Mencari Tips Jimatkan Kos Kahwin. Nak kahwin? Nak jimat?  Tapi tak pasti nak buat macam mana kerana zaman sekarang ni semua benda mahal, semua barang harga semakin naik. Naik je harga minyak, automatik semua melambung.

Penat fikir, penat plan. Apa kata baca kisah Puteri Nurfarahin ini, bagaimana cara beliau plan jimatkan kos perkahwinan.

Beliau baru sahaja mendirikan rumah tangga. Ini melalu pengalaman beliau sendiri. Mana tahu bergunakan?

Tips Jimatkan Kos Kahwin.

1. Plan well.

survey itu ini dan terhadkan perbelanjaan, jangan buat preparation last minutes.

2. Buat ikut kemampuan.

Kalau mampu buat 10 talam makanan, jemput untuk 10 talam je, tak perlu berlebihan, buat loan bukan jalan yang bijak untuk mulakan kehidupan, xkan anak da masuk tadika, hutang x habis lagi. choose wisely. say NO to loan.

3. Baju nikah

Beli kain and tempah je kat makcik murah2 asalkan cantik, atau beli siap kat jalan tar, kos sewa dan beli lebih kurang je. lepas nie blh buat sewa untuk next bride pulak.

4. Hantaran dulang.

Bagi saya tak perlu kot sbb time tunang mestilah da berdulang-dulang, lepas kahwin belilah ape nak beli bagi hadiah kat suami isteri hihi.

5. Pelamin simple.

Pelamin amek yang simple and nice, kalau ada promotion lagi bagus. untuk tangkap2 gambar.

6. Photographer.

Photographer amek yang shoot and burn, buat wedding album bagai, bukan nak tengok hari2 pon, last2 berhabuk, simpan je dalam hard disk, nak buat frame cuci and buat frame, jimat !

7. Bincang dengan family.

Duduk dan bincang elok2 dgn family, nak buat yang wajib sahaja supaya tak membebankan kedua-dua pihak. explain well kat family, mula2 mungkin tak faham, jika tak faham juga buat lah perbentangan budget . Islam mudah dan x membebankan, my parent just nikah and stay for 45years sampai nafas terakhir abah, alhamdulillah..

8. Jangan gunakan duit hantaran untuk majlis

Please simpan duit, if korang suruh lelaki saving RM10k utk hantaran, korang patut simpan RM10k juga untuk kenduri belah korang, supaya xkering selepas kahwin, duit hantaran gunakan sebaik mungkin untuk perabot rumah dan deposit rumah.

9. Jangan terlalu ikut trend dan feeling macam artis

Hello back to reality xde orang nak sponsor kau pon hahaha. yang mak2 jangan ikut cakap orang sampai anak sendiri tercekik, jgn gunakan alasan sekali seumur hidup.

10. duit hantaran bukan hak milik keluarga.

Duit hantaran khas untuk memulakan hidup baru dan hadiah si suami kepada isteri, ramai yang salah dan menggunakan duit hantaran untuk majlis, end up lepas kahwin sentap duit takde.

11. Mak-mak jangan tekan-tekan anak sangat.

kalau makcik yang nak belanja, itu terserah kat makcik, nie paksa anak mengalahkan anak kerja CEO. Kite permudahkan mana yang patut dipermudahkan. asalkan dah halal 🙂

A PERFECT WEDDING NOT PROMISE A PERFECT MARRIAGE

Semoga artikel dari Puan Puteri Nurfarahin ini dapat membantu bakal-bakal mempelai. Jangan takut, sebab yang akan keluarkan kos nanti kita. So be smart!

Selamat pengantin baru!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge