i & Makan

Air Kelapa Bakar, Lokan Bakar dan Ketam Bakar di Jalan Sulaman, Sabah

Written by Norfanil

Assalamualaikum…

 

Kelapa Bakar.. pernah makan? pernah minum? Untuk pertama kali nya aku ke Sabah masa tahun 2009 tak tahu pulak kewujudan Kelapa Bakar yang ada di negeri Sabah di bawah bayu ni.. Dan untuk kali kedua aku datang kesini alhamdulillah aku berkesempatan untuk makan Kelapa Bakar di sini..

20130125_130147

 Terfikir jugak kan macam mana rasa Kelapa Bakar… Biasa kita makan dan minum kelapa sejuk.. di campur dengan ais.. tapi kat Sabah kelapa di bakar.. FUhhh..sedap minum panas panas…maveles… dieorg kata hanya ada di sabah.. di semenanjung jarang betul ada jual tepi jalan… kan? ke ada? ce bagitau  kat mana ada jual kat semenanjung.. huhu.. kalau ada nak gi usha la.. hehehe.. Kalau kat Sabah ni sebijik kelapa bakar harga RM 4..

Selain Kelapa Bakar ada juga dijual lakon bakar mengikut saiz.. Size paling kecil harga RM7.. saiz besar tak tengok plak berapa.. tapi memang besar la.. macam sedap je kalau makan.. harituh rasa cam nak try tapi segan plak nak suh partner belanja.. muahahaha… so tak jadi la. makan je kelapa bakar.. huhu…

Ketam bakar pun ada.. sempat juga ni ambil gambar.. Ketam yang dah di ikat untuk dibakar.. Harga nya aku tak pasti la pula sebab aku tak makan di kedai yang ada buat ketam bakar.. Nih pun gambar curik curik je ambil dari kedai sebelah. Muahaha.. sabor je la..

 

Kalau nak tahu, kat Sabah jelly kelapa dia agak berbeza dengan semenanjung.. Kalau semenanjung jelly kelapa warna jernih ja.. tapi di sini jelly kelapa ibaratkan kelapa yang di kisar..Sedap.. lagi sedap dari jelly kelapa.. yummmmy…ada banyak perisa, perisa biasa dan juga pandan… silap kami hari tuh makan jelly kelapa dulu baru minum kelapa bakar.. Akhirnya air kelapa bakar tak rasa manis dah… SO masing tinggalkan baki air..atau lebih tepat, minum tak habis.. hahahaha.. Nak wat camne, bila dah rasa muak, terpaksa la berhenti minum.. Kalau tak boleh muntah…

 

Korang nanti pergi Sabah #cuticutiSabah cuba la minum Kelapa Bakar di sini.. Aku makan Kelapa Bakar dekat Jalan Sulaman (Jalan KK-KB)…

 

p/s: dah lama tak travel selepas ke Korea hari tuh…


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Anda mempunyai produk? Ingin saya review Produk Anda? Peluang kini dibuka! Email ke norfanil[@]gmail.com

About the author

Leave a Comment

CommentLuv badge