i & Travel

11 Tarikan di District 21 IOI Mall Putrajaya. Wajib Pergi!

11 Tarikan District 21 IOI Mall Putrajaya-01
Written by Norfanil

Anda pemilik Homestay atau Hotel? Ingin saya review Homestay atau Hotel Anda? Peluang kini dibuka! (KLIK)

Hi,

Seronok pula bila ada indoor aktiviti macam District 21 ni. Tak tau pun ada permainan macam ni di Putrajaya. Lagipun saya tak pernah pergi IOI Mall Putrajaya. Tak berkesempatan.

Kebetulan dapat invitation dari Tourism Malaysia Selangor untuk mengexposed kami dengan tarikan-tarikan tersembunyi dalam Negeri Selangor untuk rakyat Selangor dan Luar Selangor . Memang tempat-tempat kurang diketahui ramai.

Antaranya adalah District 21 yang baru sahaja dibuka beberapa bulan lepas, sama dengan pembukaan IOI Mall Putrajaya.

11 Tarikan District 21 IOI Mall Putrajaya-01

Enter at Your Own Risk yeee!

11 Tarikan di District  21 IOI Mall Putrajaya

Ada 11 tarikan di District 21 IOI Mall Putrajaya. Dari yang paling senang sehingga la paling sukar. Sukar tahap jantung nak gugur. Hehe..

Memandangkan masa kami pergi masa dah suntuk, jadi kami hanya sempat main beberapa permainan sahaja. Sempat la cuba yang extreme! Memang syok!

Antara 11 yang ada di District 21 :

  1. Power Station
  2. Roller Glider
  3. Go Pedal
  4. Pump Track
  5. Low Ropes
  6. Trampoline/Launch Pad
  7. The Maze
  8. Free Fall
  9. Sky Trail
  10. Tubby Ride
  11. Carousel

Yang saya sempat cuba adalah Power Station, Roller Glider dan Tubby Ride. Nak sangat cuba Sky trail dan The Maze, tapi tak sempat!

11 Tarikan District 21 IOI Mall Putrajaya-02

Antara 1 permainan dalam Power Station! Ini sungguh gugur jantung

11 Tarikan District 21 IOI Mall Putrajaya -07

Dapatkan kain pasang Daun Anzalna yang superb cantik sementara stok masih ada.. Gile ramai masuk order! Cepat!..

Koleksi Ariani Lebaran 2016

 

11 Tarikan District 21 IOI Mall Putrajaya -06

The Maze. Boleh tahan besar ni dan mencabar! Tapi tak sempat buat!

11 Tarikan District 21 IOI Mall Putrajaya -03

lagi 1 permainan di Power Station. Ketar lutut nak sampai paling tinggi ni! hehe

11 Tarikan District 21 IOI Mall Putrajaya -04

Wall climbing. Ini pon di Power Station

11 Tarikan District 21 IOI Mall Putrajaya -04

Teringin sangat nak main ni! Wajib pergi lagi sekali.. Main Sky Trail!

Banyak lagi sebenarnya, tapi gambar tak banyak. Lepas ni pergi lagi ambil gambar banyak-banyak!

District 21 Sesuai Untuk Semua

District 21 ni memang sesuai untuk semua lapisan umur. Sebabnya dia ada permainan untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa.

Tap payah risau. Ibu bapa pun boleh masuk untuk tengok anak-anak main. Tetap juga kena charge RM10.

Ada Corousel. Ala yang kuda pusing pusing macam dalam cerita Korea tu. Yang tu harga dikira lain. Itu kena bayar per ride!

Rugi yang tak masuk District 21. Kalau buat gathering dengan kawan-kawan, sini la tempat nak bersuka ria.

Ala, dekat IOI Mall Putrajaya je. Lepas main boleh shopping sekali. kan?

Bayaran Masuk ke District 21
Aktif – RM55
Tidak Aktif – RM10
Kanak-kanak < 90 cm/ OKU (Wheel Chair) – F.O.C

[su_note note_color=”#ecff12″ text_color=”#000000″]

Waktu Operasi:
Tiket : 10am – 10pm (setiap hari)
Ride & Amusements : 12pm-8pm (Ahad-Khamis), 12pm – 10pm (Jumaat-Sabtu)

Website : District 21, IOI Mall
Facebook : District 21

[/su_note]

#

About the author

1 Comment

Leave a Comment

CommentLuv badge

TENTANG NORFANIL

25. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Universiti Malaya).

Merupakan blogger sepenuh masa dan juga freelancer

Suka makan, suka tidur, suka travel dan suka aktiviti lasak. Tidak suka jatuh cinta!

Advertorial? Review? Jangan segan-segan hubungi saya. [su_button url="mailto:[email protected]" target="blank" background="#f899ce"]norfanil @ gmail.com[/su_button

MY fanpage

SUBSCRIBE

[mc4wp_form]

© 2015. Norfanil - Salute to Life. All Rights Reserved. Powered by NR Network