5 Air Terjun Di Klang Valley Yang Menjadi Tumpuan. Siapa tahu di Negeri Selangor yang merupakan pembangunan pesat dan moden ini terutama di Shah Alam dan Klang, namun disebalik itu rupa-rupanya banyak tempat-tempat berkelah menarik yang patut anda kunjungi !

Kali ini saya nak kongsikan beberapa lokasi air terjun di Selangor yang sangat sesuai dikunjung dengan keluarga atau pun rakan-rakan.

Namun, seperti yang kita tahu air terjun di Selangor ini banyak kategori. Ada yang mudah pergi dengan menggunakan kereta melalui jalan raya. Ada juga yang perlu berjalan kaki beberapa meter sebelum jumpa dengan air terjun tersebut.

  1. Air Terjun Sungai Gabai – Hulu Langat

art1-1

Air Terjun Sungai Gabai merupakan air terjun yang popular di daerah Hulu Langat dan lokasinya sangat mudah diakses dengan kenderaan. Di persimpangan masuk ke Air Terjun Sungai Gabai, anda perlu meredah jalan kampung yang jauhnya tidak kurang 1km.

Info Tambahan :

  • Merupakan air terjun yang bertingkat. Makin tinggi makin seronok air terjunnya. Yang paling khas untuk yang pandai berenang sahaj kerana airnya yang agak dalam.
  • Mempunyai parking kereta, surau dan bilik air.

2. Air Terjun Kancing Selayang

art1-4

Air Terjun Kancing pula terletak di antara Selayang dan Rawang. Ia juga di panggil Hutan Lipur Kancing. Destinasi ini sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak-anak yang masih kecil.

Permukaan air terjun serta kemudahan yang ada sesuai untuk sesiapa yang mahu berkelah pada hujung minggu. Bagi mereka yang memang gemar dengan aktiviti mencabar, terdapat juga trail untuk trekking. Walaupun tidak mencabar seperti di air terjun yang lain, namun ia sesuai untuk anda lepaskan gian. Hehe

Air terjun ini juga mempunyai tinggi sehingga 7 tingkat. Setiap tingkat air terjun mempunyai permukaan sungai dan batuan air terjun yang berbeza.

3. Air Terjun Sungai Tua – Ulu Yam

art1-3

Merupakan salah satu air terjun yang sesuai untuk aktiviti perkelahan bersama keluarga mahupun rakan-rakan yang terletak di Kawasan Perkelahan Hutan Lipur Sungai Tua, Ulu Yam, Selangor. Lokasi ini yang mempunyai kemudahan pondok berhampiran sungai dan air sungai yang tidak terlalu dalam dan sesuai untuk kanak-kanak.

Di sini juga, hendaklah mandi ataupun berkelah pada cuaca yang elok kerana kawasan ini mudah terdedah dengan ‘Kepala Air’ jika datang pada cuaca yang tidak elok.

4. Air Terjun Komanwel- Selayang

art1-5

Air terjun ini terletak di Taman Rimba Komanwel dan hanya berhadapan dengan Hutan Lipur Kanching.  Kalau dari Kuala Lumpur hanya mengambil masa 30minit sahaja untuk tiba di lokasi ini.

Air Terjun Komanwel ini mempunyai banyak kemudahan seperti :

  • 24 bilik penginapan dengan harga yang berpatutan
  • Mempunyai tapak perkhemahan

Selain aktiviti bermandi manda dan berkelah, Taman Rimba Komanwel juga menyediakan beberapa aktiviti termasuk :

  • Menunggang kuda (RM7 untuk per-round)
  • Paintball (Minimum 10 orang, Buka dari 10 pagi – 4 petang)
  • Flying Fox dan Trek MountainBike (Bawa basikal sendiri)

5. Air Terjun Perdik – Hulu Langat

art1-2

Air terjun ini jenis yang bertingkat dan sesuai untuk trekking. Cara untuk sampai di destinasi ini mudah saja. Turun jalan dari jalan Bukit Ampang (melalui menara tinjau) sehingga sampai di simpang Masjid Hulu Langat Batu 14, ambil kiri sehingga ke Pangsun( dalam 15minit).

Kemudian, di tengah jalan anda akan nampak signboard simpang ke Sungai Gabai, jangan ikut signboard tu. Tetapi terus sahaja hingga nampak signboard ke Kampung Hulu Perdik. Masuk simpang ini terus sehingga nampak parkir kereta.

Kalau nak berkhemah dan bercamping Air terjun Perdik adalah tempat yang paling menarik. Kemudahan yang lengkap, lokasi yang strategik dan selesa.  Memang Terbaik !!

Untuk sesiapa yang gemar mendaki itu, boleh cuba mendaki Bukit Chenuang yang tingginya adalah 850 meter dari aras laut yang terdapat disini.

Memang seronok kan berkelah dengan keluarga di Air Terjun Di Klang Valley. Siap bawak bekal nasi putih, ayam goreng , sayur kicap. Perghh….

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge