5 Cara Atasi Masalah Kemurungan | Dalam kehidupan kita sebagai seorang manusia memang akan ada hari ups and down. Itu lumrah. Semua orang akan rasa. Yang bezanya bagaimana kita jalani ups and down  ni dan elakkan diri dari masalah kemurungan.

Kemurungan dikenali juga sebagai tekanan perasaan (depression). Ia merupakan penyakit psikologi tidak kira pada lelaki, wanita, dewasa ataupun kanak-kanak.

Bagi saya penyakit tekanan perasaan ni sangat bahaya bila kita tak boleh nak handle masalah kita. Terlampau tertekan. Macam saya sendiri, kalau saya tertekan sangat, saya akan menangis sorang-sorang sampai puas dan tidur.

Ada yang kata, masalah kemurungan atau tekanan perasaan ini adalah masalah iman juga. Kalau kita mempunyai iman yang kuat, insyaAllah masalah kemurungan dan tekanan perasaan tak akan tejadi.

Macam mana rasa tekanan perasaan?

Ia merangkumi

  • Rasa kesedihan
  • Rasa kepiluan
  • Rasa kecewa
  • Rasa putus harapan
  • Rasa hilang semangat untuk meneruskan kehidupan.

Tanda-Tanda Kemurungan 

  1. Kesedihan, kepiluan, kesepian, jiwa kosong yang berpanjangan.
  2. Selera makan terganggu, tak ada selera, atau makan berlebihan tanpa perasaan bersalah langsung.
  3. Tak ada feel dengan aktiviti menggembirakan, walaupun orang lain punya la gembira. Tapi diri tu rasa tak ada keseronokan.
  4. Rasa lebih baik mati.. Haa ni bahaya. Boleh bawa kearah bunuh diri.
  5. Hati tidak tenteram dan perasaan marah tidak dapat dikawal.

5 cara atasi masalah kemurungan 2

5 Cara Atasi Masalah Kemurungan.

1. Ajar Minda Lupakan Kenangan Pahit

Bila kita layan stress, layan perasaan, minda kita akan bekerja untuk mengingati kenangan pahit. Lagi mencurah-curah air mata lepas tu bila teringat.

Jadi, cara terbaik adalah ajar dan latih minda untuk melupakan kenangan pahit. Bukan harini buat, esok ingat balik. Tak! Kena buat secara berterusan.

Buat la apa-apa pun, asalkan kita lupa pada masalah ini. Jumpa kawan-kawan, fokus pada keluarga, kerjaya atau cita-cita.

Tak boleh nak melupakan sekaligus, ia akan berlaku berperingkat. Yang penting cuba dan terus cuba untuk melupakan yang pahit tu. Insya Allah boleh.

2. Jangan berhenti senyum dan ketawa

Ketawa sorang-sorang nanti orang kata gila. Ajak kawan-kawan hangout, buat aktiviti kesukaan bersama mereka. Ketawa dan bersukaria la, jangan sekat untuk gembira.

Kalau kawan busy atau bukan pada waktu yang tepat untuk ajak hangout, tengok la gelagat pengguna Facebook di bahagian komen-komen posting yang lawak, atau tonton video-video lawak macam Sepahtu Reunion tu. At least, kita tak fikirkan masalah kita lagi.

3. Bersyukur

Tak kisah apa pun tejadi perlu bersyukur. Setiap kali bangun dari tidur, perkara pertama kita kena buat adalah bersyukur. Sebab masih diberi nafas untuk hidup pada hari ini.

Banyak perkara kita boleh bersyukur, disaat kita down, ada kawan rapat yang masih setia disisi, ada keluarga yang masih menjaga kita,

4. Jauhkan dari Perasaan risau  terlampau.

Risau telampau beri kesan kepada kesihatan tak kira fizikal atau mental. Cuba tenangkan hati.  Semuanya baik baik sahaja. Jangan overthinking. Overthinking buatkan mental kita bekerja keras dan secara tak langsung memikirkan perkara bukan-bukan.

Jadi Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri kita.

5. Jadi seorang yang pemaaf

Jika kita hadapi tekanan disebabkan orang lain, belajar la jadi pemaaf. Sikap pemaaf ni sgt bagus, supaya kita tak berdendam dan dijauhi perasaan negatif.

Dalam masa yang sama, bila kita maafkan orang, hati kita akan neutral balik dan akan rasa lebih aman. Walaupun dia tak pernah minta maaf dengan kita. It's ok! Itu urusan dia dengan Tuhan.

BACA : Doa Untuk Melupakan Seseorang

Kesimpulan

Jika kita ada kawan yang kita nampak dah nak ke aras depression atau kemurungan ni, tolong dan tolong dekati dia. Jangan biarkan jiwa dia terbawa-bawa. Tarik dia, ingatkan dia, bercakap dengan dia. Sebab bercakap atau berkomunikasi merupakan satu terapi.

Kuatkan iman, ingat mak ayah kita. Mereka akan kecewa kalau kita terusan begini. Ok! Keep strong guys! Semoga 5 Cara Atasi Masalah Kemurungan berguna untuk korang.

This Post Has 19 Comments

  1. Tips yang baik.kadang2 kita xsedar kita ada kemurungan

  2. Actually there’s a lot of ppl around me who are suffering. Will introduce them to these technique.

  3. Sentiasa positif dan terus senyum, itu la yang terbaik. Selebihnya banyak-banyak kan berdoa. betul tak? ^_^

  4. Bagus perkongsian ni memang keadaan hidup sekarang ni banyak menyebabkan kemurungan, bukan sahaja pada yang dewasa, kana2 pun ada yang terbawak2 kemurungan jugak, kesian.
    Selain dari tip2 di atas, perlu juga untuk dapatkan kaunseling dari psikologist, dan jika perlu .. mesti nak makan obat, tak perlu malu.
    Depression is a sickness of the mind which shouldnt be taken lightly.

    Ketahui Cara Buat Duit Secara Pasif, Secara Online, Tanpa Modal

    1. hahaha.. betul tu..

  5. I got depressed once, it was two years ago. As a paychology graduate, i thought i can handle problems better and i thought depression is nothing. But when it striked me, the feeling was out of this world. Unimaginable pain. I hope these techniques can help those who’s suffering depression. All i can say is, you have to fight with your feeling.

  6. Bersyukur tu antara key point yg penting, bila kita rs syukur hudup lebih tenang sebenarnya

  7. Bagus perkongsian ni. Ramai diluar sana alami kemurungan n tak tahu nak buat apa…sekurang-kurangnya kalau mereka baca perkongsian ni bolehlah berfikir dan sesiapa yg terapa tu tahu nak buat mcm mna

  8. Positive motivation from friend and family is important. sometime travel will bring different opinion in your life.

  9. Nice sharing. Saya percaya “apa yg sy fikir, apa yg sy cakap dan apa yg saya buat adalah Doa.”
    Think positif.

Leave a Reply

CommentLuv badge

Close Menu
×
×

Cart