8 Tip Untuk Menjadi Bakal Suami Yang Lelaki Perlu Tahu ! | Berkahwin ni bukan benda main-main bro. Banyak perkara kena ambil serius, bukannya main redah je. Fizikal dan mental kena kuat. Macam mana nak urus duit keluar masuk, itu semua kena ambil kisah jugak. Ini tak, asal ada duit je tahu nak habiskan je dekat benda-benda yang tak berfaedah.

Untuk lelaki, kau jangan main bedal je bila nak ambil anak dara orang jadi isteri. Benda yang paling utama ialah kau kena hormat ahli keluarga perempuan macam mana kau hormat ahli keluarga kau. Kalau i=kau rasa tak boleh hormat, lebih baik angkat kaki je. Bukan apa, bila dh berkahwin ni, kita nak hadap sampai mati, bukan sebulan dua je. Betul tak ?

Untuk yang bakal jadi suami tu ataupun yang sudah kawin, haa boleh tengok macam mana nak jadi bakal suami yang mithali untuk isteri.

  1. Perempuan Takkan Sama Sebelum dan Selepas Kahwin

Wanita yang kau puja yang kau idamkan tu, lepas kahwin nanti confirm tak sama dengan yang kau kenal sebelum kahwin. Lawa macam mana pun, nanti kau akan nampak apa rupa apa gaya dia tidur, bangun dari tidur. Yang control ayu tu kejap je, paling lama boleh control sebulan dua. Lepas tu ke laut ayu dia. Kau boleh control handsome masa tidur?

2. Kena Bertolak Ansur, Kena Muafakat

Hargai pengorbanan dia terutama lepas bersalin. Jadi suami yang bertimbang rasa, bukan ikut kepala sendiri je. Perkongsian hidup sampai bila bila ni.

3. Kongsi Segalanya Bersama-Sama

Jangan takut nak bagi tau password apa semua. Pape hal senang, buatnya jadi apa apa kat kau. Tapi selagi kau rahsiakan selagi tu dia tak percaya. Alah dia bukan nak check handphone kau sangat pun, dia cuma nak tau semuanya tentang kau supaya dia tau dia special. Orang perempuan, even dah kahwin pun dia ada masalah ni. Kau tak payah bohong, dia boleh bau. Dia boleh rasa. Kalau kau rasa kau ada bohong dia, kau ready je lah.

4. Elakkan terLIKE atau terKOMEN Gambar Perempuan

Haa, ini yang paling penting. Kekadang kau scroll je tapi tertekan like, takkan nak undo ye tak? Cemburu tandanya dia sayang. Kau nak bebas sampai tak balik rumah macam bujang dulu tak boleh lah, isteri rasa benda benda simple macam ni seperti maruah dia. Kau kena paham.

5. Ringankan Beban Isteri Sebelum atau Selepas Berkahwin

Jangan tinggal semua bagi dia urus terutamanya anak. Kalau kau nak selami perasaan isteri, kau teman dia bersalin. Kau sambut anak kau sendiri kalau ada rezeki dan kesempatan. Confirm terbuka minda dan hati kau, betapa besarnya pengorbanan seorang isteri yang mengorbankan tubuh badan dia untuk lahirkan zuriat pengikat kasih sayang untuk cinta kau orang.

Apa yang kau jijik nak tolong isteri mandikan, cuci berak anak? Anak kau tu. Buatlah, lepas tu kau akan biasa. Lelaki yang gagah adalah lelaki yang tukar pampers anak. Diorang baby kejap je. Lepas tu bila dah 7 bulan, dah start duduk. Tapi kalau kau jenis tak ambik port pasal anak, handover semua kat isteri, kau akan menyesal. Serious. Perasaan bila anak kau nampak kau, dia depa tangan nak kau dukung dia, gelak gelak kena acah, fuhh. Berair mata weh.

6. Solat Berjemaah Dengan Isteri

Ini impian setiap pasangan yang berpegang pada agamaNya, dah halal tu apa nak malas? Baca surah pendek pun tak ada hal, baca doa bahasa melayu pun tak salah. Paling kurang seminggu sekali pun dah Alhamdulillah.

7. Selalu Berdoa Dengan Allah Minta Petunjuk

Untuk 3-5 tahun pertama, rezeki kau kejap ada kejap tak ada. Poket kejap penuh kejap kosong lagi lagi untuk kau yang berniaga. Sabar. Usaha. Doa banyak banyak. Allah uji tanda dia sayang. Jangan cakap besar, kau jutawan pun boleh terduduk. Biasalah tu, cuci dosa kau masa muda. Kejayaan dan kebahagiaan akan datang.

8. Buang Sikap Ego Dan Suka Nak Bergaya

Utamakan keselesaan anak isteri. Fokus pada aset terutamanya rumah. Kumpul duit, tak dapat beli rumah sebelum kahwin tak apa yang penting kau tekad lepas kahwin nak beli rumah. Pasang impian suami isteri sama sama, seronok kau nak cari duit nanti.

Semoga berjaya ye kami doakan untuk yang bakal menjadi suami nanti !

Jom like Dear Malaysia untuk lebih banyak tip akan datang!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge