti Lasak di Skytrex Adventure Shah Alam
Written by Norfanil

Anda pemilik Homestay atau Hotel? Ingin saya review Homestay atau Hotel Anda? Peluang kini dibuka! (KLIK)

Assalamualaikum..

2 minggu lepas aku berkesempatan pergi ke Sytrex Adventure Shah Alam bersama rakan blogger akak Suri. Sebenarnya tak merancang pun sebabnya aku tahu akan event ni, yang di anjurkan oleh Salam Media. tapi tak ada rakan nak pi. Nak ajak sape?? Aku memang jenis taknak nyusah kan orang. Takpe nanti aku dapat kete boleh pergi sana sini.. kalau rajin~.. haha

Mujur ada kak Suri yang suruh aku teman dia pergi event Nuffnang sehari sebelum tuh. So, rancang la terus nak ikut walaupun kak Suri macam tak boleh tangkap gaya aku sebenarnya nak pergi.. hahahaha

Kiteorg sampai lambat sikit. Dengan aku nye yang tak ada contact sesape, sama la dengan kak Suri. Mujur staff Skytrex tolong call Mr. Ed. Dapat jugak masuk.

So, kiteorang masuk per entry RM3. Dan pihak penganjur memilih Extreme Challenge yang ada 33 halangan dalam tuh untuk diharungi. Pergh.. Mula mula aku sendiri tak tau yang kiteorg akan buat Extreme Challenge. Yang aku tahu kiteorg lambat, pastu kalut sebab dah takde orang kat kaunter.. terus masuk then siap siap untuk main. Haha..

Ditambah pulak disebabkan event kena RSVP, aku tak expect nak main sama sebab aku RSVP malam sebelum tuh yang sebenarnnya penyertaan dah tutup.. Ye la, kang penganjur dah count cukup2 tiba tiba terlebih pulak. So aku pakai la pakaian casual aku seluar jeans + t-shirt biasa ngan kasut.

Bila sampai aku boleh main. Segan la jugak orang kutuk aku nanti nak main tapi pakai jeans. Tapi redah je la.. Janji boleh main!. Lagipon masa tuh aku tengah stress.. haha..

Aktiviti Lasak di Skytrex Adventure Shah Alam (1 of 13)

Aku rasa macam aku kenal budak ni.. Tapi aku tak tau sapa. Ingatkan staff Salam Media.. Rupanya blogger.. yang bajet tepi tuh takyah cakap la..Bapak kepada dua orang budak comel yang aku kenal masa SBBYeos’2014..Fazrol haha

Muka sposen aku yang blur blur tak kenal sapa.. Tapi aku tegur cuma nama ni nak ingat agak susah sikit..

Aktiviti Lasak di Skytrex Adventure Shah Alam (6 of 13)

Halangan yang paling sakit.. Menggeletar tangan dan kaki, sebab terlampau tinggi. Aku tak gayat, tapi aku kurang bab guna tenaga ni.. Maklumla dah lama tak exercise.. Dulu-dulu mase kurus boleh la balun gunung kinabalu dan futsal tiap malam. Latest pun aku balun Rock Climbing dekat Club Med...

Sekarang dah gemuk terasa macam .. “aku dah fade up.. bila nak abis panjat ni!”..haha.. tapi aku kuatkan jugak sebab orang bayar kan… Kena hargai! hehehe..

Aktiviti Lasak di Skytrex Adventure Shah Alam (7 of 13)Nih style.. Flying fox in action.. Sapa ni? … Bestnya kalau aku ada camera masa ni.. Mesti banyak gambar menarik boleh amik..  Urggggg

Aktiviti Lasak di Skytrex Adventure Shah Alam (2 of 13)

Dapatkan kain pasang Daun Anzalna yang superb cantik sementara stok masih ada.. Gile ramai masuk order! Cepat!..

Koleksi Ariani Lebaran 2016

Dua budak comel dan hensem tengah bersemangat menyelesaikan halangan.. Haha.. Seronok!!. Kenalkan, blogger yang baru saya kenal Qiqi (Zulqarnain Abu Hassan). Journalis karangkraft ni.. jangan main-main. Kecil molek je adik kita ni!.. hihi.. Dia la peneman aku sampai abis.

Aktiviti Lasak di Skytrex Adventure Shah Alam (8 of 13)

Ini aku lupa nama dia.. Monkey apa entah.. Instructor situ suh aku buat.. Nganjing sebab aku pakai jeans! haha. Tapi aku skip. Sebab tangan tak mampu nak tampung badan.. So aku just lepas kan diri dan tarik pakai tali.

Aktiviti Lasak di Skytrex Adventure Shah Alam (5 of 13)Fazrol tengah bertukar halangan.. Haha.. dia ni semput sampai sekerat jalan.. Katanya “baik aku main ngan anak-anak aku weh.. jauh lagi ni”… tapi kiteorg keep bagi semangat kat dia.. and he finished his challenges..!.. Gud job broo

Aktiviti Lasak di Skytrex Adventure Shah Alam (9 of 13)Aku selamba badak tinggal kat partner kat belakang.. Haha.. Kak Suri, sorry!.. sebenarnya bila kita dah ada pertengahan kita seronok nak habiskan..dan sebenarnya dah tak larat.. sebab tuh habiskan cepat… lagipun ada orang belakang lagi tengah menunggu.. takkan nak rest lama lama.. Setiap pit stop pon ada had berapa orang je boleh stay. So i go first laaa..

Aktiviti Lasak di Skytrex Adventure Shah Alam (9 of 13)And in the end, this is Norfa Lyana. With smile, and challenge accepted!!!.. hehe.. This is the life i wanted its to be. Bukan senang nak hangout buat aktiviti lasak macam ni.. Adakala bila nak pergi kita tak jumpa geng sama yang suka buat aktiviti lasak. Tolak mentah mentah bila kita ajak sebab gayat. Memang dissapointed gila..

Blogger di Skytrex Adventure Taman Botani Shah Alam

Bloggers and friends.. Senang je nak cari aku dalam ni.. Aku la makhluk yang pakai baju lain kaler dari orang lain.. Haha.. dah datang lambat memang tak sempat la nak salin baju..Lagipun baju short.. aku tak rasa sesuai nak pakai t-shirt lengan panjang + baju short buat skytex.. mau pengsan dalam kepanasan.. Ni pakai jeans pon dah rasa panas weh~..

Beribu ribu lemon thanz kt Salam Media sebab buat aktiviti sebegini.. Serious enjoy gila~.. Tapi tak sempat nak kenal semua orang sebab kita tak ada sesi suai kenal.. Or kami yang lambat so tak sempat nak kenal awal awal… hehe.. Tapi alhamdulillah.. sempat bertegur blogger gadis gadis comel yang lain.. Tak sangka ramai yang aku jumpa tuh cikgu. hehe..

Kalau ada lagi jemput la lagi….

Photo credit to Salam Media dan Qi qi

Lokasi :

Skytrex Adventure
(Taman Botani / Bukit Cerakah)Taman Pertanian Malaysia
Bukit Cahaya Seri Alam
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Tel: +601 3276 9841 (Please call only from 9am – 6pm)
Fax: +603 7960 8290
Email: [email protected]
Website: http://www.skytrex-adventure.com

#

About the author

10 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge

TENTANG NORFANIL

25. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Universiti Malaya).

Merupakan blogger sepenuh masa dan juga freelancer

Suka makan, suka tidur, suka travel dan suka aktiviti lasak. Tidak suka jatuh cinta!

Advertorial? Review? Jangan segan-segan hubungi saya. [su_button url="mailto:[email protected]" target="blank" background="#f899ce"]norfanil @ gmail.com[/su_button

MY fanpage

SUBSCRIBE

[mc4wp_form]

© 2015. Norfanil - Salute to Life. All Rights Reserved. Powered by NR Network