i & Lifestyle

20 facts about me

20 Fakta Mengenai Norfanil
Written by Norfanil

Assalamualaikum w.b.t..

Seronok pula tengok bloggers and friends yang buat 20 facts about yourself. Ingat nak join #cabaran30hari anjuran kak su, tapi tak sanggup bila tengok tugasan ke 5. Apakah? “Pesanan untuk ex-bf/gf anda”.

Aku ni tak boleh kalau sebut pasal ex-ex ni.. Sensitif yang amat. Kang kalau aku tulis terus dapat email layang. Cukup-cukup la kena bambu dulu. Serik. Biar ku simpan rindu ini sehingga nafas terakhir.. Haha.. ngek..

ok.. kita balik pada asal..

Twenty (20) Facts About Norfanil

1 – Pendiam dan tak reti nak tegur orang tak kenal (so sila tegur aku dulu). Jangan judge aku sombong kalau tak pernah bercakap ngan aku. Muka aku memang garang kalau tak senyum sebab ikut muka papa aku.

2 – Suka gelak bila orang lain buat lawak, tapi tak reti buat lawak, kalau aku buat lawak mesti akan bunyi krik krik krik.. sebab tak lawak pon hahaha

3 – Suka aktiviti lasak. Jom naik gunung.. ngehh~..semput dah sebab makin gemuk..hehe

4 – Suka berdikari. Kalau tak ada duit, suka cari. Bila terdesak baru mintak. Dan tak suka menyusahkan orang. Sebab tuh masa sekolah aku duk rumah dan tak gi tusyen. Sebab kesian mama nak kena hantar. Tak kisah kalau kawan ajak kuar dan aku tak dapat ikut. Sebab tu aku marah kalau adik bongsu nak pergi mane-mane. Susah kan mama aku je. Tapi nak buat camne. Adik bongsu kaki melawan cakap aku. hish.

5 – Kaki tidur

6- Suka travel tapi sayang duit (kedekut nak mati). tapi 2015 aku akan mula gunakan duit untuk travel obersea.

7 – Lepas break up suka habiskan duit kat family. Macam-macam aku beli. Beli handset untuk adik dan mama, beli powerbank untuk mama-papa, beli kek lapis, beli DSLR semata nak amik gambo kahwin along n kakti, dan nih nak beli Crunchy Kapit ngan Tengku Syukri pulak wat balik masa hari malaysia walaupun kopak!. fuhh~

8 –  Tak ada hutang asset lagi buat masa sekarang. Ada motor tapi abang aku dah abis bayar.

9 – Dari dulu bajet tinggi. Suka kutuk orang lain rendah. Lepas ukur kat cermin sama sama, rupanya aku ni pendek dari orang lain. haha..

10 – Tak suka lipat baju (mohon bakal suami hire orang gaji untuk lipat baju lepas kahwin) hahha

11- Tak suke cerita masalah cinta dengan keluarga dan kawan-kawan. Sebab tak penting. Suka pendam dan meroyan di media social di waktu terpilih. vongok! haha. Bila dah kena paksa baru cerita.. Tapi tak semua orang.

12 – Sukar melupakan cinta ketiga.

13 – Suka kawan ngan budak laki sejak sekoloh. Tapi sekarang dah tak ada kawan baik lelaki. Semua dah kahwin dan menjaga hubungan. Takot makwe jeles. Bila dah dewasa semua jadi alim. Im so sad~ RIndu zaman topup RM5 , habis 1 hari.. Galok duk mesej.

14 – Observer.. Jangan heran kalau aku diam bila korang bercakap. Sebab aku tengah observed dan fikir baik buruk segala apa orang cakap.

15 – Pernah kena tampar ngan along. (kes berebut remote tv je nak tengok AF..) ngek,..  masa tuh along dah jadi ALIM.

16 – Suka matematik. Tapi setiap kali exam seringkali cuai. Tak dapat markah penuh sebab saloh kira.

17 – Pernah menangis gila-gila sebab kertas pendidikan islam tak dapat 90 masa tingkatan 1. siap kronyok2 kertas buang tong sampah. padahal A je.

18 – Suka baca novel dan berangan cinta macam novel. terus ke awan~ hahhhaahaha.. Impian nak suami putih dan hensem.. tapi taknak bercinta dah. Haha.. Mama sila take note.. ;P

19 – Suka kena ketuk baru buat kerja.. orang pernah kerja ngan aku mesti perasan.. ye dak bos? hahaha

20 – Suka bawak kereta laju laju. Paling laju 190km/j sebelum nyaris nak terbabas sebab kucing melintas. Syukur masih hidup arini, tapi tak pernah serik..

21 – Tengah mencari Nur yang hilang. masih tak dijumpai

Ha tuh dia.. 21 fakta mengenai  Norfanil yang aku letak.. hahaha.. Hebak dak??  Macam macam ada. Selamat memahami aku. Haha…


IKLAN BERBAYAR


Tailor dah start ambil tempahan baju raya. Korang dah dapat kain belum? Ha.. Tahun ni tren songket printed tau.. Sekarang dah masuk batch ke 3. Songket Dokoh Pastel dan Terang, Songket Bintang.

Sehari 100 pasang terjual. Design Exclusive dan limited.. Lambat abis kena borong dengan mereka... Boleh visit catalog www.djennaexclusive.blogspot.com untuk dapatkan kain pasang songket yang superb cantik sementara stok masih ada.. 

Anda mempunyai produk? Ingin saya review Produk Anda? Peluang kini dibuka! Email ke norfanil[@]gmail.com

About the author

Norfanil

Penulis berkecimpung dalam dunia blogging bermula tahun 2008 sehingga sekarang. Ingin beriklan, review produk, makanan atau travel? boleh hubungi terus norfanil@gmail.com...

6 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge