i & Travel

30 Jam Travel ke 4 Destinasi : Wang Kelian Perlis Part 2

Welcome to Thailand, Wang Kelian
Written by Norfanil

Destinasi kedua selepas singgah sebentar makan nasi vanggey di Perak, terus menuju ke Wang Kelian Perlis bersama #Danish, #Qina dan #Eddy.

Wang Kelian terletak di antara sempadan Perlis dan Thailand, berdekatan dengan Padang Besar. Kalau tak tau jalan, pakai je GPS, gerenti sampai.

 

Wang Kelian ni macam dekat Rantau Panjang juga la. Tempat dia lebih kurang je dua-dua ni. Tempat beli belah barang murah.

Wang Kelian Kuala Perlis

Dulu masa kecil  selalu pergi Rantau Panjang. Teman mama pergi shopping periuk belanga.. Last pergi rasa masa tingkatan dua kut. Dan kenangan tak leh lupa bila minum cendol yang berbentuk ulat. hehe.. terus tak leh telan.

Kami sampai Wang Kelian dalam pukul 8 lebih. Sempat jalan jalan. Boleh dikatakan ramai yang datang shopping di sini. Macam macam ada. Nampak kacang Pistacio. Tapi tengok je la.. Beg duit kan tertinggal kat KL. hehe.. So kira ni masuk sempadan tanpa kad pengenalan la ni.. Mujur tak kena tahan.. Serik mak!.

Pintu sempadan Wang Kelian

Pintu sempadan Wang Kelian

Motor sewa untuk angkut barang di Wang Kelian

Kalau dah penat shopping tak larat nak angkut barang, boleh naik motor sewa ni.. tapi dah lupa dah harga dia.. Kami tak naik la sebab tak beli ape pun kan.

Suasana meriah penduduk kampung Wang Kelian membeli belah

Toto menjadi barangan pilihan bila shopping kat sini. Murah¬

Sempadan Thailand dan Kuala Perlis Wang Kelian

See.. Makcik makcik ramai yang shopping sini.. 

Boleh dikatakan panjang la juga pasar dia. Makanan-makanan yang dia jual menarik. Tapi serius tak berani nak membeli. Heh.

Ditambah dengan terik matahari pagi dan kepanasan tak ada angin. So jalan-jalan pusing cuci mate.. Huhu

Mujur masa nak balik tuh hujan. Lega sikit walaupun basahnya banyak. haha.. Nasib la..

Berselfie di depan tugu Wang Kelian

On the way nak keluar tuh sempat selfie dekat tugu Immigration. Dah pandai pegang monopod masa ni.. Tak segan silu dah~.. haha

Selfie atas jalan di Wang Kelian Perlis

Kebetulan perasan jalan sini cantik. Terus berhenti kereta tepi jalan. Sempat la selfie.. Pastikan line clear. 

Selfie bendang di Wang Kelian

Part ni takleh blah. Monopod ada 1. Masing masing nak selfie, pegang monopod sambil berlari anak ke tengah jalan. hahaha 

OK.. nanti tunggu sambungan Part 3 plak ye.. Yang tak baca lagi kisah sedih Part 1, boleh baca di SINI 


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Anda mempunyai produk? Ingin saya review Produk Anda? Peluang kini dibuka! Email ke norfanil[@]gmail.com

About the author

5 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge